BACA DULU NI sebelum baca yang lain

[AMARAN]

Kalau anda seorang yang sukar untuk terima pandangan orang lain, dilarang sama sekali membaca blog ini. Mengapa? Karya-karya dalam blog ini mungkin bagi anda bersifat provokatif, belagak poyo, suka mengada-ngada.. atau mungkin tidak matang.. Well.. saya cuma budak kecik yang baru belajar menggunakan blog. Sebelum ni hidup di atas laut yang jauh dari internet. So, Mumayyiz dalam menulis. Tapi kalau masih berkeras nak baca.. baca je lah! Tapi please baca dengan rasa cinta dan toleransi dalam diri. Sentap atau tersinggung perasaan.. tanggung sendiri. Anda telah diberi amaran tentang risiko yang mungkin anda akan hadapi. Tu laaa ketegaq sangat.


"Sila ambil dan viralkan mana-mana karya di dalam blog ini yang anda rasakan ada jugalah gunanya(walaupun banyak yang tidak berguna) tanpa perlu meminta izin daripada saya. Semuanya daripada Allah juga. Tapi menarik juga sekiranya anda dapat meninggalkan link di manakah tercampaknya karya saya yang marhaen itu - atleast boleh bantu saya popular.. ngeh ngeh ngeh... Yalah, apa salahnya mahu menjejaki kasih karya yang sudah ditulis, di samping menambah kenalan baru bukan..? Senyum sambil membuat tanda aman." : ayat Inche Gabbana..


Kita punya cerita yang tersisa di hati

Bisikan kata yang enggan dilupakan.

Mungkin sekarang masih segar.

Cuma kelak waktu mereputkan minda.

Lantas kisah ini hanya menjadi alunan kenangan yang bisu.


DISKLEMER - Semua pandangan sendiri sahaja.

Tidak matang mungkin.

Cuma ini yang berkisar di minda.

Dan aku tidak ingin melupakan.

Mungkin anda punya cerita lain. Ini cerita aku.

Maaf jika ada yang tidak senang hati.

Berombak dada membacanya.

Tapi ini cerita aku. Berkenan? Silakan baca.

Tidak? Dijemput untuk tekan butang keluar.

Himpunan Cerita

Ruangan ini menghimpunkan segala idea-idea cerita yang pernah saya hasilkan, baik cerpen ataupun novel. Kalau saya rajin, saya tulislah serba sedikit intro atau sinopsis cerita itu. Kalau malas.. maka menapaklah anda satu per satu untuk menghadam keseluruhan cerita itu.  Harap anda semua dapat memberi komen/kritikan yang membina supaya saya dapat menulis karya-karya yang lebih cemerlang dan bergaya di masa hadapan! Woot woot.. Selamat membaca ya..! Dan kalau rasa best dan ada feeling nak share..share je la.. saya tak kisah... tak perlu minta izin pun tak pe.
.
.
.
Oh, ya.. sesetengah cerita ini tidak siap. Saya sendiri juga tidak tahu bila cerita ini akan siap.
Maaflah yer.


PERJALANAN KE USM
Cerita Penuh

HATI BUKAN TISU
Episod 1
Episod 2

DOA YANG DIPERKENANKAN
Episod 1

FIKTIF FINNICK
Cerita Penuh

AWAN ANDAI DAPATKU GAPAI
Episod 1

No comments:

Post a Comment