BACA DULU NI sebelum baca yang lain

[AMARAN]

Kalau anda seorang yang sukar untuk terima pandangan orang lain, dilarang sama sekali membaca blog ini. Mengapa? Karya-karya dalam blog ini mungkin bagi anda bersifat provokatif, belagak poyo, suka mengada-ngada.. atau mungkin tidak matang.. Well.. saya cuma budak kecik yang baru belajar menggunakan blog. Sebelum ni hidup di atas laut yang jauh dari internet. So, Mumayyiz dalam menulis. Tapi kalau masih berkeras nak baca.. baca je lah! Tapi please baca dengan rasa cinta dan toleransi dalam diri. Sentap atau tersinggung perasaan.. tanggung sendiri. Anda telah diberi amaran tentang risiko yang mungkin anda akan hadapi. Tu laaa ketegaq sangat.


"Sila ambil dan viralkan mana-mana karya di dalam blog ini yang anda rasakan ada jugalah gunanya(walaupun banyak yang tidak berguna) tanpa perlu meminta izin daripada saya. Semuanya daripada Allah juga. Tapi menarik juga sekiranya anda dapat meninggalkan link di manakah tercampaknya karya saya yang marhaen itu - atleast boleh bantu saya popular.. ngeh ngeh ngeh... Yalah, apa salahnya mahu menjejaki kasih karya yang sudah ditulis, di samping menambah kenalan baru bukan..? Senyum sambil membuat tanda aman." : ayat Inche Gabbana..


Kita punya cerita yang tersisa di hati

Bisikan kata yang enggan dilupakan.

Mungkin sekarang masih segar.

Cuma kelak waktu mereputkan minda.

Lantas kisah ini hanya menjadi alunan kenangan yang bisu.


DISKLEMER - Semua pandangan sendiri sahaja.

Tidak matang mungkin.

Cuma ini yang berkisar di minda.

Dan aku tidak ingin melupakan.

Mungkin anda punya cerita lain. Ini cerita aku.

Maaf jika ada yang tidak senang hati.

Berombak dada membacanya.

Tapi ini cerita aku. Berkenan? Silakan baca.

Tidak? Dijemput untuk tekan butang keluar.

November 07, 2016

CARA KERJA DI PUTRAJAYA TANPA MELALUI JPA YANG RAMAI ORANG TIDAK TAHU

Sebenarnya artikel ini sudah lama dalam perancangan saya untuk ditulis. Idea-idea yang bakal dikarangkan dalam artikel ini sudah lama berlingkar dalam minda. Cuma masa dan kesempatan sahaja yang belum ada untuk mengarangkannya. Memandangkan sekarang saya sedang dalam fasa cuba memberi headstart untuk minda sendiri (yang sudah lama dibiarkan mereput tanpa pembacaan ilmiah), maka saya curi sedikit masa untuk memuntahkan semua apa yang ada di minda.

KERJA DI PUTRAJAYA TANPA MELALUI JPA/SPA.
Sebenarnya caranya sangat mudah. Saya tidak tipu. Sangat mudah. Tinggal lagi rasa malas kita yang sering menjadi penghalang untuk menolak hajat kita untuk berusaha melangkaui apa yang kita rasa mampu.
Baiklah, untuk memudahkan penjelasan tentang cara ini, lebih elok kiranya jika difahami dahulu lapis skim pekerja yang ada dalam perjawatan kerajaan. Dalam badan kerajaan, ada beberapa skim pekerja yang diwujudkan:-
1. Pekerja tetap
2. Pekerja kontrak JPA
3. Pekerja Sambilan Harian (PSH)

Untuk skim pekerja tetap dan kontrak ini sudah semestinya perlu melalui lantikan JPA. Kemudian akan diagihkan ke mana-mana badan kerajaan yang memerlukan pekerja. Berbeza dengan PSH, autoriti diberikan kepada badan kerajaan tersebut untuk melantik sesiapa sahaja yang mereka rasakan layak tanpa perlu melalui JPA/SPA. Cara inilah yang kami gunakan untuk mencari pekerjaan di Putrajaya ini. Hanya dalam masa sebulan sahaja kami sudah ditawarkan untuk bekerja di badan-badan kerajaan yang terdapat di Putrajaya ini. Skim Pekerja Sambilan Harian (PSH) sebenarnya bukan hanya terdapat di Putrajaya, tetapi turut ditawarkan oleh badan-badan kerajaan di seluruh negara. Saya tidak pasti jika sektor swasta menawarkan skim ini, tetapi saya betul-betul pasti bahawa semua badan kerajaan menawarkan skim ini. Perkara yang paling menarik tentang skim PSH ini, pengambilannya adalah sepanjang tahun. Tidak semua pengambilan akan diiklankan. Bergantung dengan kerajinan badan kerajaan tersebut. Proses pengiklanan jawatan kosong bukan sesuatu yang mudah kot!. Kadang-kadang keperluan PSH ini muncul secara tiba-tiba. Kesibukan yang datang secara tiba-tiba menyebabkan pengambilan PSH ini wujud kerana PSH akan menjadi pembantu kepada kakitangan kerajaan sedia ada.  Berdasarkan apa yang saya faham, skim ini ditawarkan dengan dua tujuan utama:-
1. Membantu kakitangan kerajaan sedia ada
2. Memberi peluang pekerjaan dan latihan kepada rakyat Malaysia terutama lepasan universiti dan sekolah. (Baik tak kerajaan kita?? Jilat sikiitttt)
Dalam skim PSH pula, terdapat beberapa skim perjawatan yang ditawarkan sama seperti pekerja tetap dan kontrak yakni berdasarkan tahap pendidikan masing. Mudahnya, gred jawatan yang ditawarkanlah. Harus difahami di sini, semakin tinggi gred jawatan yang ditawarkan, semakin berat jugalah beban kerja yang menanti. Oh, ya! Pengiraan gaji skim PSH adalah berdasarkan kehadiran. Banyak hari anda kerja, banyak gaji jugalah yang anda akan dapat di hujung bulan dan anda layak untuk mendapat potongan KWSP dan juga claim-claim duit untuk urusan yang berkaitan.
1. Pegawai Tadbir (PSU) PSH N41 – sekurang-kurangnya memiliki ijazah sarjana muda (Gaji: RM 100/hari)
2. Kerani PSH N29/27 – minimum harus ada diploma atau STPM/STAM (Gaji: RM72/hari)
3. Kerani PSH N17/19 – minimum SPM (Gaji: RM50/hari)
Baiklah, kita bergerak kepada cara yang kami lakukan untuk mendapatkan kerja ini.

Sedikit luahan perasaan.
Mungkin dalam zaman universiti dulu, saya agak aktif dalam pilihan raya kampus, dan saya dalam kelompok Aspirasi yang pro-universiti (ada yang kata UMNO Campus – sila meninggal). Maka wujudlah beberapa makhluk yang melabelkan kami kerja di Putrajaya menggunakan cable. Sedangkan pegawai-pegawai universiti yang rapat dengan saya hanya mampu menjadi rujukan dalam resume saya sahaja. Tidak lebih daripada itu. Cable celah mana aku pun tidak tahu.  Sila meninggal lagi untuk sesiapa yang menjatuhkan label kepada kami. Sedangkan kalau dibuat throwback bagaimana kami bermula, azabnya hanya Allah yang tahu. Oh, ya… tujuan luahan perasaan ini supaya kita sentiasa beringat agar hati jangan terlalu busuk dan jangan pernah bandingkan rezeki anda dengan orang lain. Tetapi bandingkanlah usaha anda dengan orang lain.

INI CARA SAYA.

Fasa pertama, penyediaan resume dan cover letter.
Sebelum tamat tahun akhir di universiti lagi, saya sudah menggigihkan diri sendiri untuk mereka resume dan cover letter secantik mungkin supaya lebih out-standing berbanding resume-resume yang lain. Mana taknya, pemohon-pemohon Skim PSH ini bukan hanya seorang dua, tetapi beratus-ratus orang. Jadi haruslah pandai bezakan diri anda dengan pemohon-pemohon yang lain.

Fasa kedua pula adalah sesi penghantaran resume secara walk in.
Habis sahaja latihan mengajar, saya segera bergegas ke Putrajaya untuk proses seterusnya. Minggu pertama di Putrajaya, sekali lagi saya menggigihkan diri dan dibantu oleh seorang kawan (pengangkutan) untuk menapak ke semua kementerian dan jabatan yang ada di Putrajaya ini. Ya, SEMUA. SEMUA YANG ADA DI PUTRAJAYA. Putrajaya ini pusat pentadbiran kerajaan Malaysia. Apabila pusat, sangatlah banyak salinan resume BERWARNA dihantar. Saya tekankan di sini, saya hantar resume secara terus ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (PSM) kementerian dan jabatan yang sempat saya pergi. Hanya tertumpu di Presint 1-4 di Putrajaya, saya cuma ambil masa 3 hari sahaja untuk menghantar resume saya. Bermula seawal 10 pagi sehinggalah ke pukul 4.30 petang (rehat pada waktu lunch). Panas? Sangatlah panas. Matahari kot! Tetapi kelebihannya Putrajaya ini agak berangin. Proses penghantaran resume agak mencabar. Saya terpaksa berhadapan dengan karenah pegawai-pegawai yang sibuk (mungkin saya agak mengganggu mereka). Ada yang mesra dan ada yang layan saya seolah-olah saya tidak wujud. Tetapi yang penting, resume saya segera sampai ke tangan pegawai/kerani yang ditugaskan untuk mengurus skim PSH. Ya. Anda tidak salah baca. Memang ada kakitangan yang ditugaskan khas untuk mengurus skim PSH ini. Nampak tak bertapa pentingnya PSH bagi badan-badan kerajaan? Ibaratnya PSH menjadi wadah untuk mengurangkan beban pekerja yang ada. Tentang pakaian pula, dinasihatkan untuk pakai pakaian kemas kerana jika rezeki anda, anda akan terus diminta interview pada masa anda menghantar resume secara walk in. Tetapi saya tidak ada pengalaman itu. Sebenarnya, penghantaran resume boleh melalui pos atau emel, tetapi saya memilih walk in untuk menunjukkan kesungguhan.

Fasa ketiga permohonan adalah follow up.
Fasa yang paling mencabar. Saya menunggu seminggu selepas penghantaran semua resume sebelum memulakan follow up. Pada masa yang sama, saya bekerja sebagai pengawal keselamatan di kawasan penginapan kami. Top up kredit banyak-banyak dan call semua kementerian dan jabatan. Nombor PSM boleh cari melalui google. Setiap laman rasmi badan kerajaan ada direktori yang anda boleh godek-godek. Cara saya, saya call sesiapa sahaja kerani yang ada dalam bahagian PSM kemudian minta disambungkan kepada individu yang ditugaskan khas untuk mengurus PSH. Ayat-ayat yang saya gunakan untuk follow up:
“Saya (nama). Minggu lepas saya ada hantar surat dan resume permohonan PSH. Sekarang kementerian/jabatan puan ada perlukan PSH tak?”

Kemudian pandai-pandailah maniskan bahasa. 
“Nanti kalau ada kami akan call dik.. sabarlah. Banyakkan berdoa”
Follow up sangat penting. Jika anda tidak follow up, resume anda akan tenggelam di sebalik resume-resume yang lain.

Fasa keempat. Temuduga.
Lebih kurang dua minggu selepas hantar resume, saya dipanggil untuk temuduga yang pertama.Tetapi malangnya, bukan rezeki saya kerana saya masih belum memiliki transkrip ijazah sedangkan mereka memerlukan PSH N41. Seminggu kemudian saya dapat panggilan lagi untuk interview PSH N41 di kementerian lain lagi. Pengalaman interview kali ini sangatlah best. Sesi interview berjalan selama sejam! Padahal saya mohon untuk skim PSH je kot! Tetapi usai interview..jarak lebih kurang sejam juga, saya dapat mesej yang mengatakan saya lulus dan boleh berkerja bermula 1 Julai 2016. Interview selama sejam yang berbaloi.

Jadi, jumlah masa proses untuk mendapatkan kerja di Putrajaya ini hanya sebulan. Sebulan sahaja saya menganggur (sambil kerja sebagai pengawal keselamatan). Semuanya berkat  keizinan ALLAH, usaha dan pelaburan top up serta bantuan rakan-rakan saya yang sudah sedia bekerja di Putrajaya sebagai PSH sahaja.

Masuk minggu ketiga bekerja, saya dapat panggilan lagi daripada kementerian-kementerian yang lain, tetapi saya menolak kerana ada dalam kalangan mereka yang menawarkan gred yang lebih rendah dan ada juga yang menawarkan skim gred yang sama. Inilah kesan apabila saya hantar resume ke semua badan kerajaan yang ada di Putrajaya. Tawaran kerja datang bertubi-tubi. Kewujudan kos lepas terpaksa diambil kira. Jadi, kerjalah sebaik mungkin. Jangan banyak menular, jangan banyak berfoya-foya.
RINGKASNYA,
1. Siapkan resume dan cover letter sebaik mungkin.
2. Hantar secara walk in.
3. Follow up untuk tunjukkan kesungguhan sehingga PSM bebal dengan anda
4. Interview dengan yakin
5. Kerja (jangan lupa bayar PTPTN)
Skim PSH ini sebenarnya pekerja kontrak 3 bulan. Jika khidmat masih diperlukan, kontrak akan disambung 3 bulan lagi dan begitulah seterusnya. Mengikut pekeliling, Kontrak PSH hanya boleh sehingga enam bulan.
.
Ok. Sekian perkongsian. Semoga bermanfaat. Silakan share kalau sudi. Tidak perlu meminta izin. Saya siarkan artikel semi formal ini sememangnya untuk menjadi rujukan orang lain.
Siapa kami? Geng HatikuSado of course.

Wassalam.

November 01, 2016

CARA QADA' SOLAT FARDHU yang tertinggal (dengan sengaja)

Cara QADA’ Solat Yang Tertinggal

Bahana meninggalkan solat dengan sengaja sehingga tidak boleh menghidu bau syurga. Mengapa??
Solat wajib yang ditinggalkan dengan sengaja TIDAK BOLEH diqada’'.
.
Tidak ada dalil yang mengatakan jika kita tinggalkan solat wajib dengan sengaja... maka kita boleh mengqada’'nya di lain waktu.
.
Sorry beb.. tidak ada dalil yang mengatakan kita boleh gantikan solat wajib yang ditinggalkan secara sengaja.
.
Bapak ahhh!
Entah dah berapa kali dalam hidup ni meninggalkan solat dengan sengaja. Terlalu banyak dah tidak terkira sejak dari awal baligh lagi. Bahaya weiiii... macam mana nak masuk syurga kalau macam ni? Sedangkan solat adalah perkara pertama yang akan dihisab.
Kalau dah banyak kali tinggalkan solat fardhu dengan sengaja...maksudnya memang tak lepaslah nak masuk syurga.. Macam mana nak masuk syurga kalau begini.??
.
Tapi betul ke Solat Fardhu yang ditinggalkan dengan sengaja tidak boleh diqada'?
Ya, betul. Tidak ada dalil yang membenarkannya. Kalau anda ada menjumpainya.. sila tunjukkan kepada saya.
.
Rasional pertama mengapa SOLAT FARDHU YANG DITINGGALKAN DENGAN SENGAJA TIDAK BOLEH DIQADA’.
-:: Dalam Surah An-Nisa, Allah ada berfirman bahawa
 "Sesungguhnya solat merupakan kewajiban bagi orang beriman yang telah ditetapkan waktunya." (Ayat 103).
DITETAPKAN WAKTUNYA - Maksudnya kita dituntut untuk mengerjakan solat dalam waktu-waktu yang maklum. Tidak sah solat seseorang itu jika dilaksanakan diluar waktu sama ada sebelum atau selepas.
Jadi, kalau kita qada’ solat (ambil contoh maghrib) kemudian... yakni selepas usai waktu maghrib.. maka tidak sahlah solat itu.
Contoh : Petang selepas selesai bermain bola sepak. Of courselah rasa penat tak larat nak mandi.. nak keringkan peluh dulu baru mandi dan solat.. Tapi gara-gara terlalu menangguhkan masa.. azan isyak berkumandang.
"Tak pelah.. nanti aku qada’ je." Then solat isyak lalu qada’ maghrib... Settled!.
Errmmm... sayang seribu kali sayang... hutang dengan ALLAH tak settle lagi kalau macam tu. Qada’ solat yang kita lakukan tadi tidak sah! Mengapa? Sebab kita sengaja melambat-lambatkan solat maghrib sehingga masuknya waktu Isyak.
.
Sadisssss... sadis gila hidup.. Penat-penat qada’ solat tapi tidak pernah sah! Dah tu! Sape suruh dari mula sengaja tinggalkan/lambatkan solat?? kan dah rugi. Susah masuk syurga beb! Susah... solat dah tunggang-langgang dan banyak lompang.. payahlah nak lepas titian As-sirat.
.
.
JALAN PENYELESAIAN.
Taubat.

Allah tidak kejam. Allah sentiasa bagi ruang untuk hamba-Nya berusaha masuk syurga. Tak kisahlah seberapa banyak solat fardha yang dia sengaja tinggalkan. Dia masih diberi peluang untuk masuk syurga.
Masih dalam Surah An-Nisa. Allah menunjukkan cara macam mana kita nak membaiki kerosakan diri yang kita lakukan ini:-
"Kecuali orang-orang yang taubat dan mengadakan perbaikan dan berpegang teguh pada (agama) Allah dan tulus ikhlas (mengerjakan) agama mereka karena Allah. Maka mereka itu adalah bersama-sama orang yang beriman dan kelak Allah akan memberikan kepada orang-orang yang beriman pahala yang besar." (Ayat 146).

Dalam satu hadis sahih menyatakan, untuk mengimbangi dosa-dosa (meninggalkan solat fardhu dengan sengaja) seelok-eloknya perbanyakkanlah ibadah sunat. Oh, ya! Jangan hanya solat sunat semata-mata. Taubat jangan lupa... hayati taubat anda...
“Amal manusia pertama yang akan dihisab kelak di hari kiamat adalah solat. Allah bertanya kepada para Malaikatnya – meskipun Dia paling tahu – “Perhatikan solat hamba-Ku, apakah dia mengerjakannya dengan sempurna ataukah dia menguranginya?” Jika solatnya sempurna, dicatat sempurna, dan jika ada yang kurang, Allah berfirman, “Perhatikan, apakah hamba-Ku memiliki solat sunat?.” jika dia punya solat sunat, Allah perintahkan, “Sempurnakan catatan solat wajib hamba-Ku dengan solat sunatnya.”
(HR. Nasai 465, Abu Daud 864, Tarmizi 415, dan disahihkan Syuaib al-Arnauth).

Berdasarkan hadis ini, kita menganjurkan untuk segera bertaubat dan memperbanyakkan solat sunat agar dapat menebus dosa-dosa meninggalkan solat fardhu dengan sengaja. In shaa ALLAH akan masuk syurga.
.
.
Aamiiiin.


<footnote: binusrah, konsultasisyariah.com & Quran>

October 30, 2016

PEWAI DI GUNUNG PULAI

Cerita tentang Gunung Pulai, Baling, Kedah. Baiklah. Bagi aku, ini kisah yang sesuai dipanggil sebagai satu Kifarah yang Allah bagi kepada kami secara tampak. Mengapa saya panggil kifarah? Teruskan membaca. Jawapannya ada di bawah.

Perancangan ke Gunung Pulai dimulakan oleh Ndokfdh. Kami yang menggelarkan diri kami sebagai #GengHatikuSado berancang untuk berpre-convo di puncak Gunung Pulai. Perancangan dimulai seawal dua bulan lagi sebelum kami memulakan pendakian. Sepanjang perancangan, kami banyak bertanya dengan otai-otai hikers yang lain. Rata-rata mereka mencadangkan kami melantik malim gunung (guide). Tapi masalahnya, aku boleh katakan kami agak takbur.

“Alaaa.. Pulai je kot!. Baling pun kami naik tanpa guide.” 
Infact, setiap kali hiking, kami memang lebih prefer untuk tidak menggunakan khidmat guide. Bagi kami, kurang seronoklah jika ada orang lain yang turut serta selain daripada kami #genghatikusado.

“Tapi Pulai berbeza. Kamu wajib ambil guide. Treknya banyak dan mudah sesat. Pulai tu sesuatu sangat. Kalau gunung lain bolehlah kamu naik tanpa guide. Tapi Pulai, jangan! Kena ambil guide.” 
Antara inti nasihat para otai hikers apabila kami suarakan keinginan kami naik Gunung Pulai tanpa guide. 

Proses mendaki Gunung Pulai, Baling, Kedah lebih mudah berbanding gunung-gunung lain yang kebanyakkkannya memerlukan perdaftaran dan pembelian permit. Gunung Pulai boleh je naik ikut suka. Tetapi. Trek Gunung Pulai “sesuatu” sangat. Otai-otai hikers yang aku kenal juga meluahkannya.

“Pulai ni sekali seumur hidup je la. Nak repeat tunggu bila mental betul-betul stabil dan yakin nak repeat.”
Sedangkan otai-otai hiker sendiri yang cakap macam tu, apatah lagi kami yang baru bertatih dalam arena pendakian di Malaysia ini.  Maksudnya trek Pulai ni memang jahat sangat! Tetapi sekali lagi.. 
“Alaaa.. Pulai je kot! Tak jauh beza dengan Baling.” 
Tak! Beza dan sangat berbeza. Pulai lebih jahat berbanding Baling.
Demi hormat kepada pendapat otai-otai hikers, kami ikhtihar untuk mendapatkan seorang guide. Ndokfdh yang menjadi thinker kepada ekpedisi kali ini. Jadi dia yang bertungkus-lumus mencari guide. Pada awalnya, dia berjaya dapat seorang kawan (yang pernah mendaki Pulai-tapi bukan guide) tetapi tiba-tiba not available di saat-saat akhir. Oleh sebab gian nak berpre-convo di atas gunung, kami simpan di belakang telinga nasihat otai-otai dan gigih menuju ke Gunung Pulai tanpa guide.

Aku teringat teguran salah seorang ahli kami – Gyad.

“Kamu tu mau konvo okey, kenapalah mau hiking lagi? Kalau jadi apa-apa susah kamu?”
“Gyad, kami ini hikers. Kami sudah biasa pewai lepas hiking dan kemudian sambung buat aktiviti lain. Lagipun Pulai je la. Tidak sampai satu kilometer pun.” 
Aku menjawab dengan bongkak. 
Silap kami yang seterusnya, apabila ramai 5/6 daripada kami tidak memaklumkan kepada ibu bapa kami tentang ekpedisi ini. Mindset: Kalau kami beritahu, for surelah tak kan diizinkan. So kita pergi je lah. Tak pe. Pulai je kot!.
.
Daripada unjuran cerita ini, jelas ketakburan dan kebongkakan di hati masing-masing di samping memandang mudah kepada kejahatan Gunung Pulai, Baling, Kedah. Teruskan membaca.

Sedikit fakta tentang Gunung Pulai, Kedah.
Ketinggian gunung ini hanyalah 610 meter sahaja. Agak rendah sebenarnya. Tapi dipanggil gunung kerana struktur batu kapurnya dan laluan yang lebih mencabar berbanding sesetengah gunung lain yang ada di Malaysia. Bagi aku, laluannya hampir menyerupai laluan ferrata Gunung Kinabalu, tetapi lebih mudah berbanding ferrata. Pulai adalah gunung berkembar dengan Gunung Baling. Pandangan puncak adalah 360 darjah. Puncak Gunung Baling pun jelas kelihatan dari puncak Pulai. Dari kaki gunung sehinggalah ke puncak gunung adalah batu-batuan. Hatta pokok-pokok yang tumbuh pun hanya berdiri di atas batu kapur atau dicelah-celah batuan tersebut. Pokok-pokok yang tumbuh di kawasan batu kapur ini semua rendah dan tidak dapat meneduhkan laluan ke puncak. Panas dan tersangatlah panas. Kulit burn jangan cerita. Sepanjang laluan, Pulai akan menghidangkan anda dengan batu-batu kapur yang tajam dan sesetengahnya tidak kukuh (mudah terjatuh jika dipijak). Jadi, pakailah sarung tangan dan sunblock kalau nak jaga kulit. Oh, ya! Sila bawa air 3 liter seorang. Jangan kongsi. Sebab tak kan cukup. Tapi kalau nak dehidrasi, silakanlah.

Baiklah.
Berbalik kepada cerita pengalaman Pewai di Gunung Pulai kami.
Kami tiba di pekan Baling seawal pukul 4.00 pagi. Niatnya memulakan pendakian seawal 4.30pagi kerana ingin mengejar sunrise. Mendaki di Pulai, kami tidak bersendirian. Sejak awal pendakian lagi kami sebenarnya sudah dihalang untuk naik oleh ‘sesuatu’. Pulai memang sesuatu sangat!.
Dengan berpandukan waze, kami menuju ke kaki Gunung Pulai. Tetapi kami tak jumpa. Akhirnya, Nirk bertanya kepada orang kampung yang masih jaga (sedang membaiki kereta).

“Tumpang tanya bang. Pintu masuk Gunung Pulai yang mana satu ye?”
“Korang dah jauh terlepas ni dik. (What?? Kami follow waze kot)Tak pe, abang tunjuk.” Dan kami dengan gigih mengikuti abang (yang bernama Farhan –so kami panggil Abang Paan)

Setibanya di kaki Gunung Pulai, Abang Paan bertanya mana guide kami.
“Kami tak pakai guide bang.”
“Tak pakai guide? Kamu ni biar betul?”
Kami hanya tersenyum dalam gelap. Akhirnya Abang Paan akur dan berusaha untuk menghantar kami ke pangkal laluan Gunung Pulai. (For record, Abang Paan adalah orang kampung situ yang memang dah biasa mendaki.) Hampir setengah jam kami mencari pintu masuk, tetapi tidak jumpa pintu masuk. Abang Paan berulang-kali bertanya sama ada kami serius nak mendaki tanpa guide. Kami dengan berkobar-kobar jawab ya.

“Orang nak datang melawatlah. Kau nak tutup jalan kenapa?” ujar Abang Paan sambil memandang ke kaki gunung. 
Seraya Abang Paan menanggalkan bajunya lalu memasang kekuda (seakan bersilat) sambil membaca ‘sesuatu’. Kami hanya memerhati.

“Dia tak izinkan masuk sini. Tak pe, kamu masuk ikut Gua Lelayang.” Kami masih akur.

“Laluan yang kamu akan masuk ni, orang jarang guna. Sebab laluan ni susah. Kamu serius nak masuk ni?” Tanya Abang Paan lagi. Ketika itu jam dah menunjukkan pukul 5.00 pagi.

“Masuk  je.. laluan begini (yang tidak berbatu kapur) hanya dalam 50 meter sahaja. Nanti bila dah masuk dalam, ambil corner kiri, kanan, kanan. Nanti kalau tak jumpa jalan call abang.” 
Kami saling bertukar nombor telefon. Di Gunung Pulai, rangkaian celcom sangat lancar.

Lega. Kami memulakan pendakian dengan hanya berbekalkan headlamp. Tidak sampai sepuluh minit kami di dalam Gunung Pulai, adegan sesat bermula.

“Tak boleh lalu kirilah. Tak de laluan.” Mirza yang menjadi guide terjun bersuara.
“Tadi abang tu cakap kiri, kanan, kanan kan?”
“Kita terlepas simpang kot.”

Kami berlegar-legar dalam ruang yang sama sambil mencari laluan seterusnya. Di hadapan ada batu tunggul yang sangat besar. Ke kanan juga bertemu batu tunggul yang sama (kecuali ada tangga buluh yang disediakan untuk memanjat batu tersebut. Ke kiri pula, gaung. Akhirnya kami duduk berfikir sehingga azan subuh berkumandang.

“Agaknya kena naik tangga tu kot.!”
“Tapi ada laluan ke di atas tu?”
“Cuba call Abang Paan.”
____________

“Bang, kami tak jumpa jalan dah ni bang.”
“Alamak, abang dah kat luar dah ni. Okey tak pe. Abang balik tukar baju dulu. Kamu tunggu situ.”

Sambil menunggu Abang Paan, kami mengerjakan Solat Subuh di bawah batuan tunggul gergasi itu. Lebih kurang pukul 6.45 pagi, Abang Paan menghubungi kami.

“Kamu dah jauh kat dalam ke?”
“Tak jauh pun.”
“Okey, kalau macam tu turun semula.”

Setibanya di kaki Gunung Pulai, sekali lagi Abang Paan bertanya soalan yang sama.
“Kamu masih nak teruskan mendaki?” dan kami masih mengangguk dengan semangat. Orang nak pre-convo kot!
“Okey, kalau macam tu kita naik sama-sama”
Sepanjang pendakian ke atas, tidak ada sebarang apa-apa masalah yang berlaku. Hanya laluan trek yang mencabar sahaja melambatkan pergerakan kami. Ditambah lagi dengan karenah kami yang suka merakamkan aksi masing-masing untuk dijadikan Polaroid Pulai. Betullah apa yang Abang Paan kata, laluan yang kami lalui memang sangat jarang dilalui oleh pendaki-pendaki lain. Bahagian pendakian yang paling mencabar apabila kami terpaksa melintasi batu gergasi dengan hanya berpijak di atas dahan pokok yang kecil. Sebagai sweeper, aku memang terpaksa menjadi orang yang terakhir untuk melalui dahan tersebut -  dan dahan itu patah! Nasib baik tiada apa-apa yang buruk berlaku.
Perjalanan kami sangat lambat kerana kami banyak berhenti sehingga akhirnya kami sendiri tidak sedar bahawa sudah hampir tengah hari tetapi kami masih belum sampai ke puncak. Sepanjang pendakian, sejujurnya aku sudah merasakan sesuatu yang agak janggal kerana kami tidak menemui sebarang penanda bahawa laluan yang kami naiki adalah laluan yang betul.

Abang Paan ni biar betul? Seingat aku, adik Nirk kata sepanjang laluan Pulai sudah ditandai dengan botol sebagai petunjuk laluan. Jadi, sepanjang laluan kami hanya perlu mencari botol-botol tersebut. Pada awal pendakian tadi, memang aku ada ternampak botol-botol yang dimaksudkan, tetapi lama-kelamaan botol-botol itu sudah tidak kelihatan. Bahkan trek yang kami lalui kelihatan dara sangat.
“Tak pe, kita buat laluan sendiri. Nanti kita namakan laluan tu dengan nama kita.” Abang Paan berseloroh.
“Yang penting kita sampai puncak bang.” Ujar kami.
Ya, memang tujuan kami hendak sampai puncak. Hendak menyarungkan jubah konvo di puncak Pulai menghadap ke Gunung Baling. Tetapi kalau dah laluan dara seperti ini menyebabkan perjalanan kami menjadi sangat perlahan. Mengharungi batu-batuan kapur yang besar dan tajam. Kemudian kena menyeberangi gaung-gaung dan lubang yang ada diselangi dengan pokok-pokok menjalar yang berduri turut menyebabkan perjalanan kami semakin perlahan. Bekalan air yang kami bawa pun sangat tidak cukup. Untuk enam orang, kami hanya berbekalkan 6 liter air sahaja. Sepatutnya (menurut nasihat para otai), seorang 3 liter air untuk mendaki Pulai.

Pukul 11.30 tengah hari. Kami masih belum bertemu dengan puncak. Hanya kelibat Jalur Gemilang sahaja yang menjadi panduan. Ketika ini, mental masing-masing dah mula koyak. Tetapi kami masih menggagahkan diri untuk sampai ke arah Jalur Gemilang yang berkibar. Sepanjang perjalanan, panasnya matahari tidak perlu untuk digambarkan. Panas memang panas. Kami dah tidak peduli muka burn ketika hari konvokesyen kami. Alang-alang mendaki Pulai, biar hitam yang penting mission accomplish. Lebih kurang pukul 12.00 tengahhari, kami tiba di Jalur Gemilang. Memang puncak Gunung Pulai. Tetapi bukan puncak yang kami harapkan (puncak yang mengunjur ke Gunung Baling). Puncak yang kami tiba dengan puncak yang kami harapkan dipisahkan oleh satu gaung dan laluan berbatu. Jarak perjalanan ke puncak yang satu lagi mengambil masa lebih kurang setengah jam.. dannn. Kami dah tak larat! Cukuplah dengan puncak ini. Pemandangannya pun dah cukup indah.

Di puncak, kami berehat makan dan minum lebih kurang setengah jam. Sambil cuba untuk berteduh di mana-mana bayang pokok (yang semua rendah). Puncak Gunung Pulai sangatlah panas kerana tidak ada pokok-pokok tinggi yang sesuai menjadi tempat teduhan.Di kejauhan,kami melihat awan hujan di pekan Baling -  dan awan itu sedang bergerak ke arah kami. Dengan pantas kami cuba menyelamatkan jubah dan alatan elektronik masing-masing agar tidak kehujanan. Tetapi, apabila awan hujan itu semakin menghampiri Gunung Pulai, hujan-hujan yang kelihatan lebat dari jauh tiba-tiba hilang. Hanya awan yang kelihatan. Agaknya air hujan dalam awan itu dah habis.
“Tangkap gambar wei, sia-sia kita naik lima jam kalau tiada apa-apa gambar.” Omelan kami. 
Dalam keadaan penat, kami pun gigih menyarungkan jubah masing-masing. Sesi fotografi pun bermula. Lebih kurang pukul 1.45 tengah hari, perjalanan turun dimulakan. Abang Paan yang menjadi guide kami tanpa sengaja memulakan penjalanan.
Bagi aku, perjalanan turun jauh lebih mencabar berbanding perjalanan naik. Nyawa ketika menuruni puncak Pulai ibarat telur di hujung tanduk. Kami terpaksa menuruni batu-batu kapur yang rapuh, tajam dan mudah tergelongsor ke bawah. Silap langkah sikit sahaja boleh menyebabkan kaki tergelincir jatuh dan mungkin nyawa akan melayang jika terhempap ke batu. Seram jika difikirkan. Dari puncak gunung juga, kami dapat melihat kaki gunung dan kawasan perkampungan di sekitarnya.

Sejam berlalu. Kami masih menuruni kawasan berbatu. Ujian sebenar baru bermula apabila bekalan air sudah habis ditambah lagi dengan teriknya matahari dan kedudukan kami yang berada di atas batu. Sejam lagi berlalu. Aras pandangan kami ke kawasan kaki gunung masih sama dengan pandangan di puncak. Seolah-olah kami belum bergerak menuruni puncak tersebut. Abang Paan pesan, jangan tengok kaki gunung. Dia mengarahkan kami fokus kepada sebatang pokok yang tinggi berbanding yang lain kerana pokok itu menandakan kami sudah menghampiri kaki gunung.
Akur dengan saranan Abang Paan, kami melawan segala kepenatan dan kehausan yang dirasai kerana kami optimis kami akan sampai di kaki gunung. Ketika ini, mental masing-masing masih kuat. Pewai tak pewai, kami masih gagahkan diri menuruni cerun gunung yang curam. Selesai penderitaan melalui kawasan panas batu-batu kapur dari puncak, kami terpaksa memasuki kawasan belukar yang berduri untuk sampai ke pokok penanda yang dimaksudkan. Duri-duri yang menyambar tubuh dah tidak dipedulikan. Paling penting ketika itu, kami nak sampai kaki gunung dengan cepat dan pulang ke Pulau Pinang untuk graduasi. Tetapi....

Sekitar pukul 4.00 petang. Kami semakin mendekati kawasan pokok penanda tersebut. Kelibat pokok tersebut kelihatan semakin jauh. Dan apabila kami tiba di kawasan pokok tersebut, pokok itu tidak kelihatan. Yang ada hanyalah tiga pokok mengkuang yang besar tumbuh sebaris. Di belakang barisan pokok-pokok mengkuang tersebut hanyalah semak-samun yang berduri-duri tajam. Abang Paan mengarahkan kami berpatah balik dan membuat lencongan ke kanan. Masing-masing sudah faham apa yang berlaku, tetapi masing-masing memilih untuk diam dan mengikut sahaja arahan Abang Paan. Usai dari kawasan pokok-pokok mengkuang gergasi tersebut, kami terpaksa melalui kawasan rotan yang berlingkar. Awat susah sangat wahai Pulai oooiii? 

Masuk pukul 5.00 petang, masing-masing sudah tidak mampu bertahan. Dehidrasi, lapar, haus dan penat. Mental kami dah mula koyak. Tak mampu menggagahkan diri sendiri. Bahkan untuk mengesot sahaja sudah mula tidak mampu. Sebagai sweeper, aku acap kali mendengar bunyi tapak kaki di belakang aku. Kadang-kadang kedengaran seperti orang sedang berlari meluru ke arah kami. Apabila aku pusing belakang, tiada apa-apa. Bahkan angin yang bertiup pun tidak kelihatan. Cuma aku sendiri dapat merasakan ada ‘sesuatu’ yang sedang mengekori aku dari belakang. Ketika berehat di bawah lingkarang rotan, aku dapat merasakan ‘sesuatu’ sedang bersandar atau duduk di bahu aku. Seram siakkk.
“Kita dah dekat dengan sungai dah.” Jerit Abang Paan. 
Ya, memang ketika itu, kami mendengar bunyi sungai berbalam-balam. Maksudnya kami sudah hampir dengan kaki gunung. Langkah diatur menuju ke arah bunyi sungai tersebut (kerana sungai akan mengalir ke kawasan kaki gunung). Namun, semakin dicari, semakin kelam bunyi air sungai itu dan akhirnya hilang. Ahhh... sudah! Beralih ke petunjuk seterusnya, dari kedudukan kami, kami dapat melihat sawah padi dan rumah-rumah kampung. Kami menuju ke sana dengan harapan akan segera sampai ke kaki gunung kerana sawah padi itu kelihatan tidak jauh. Pukul 6.30 petang, kami tiba di tebing cerun. Dari tebing cerun tersebut, kami dapat melihat sawah-sawah padi yang menjadi petunjuk kami tadi. Perasaan ketika itu adalah kempunan.Ya, kempunan. Kempunan bertemu sawah padi. Ibarat kau dah melihat cinta hati mu tetapi kau tidak mampu untuk mencapainya. Antara kawasan sawah padi dengan kami, kami dipisahkan oleh cerun bersudut 85 darjah yang setinggi lebih kurang 50 meter (menurut orang kampung). Hampa rasa hati ketika itu Tuhan sahaja yang tahu. Putus asa dan sangat putus asa. Tidak sanggup dan tidak larat lagi untuk meneruskan perjalanan.
“Abang, panggillah JPAM abang.”
“Kalau kamu panggil JPAM, bukan setakat kamu yang akan kena, abang pun akan kena sebab bawa kamu naik tanpa persediaan yang cukup. Kamu juga akan masuk berita. Viral.”
Apa yang Abang Paan katakan itu ada betulnya.Tak pasal-pasal kami akan menjadi headline “6 Orang Pelajar USM sesat di Gunung Pulai kerana berpre-convo,” atau paling teruk pun “6 Bakal Graduan USM sesat di Gunung Pulai.”

Awatlah hangpa bengap sangat dok beria nak pre-convo kat Gunung Pulai? Orang lain rilek jak pre-convo area USM dan Penang untuk pre-convo. Yang hangpa pi ketegaq sangat nak pi Pulai pasaipa? Kami naik Pulai bukan sebab nak nampak rare berbanding yang lain.Tetapi, ini adalah minat kami. Cuma kami sahaja tidak menyangka benda seperti ini akan berlaku. Pendakian yang dijangkakan akan berakhir sebelum asar akhirnya melarat sehingga ke usai Isyak.
“Kalau boleh dapat air minum rasanya kami boleh teruskan jalan kot. Yang penting dapat minum.” Mirza kata. 
Ya betul. Kami pewai namatey sebab dehidrasi sangat. Tidak pernah aku alami sedehidrasi ini yang apabila kau tutup mata, kau akan terbayang air sungai mengalir. Tekak pun terasa perit sangat. 
“Milo ais..milo ais..” Nirk menjerit. 
Aku yakin dia sedang cuba menghiburkan hati. Aku ketika itu, tidak mampu untuk bersuara.
“Rehatlah dulu, nanti akan ada orang yang ambil kita ke atas.” 
Alhamdulillah. Kami memang sudah tidak mampu untuk bergerak. Masing-masing merebahkan diri di atas rumput (nasib kami dah melepasi laluan berbatu). Tidak kisahlah baring di atas mana. Yang penting baring dan tutup mata. Dari arah perkampungan, kedengaran sayup-sayup azan maghrib berkumandang. Hujan menitik sedikit sahaja. Aku tidak tahu bagaimana kawan-kawan yang lain. Tetapi aku sendiri mengangakan mulut dengan harapan air hujan dapat membasahkan tekak. Tetapi hujan yang turun pun seperti hidup segan mati tak mahu. Tiba-tiba Gyad bersuara.
“Mirza, masih ada ruang kah sebelah mu?”
“Ada.”
Giyad beralih ke tepi Mirza. Menurutnya, di kawasan perbaringan sebelum ini, dia melihat kelibat sesuatu yang berwarna putih.
Aku. Sukar untuk bertenang. Ada sahaja yang serba tidak kena. Seperti ada benda yang mencucuk-cucuk dari bawah. Aku salahkan ranting atau akar-akar kayu.  Apa yang pasti, aku haus dan nak minum, tak mampu nak bergerak.

Senja telah melabuhkan tirainya. Sayang, kerana pewai namatey kami tidak mampu untuk menghayati keindahan senja. Sedangkan dari pinggir cerun tersebut, senja kelihatan sangat lawa. Tetapi kami memilih untuk baring menutup mata sementara menunggu bantuan tiba. 
Azan Isyak berkumandang. Kami masih baring dalam gelap malam. Abang Paan mengarahkan kami mematikan lampu. Lebih kurang pukul 8.30 malam, kami mendengar suara orang kampung menjerit nama Abang Paan. Mirza yang tersedar awal segera mengejutkan Abang Paan. Isyarat lampu kecemasan dimainkan sebelum mendapat balasan daripada penyelamat kami. Beberapa minit kemudian, bantuan sampai dengan beberapa botol air mineral. Alhamdulillah. Suasana yang senyap menjadi riuh. Masing-masing menunjukkan rasa simpati dan menghulurkan bantuan. Satu pengalaman yang sangat mahal yang tidak mungkin kami lupakan. Rescue Mission by Penduduk Baling.

Tatkala air memasuki ruang tekak, serta merta peluh dingin membasahi tubuh. Ketika itu baru perasan bahawa badan kami kurang berpeluh kerana kekurangan air dalam badan. Kami menuruni Gunung Pulai melalui cerun yang ada hadapan kami. Dengan berbekalkan tali, kami dibantu menuruni cerun. Dalam rescue mission ini, sempat lagi kami diusik oleh ‘sesuatu’ yang menemankan kami sejak awal pendakian lagi. Batu-batu dengan sendiri tergelincir ke bawah dan hampir menghempap aku dan Mirza (yang lebih awal turun). Alhamdulillah. Setiap kali selesai menuruni satu tali, kami diberi air minum untuk menghidratkan diri sehinggalah kami tiba di kaki gunung. Secara tepatnya pukul 9.45 malam.

Setibanya di kaki gunung, alangkah terkejutnya kami apabila melihat ramai orang kampung yang menyambut kami. Masing-masing mengukir senyuman dan menghulurkan tangan. Entah berapa banyak motor dan kereta yang sanggup meredah belukar untuk menyambut kami. Terharu dan teruja. Tetapi yang penting kami sudah selamat tiba di kaki gunung. Kami di bawah ke rumah Tok Wan Abang Paan untuk membersihkan diri dan mengalas perut. Sekian pengembaraan. Kami dapat kenalan baru lagi. Best.

Banyak yang dijadikan pengajaran dan sempadan sepanjang kejadian ini. Semuanya sudah dinyatakan di atas. Alhamdulillah kami semua sudah selamat tiba di kaki gunung dan berjaya menghadiri majlis graduasi masing-masing. Akhirnya, secara rasmi semua ahli #GengHatikuSado sudah berjaya memegang sijil sarjana muda masing-masing. Alhamdulillah. 

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang pernah memberi nasihat. Maafkan kami kerana membelakangkan nasihat anda. Kisah ini hanyalah sedikit perkongsian yang diharap akan menjadi pedoman kepada mana-mana yang ingin menaiki Gunung Pulai, Baling, Kedah. Ingatlah, Gunung Pulai itu ‘sesuatu’ sangat.

Selepas kisah Gunung Pulai ini, terdetik hati untuk berehat daripada arena pendakian ini. Tetapi why bother? Allah dah beri pengalaman dan ilmu untuk berdepan dengan situasi seperti ini (yang mungkin akan berlaku di tempat lain) mengapa hendak dijadikan alasan untuk berhenti memburu keindahan ciptaan ALLAH di kawasan tanah tinggi? Trauma? Tidak sama sekali. Cuma bersyukur dikurniakan pengalaman dan pengajaran seperti ini.

Assalam.

Polaroid Pulai kami boleh saksikan di sini..!
Dijemput menonton:-

October 19, 2016

PEMILIK AKAL

Assalamualaikum.

Saya Awan. Tapi bukan awan yang berada di langit.. Eh, jap... awan memang bukan berada di langit.. tapi berada di bawah langit dan di atas bumi. Itu bukan saya. Saya adalah Awan yang berada di muka bumi. Saya tahu hambar. Sorry.

Bahagian ini sepatutnya menjadi wadah untuk menceritakan siapa saya. Siapa pemilik akal yang saban waktu gigih menulis dalam ruangan yang anda kunjungi ini. Tetapi, saya belum cukup bersedia untuk menceritakan diri saya dengan lebih dalam di mata dunia. Mengapa? Saya bukannya siapa-siapa untuk dikenali ramai. Bahkan saya sendiri tidak berkenan sangat jika ada yang nak tangkap gambar dengan saya. Hahaha. I guess I am not born to be someone under the spotlight. Tapi kalau ada yang nak.. tak kan nak resist pula kan. Layan kan je la.

Jadi apa yang saya ingin sampaikan di sini?
Pertama. Mengapa saya lahirkan blog ini?
Kedua. Mengapa 'Awan'. atau lebih tepat mengapa "Awan Andai Dapatku Gapai"?
Sesiapa yang selalu mengikuti karya Ramlee Awang Murshid (Laksamana Sunan) pasti sudah terbiasa dengan bait-bait kata ini. " Awan kalau dapat ku capai...maka saktilah hamba" dan ya! Saya tidak menafikan idea wujudnya bait "Awan Andai Dapatku Gapai" ini sedikit sebanyak terlahir daripada pujangga Laksamana Sunan itu. Big Respect kepada Ramlee Awang Mursyid sebab berjaya menghasilkan naskah yang sangat power bagi saya kerana teknik penceritaan yang sangat menarik dan teknik plot yang begitu mengujakan. Saya harap suatu hari nanti Allah akan mengurniakan bakat yang seperti itu kepada saya. Aamiiin Yaa Rabb. Idea sentiasa datang mencurah-curah untuk menghasilkan cerita yang mampu menarik minat pembaca. Dan ya.. menulis cerita sambil menyampaikan dakwah! Itu yang betul-betul menarik minat saya.

Baiklah. Kita cerakinkan satu-persatu persoalan yang saya sendiri ajukan di atas.
PERTAMA: Mengapa saya lahirkan blog ini? Walaupun saya tidak ada rahim untuk melahirkan apa-apa..Oh, hambar lagi!

Saya suka menulis. Bahkan sejak kecil lagi saya memang sangat suka menulis. Entah dah berapa banyak puisi yang saya pernah karangkan yang kini entah di mana letaknya puisi-puisi itu. Hahaha.. Terlalu banyak buku yang pernah digunakan untuk menulis setiap idea yang ALLAH pernah hadirkan dalam minda ini. Rasa agak rugi juga sebab tidak menggabungkannya lebih awal. Saya juga pernah menghasilkan dua buah lagu yang ketika itu saya bayangkan Dato' Siti Nurhaliza menyanyikan lagu-lagu tersebut. Tajuk lagu saya masih ingat. Tetapi setiap lirik lagu tersebut agak samar-samar dalam minda. Satu kerugian lagi. Lagu pertama iaitu "Hatiku Telah Diluka". Bapak ahhh.. jiwang sangat tajuk. Yupp.. lagu itu memang sangatlah jiwangnya.. idea penulisannya lahir ketika saya ada konflik maha dasyat dengan sahabat baik sendiri. Sedikit lirik yang masih mampu dirakam dalam minda.. saja je nak tulis..

Hatiku telah diluka
Jiwaku terasa pilu
Namunku tetap redha
Hadapi segalanyaaaaa.. (tarik bagi tinggi)

Takat tu je la yang saya masih mampu ingat.. hahaha.. ini bahagian korus. Mengapa jiwang sangat?? Lagu ini dikarangkan pada tahun 2003. Ketika itu, zaman Spring, Scoin, Boboy dan New Boyz masih memenuhi hati para remaja. Genre jiwang seperti inilah masih menjadi kegemaran ramai ketika itu. Jadi idea itu lahir begitu. Mengapa Dato' Siti Nurhaliza yang saya bayangkan untuk menyanyikan lagu ini? Ketika itu, ibu saya suka sangat dengar lagu Dato' Siti. Hahaha. Kenangan mumayyiz.
Lagu kedua pula berjudul "Koran" atau dalam bahasa Malaysianya surat khabar.

Kau anggap aku Koran..
Sekadar untuk melepaskan bosan...
Sesudah itu kau tinggalkan aku bersendirian..
Meredah hujan panas kehidupan..

Kisah disebalik lagu ini sebenarnya menggambarkan kisah percintaan akak saya sendiri. Saya masih ingat detiknya... Malam. Kakak saya sedang membasuh pinggan mangkuk dan saya hanya menjadi peneman setia.Setiap malam begitulah keadaan kami. Sambil basuh-basuh pinggan.. akak saya berkongsi kisah hidupnya.. lalu terlahirlah idea menulis lagu ini. Entahlah.. rasa rugi rasa... Padahal dulu kedua-dua lagu ini lengkap dengan bahagian korus dan bridge sekali. Tapi dah lupa dah... Oh, ya! lagu kedua ini dihasilkan pada tahun 2007.

Selesai mengarut tentang lagu yang tidak ada kaitan apa-apa dengan anda...in fact! setiap apa-apa yang saya tulis di sini mungkin tidak ada kaitan dengan anda semua. Tapi... saya nak menulis. Haha. Ada orang baca atau tidak.. itu kemudian. Yang penting.. Saya menulis. Saya sayang setiap idea yang Allah berikan. Idea tidak selalunya datang. Jadi saya kena cari platform untuk menzahirkan benda-benda abstrak yang ada di minda ini. Selain lagu.. saya juga pernah menghasilkan beberapa cerpen dan sebuah novel pendek! Novel itu ditulis dalam sepuluh (10) buku latihan sekolah dan sekarang entah ke mana yang berjudul "Faiqah". Kisah seorang perempuan yang sedang mencari Tuhan dan akhirnya dia temui selepas kematian tunangnya. Amatlah klise. Tapi itu idea,... haha.. So, embrace it.
Rasanya dah jelas kot mengapa blog ini diwujudkan. Sekadar untuk merekodkan setiap idea yang lahir di minda saya ini. Tidak kisahlah puisi, cerpen, novel atau hanya pendapat separa matang yang terlintas di minda saya ini.

Kita bergerak ke persoalan kedua.

KEDUA: Mengapa "Awan Andai Dapatku Gapai"?

Macam yang saya dah katakan di awal pembacaan anda. Saya tidak menolak kisah Laksamana Sunan menjadi pemangkin wujudnya bait-bait ini. Tapi unjuran kisahnya bukan hanya terhenti di situ. Bahkan ada sesuatu yang lebih besar di sebalik nama ini. Sesuatu yang saya rasa sangat berkait dengan hidup saya sendiri dan mungkin juga sangat berkait dengan diri anda.
Pernah dengar tahap-tahap iman manusia? Kalau pernah, mudah bagi anda untuk mencerap apa yang saya tulis di sini. Jika belum.. anggaplah sebagai satu perkongsian baru.

Tahap-tahap iman ini saya dapat daripada laman sesawang MyMasjid. Saya tidak jumpa sebarang dalil yang membenarkan kesahihan tahap-tahap iman ini. Tetapi lumayanlah sebagai pedoman. Saya cerakinkan serba pendek tahap-tahap iman ini.

IMAN TAQLID - lebih mudah kita sebut sebagai iman ikut-ikutan. Nampak kawan solat, dia pun solat. Tengok kawan puasa, dia pun puasa (depan kawan). Apa yang saya fahamkan, iman ini berlaku sebab kejumudan akal manusia.

IMAN ILMU -  tahap ini ramai yang mengalaminya. Mudah kata 'tahu tapi tidak berbuat'. Kita tahu sesuatu perkara itu salah. Kita tahu ALLAH murka kalau kita buat dosa, tapi kita masih bongkak dan degil melakukan kezaliman. Iman yang wujud di hati hanyalah berdasarkan logik dan akal fikiran. Masih kurang penghayatan. Eh, salah. Iman mereka yang beriman Ilmu ini hanyalah terletak di akal. Di fikiran mereka. Justeru, mereka tidak rasa berdosa jika melakukan maksiat.

IMAN AYYAN -  Berbeza dengan Iman Ilmu, Ayyan ini adalah lanjutan daripada Iman Ilmu. Apabila ilmu dah ada di dada, tinggal lagi kita mengamalkannya dan menyemai ilmu itu sehingga menjadi sebahagian daripada hidup kita. Macam mana nak mengubah Iman Ilmu kepada Iman Ayyan? Cara upgrade itu mudah sangat. Cuma hati kita sahaja yang selalu berbolak-balik dan malas. Caranya klise.. tapi itu yang terbaik dilakukan untuk meningkatkan iman kita. Macam biasa..banyakkan bermujahadah dan menyertai usrah...dan paling penting jagalah solat dan luangkan masa untuk membaca Al-Quran. Iman Ayyan apabila sudah mekar di hati, kita akan menjadi lebih takut dengan ALLAH dan sentiasa yakin kewujudan malikat kiri kanan yang menjadi pendamping setia. Iman inilah yang dikatakan 'sudah tahu dan berbuat'.. in shaa ALLAH jika dikembangkan boleh menjanjikan Syurga untuk kita.

IMAN HAQ - Mudahnya, ibadahnya dijaga.. dan hatinya sentiasa memuji keesaan ALLAH. Bahkan setipa kali melihat apa-apa kejadian di muka bumi ini...sentiasa dikaitkan dengan kekuasaan ALLAH.

IMAN HAKIKAT - Iman paling sempurna yang dimiliki oleh para rasul, murabbi dan wali-wali ALLAH. Zuhud boleh jadi salah satu daripada jalan hidupnya. Kenikmatan dunia sudah lama jauh terkubur daripada kamus hidupnya.. Subhanallah.. indahnya iman tahap Hakikat ini.

Okey, selesai penjelasan serba ringkas tentang tahap-tahap iman. Kita kembali menjawab persoalan kedua. Mengapa saya kata maksud di sebalik 'Awan Andai Dapatku Gapai' ini sangat besar. Semuanya tentang refleksi saya sendiri dan boleh jadi juga refleksi diri anda sendiri. Saya sedar saya masih berada di tahap Iman Ilmu. Banyak bab-bab agama yang saya tahu. Saya sedar bahawa saya selalu menidakkan kata hati saya apabila bersangkut-paut soal ibadah dan malasss... Hahaha. Contoh paling mudah adalah solat. Saya tahu solat itu wajib. Tapi masih berani meninggalkan solat. Apatah lagi solat Subuh. Liat sangat nak bangun dari katil. Bangun untuk buka mata dan tengok jam. " Ahh.. banyak masa lagi untuk sembahyang subuh." Tidur semula.. Alih-alih bangun apabila matahari dah terik. Waktu Dhuha pun dah lepas... Kemudian semudah itu hati berdetak "Nanti aku qadhalah... atau boleh je sembahyang taubat." Mudah sahabat....sangatlah mudah jatuh dalam belaian Syaitan sedangkan kita tahu sesuatu perkara itu salah... tapi kita masih tidak malu melakukannya. Boleh jadi sudah ketagih gamaknya melakukan kemungkaran. Dek kerana itulah masih payah unutk meninggalkan sesuatu yang sudah disedari sebagai salah atau berdosa. Contoh mudah yang lainnya, perempuan yang tidak mahu pakai tudung kerana malu. Malu lebih diutamakan berbanding perintah ALLAH sedangkan dia sudah lama tahu bahawa mendedahkan rambut itu berdosa.

Jadi, apabila menyedari saya masih berada di tahap Iman Ilmu, saya berangan..ya saya berangan untuk mencapai Iman yang lebih tinggi. Buat masa ini..cukuplah sekadar Iman Ayyan. Sebagai langkah permulaan. 'Awan' itu adalah simbolisasi bagi Ayyan. 'Andai Dapatku Gapai' sebenarnya adalah untaian doa yang menggambarkan saya sentiasa berharap untuk meningkatkan iman saya sehingga tahap Iman Ayyan sekurang-kurangnya untuk masa ini. 'Awan Andai Dapatku Gapai'. Iman Ayyan semoga mampu diraih. Mengapa 'Andai'? Sebab kalau saya letak 'Semoga' tidaklah kedengaran gramatis sangat.. hahaha.. Tapi tuntas wujudnya bagi saya sangat suci. Suci kerana melambangkan harapan seorang hamba yang tidak pernah putus mencari redha ALLAH dan sentiasa berusaha untuk mencapainya. Kelak nanti..kalau dah capai Iman Ayyan, semantik 'Awan' itu kelak akan berubah menjadi 'Iman Haq dan kemudiannya menjadi Hakikat dan akhirnya menjadi Syurga.. Allahu... tinggi sangat angan-angan menjadi orang. Tapi tidak mengapalah. Berangan menandakan kita punya impian. Tetapi lebih elok jika angan-angan itu turut disulami dengan usaha yang tidak pernah putus. In shaa ALLAH.
Usaha saya untuk mencapai 'Awan' ini? Haha.. jangan ditanya macam mana. Masih banyak turun naiknya. Sekejap menjadi alim atau Pak Ustaz.. tetapi lebih banyak menjadi jelmaan Abu Jahal. Seram sejuk rasa tengkuk apabila difikirkan. Bimbang ajal datang ketika menjadi Abu Jahal. Amit-amit diberi neraka.
.
.
.
Selesai saya kira bagi ruangan Pemilik Akal ini. Sedikit sebanyak boleh menjadi pengenalan diri untuk sesiapa yang tidak mengenali siapa saya. Tetapi, sesiapa yang dah kenal saya lama..sudah tentu anda sangat mengenali bagaimana pincangnya langkah yang saya atur.
.
Dari masa ke masa, kelak isi ruangan ini berubah mengikut kerajinan saya. Sebab saya Pemalas.
Haha.
.
Sampai jumpa lagi.

Oh, ya!
Kalau ada yang terfikir untuk bertanya khabar...boleh emel saya di awanandaidapatkugapai et gmail dot com

October 17, 2016

Fiktif Finnick

kisah random je sebenarnya. But, it connected to my life some where else.

.

Hari ini kita lihat seseorang tu pelik.. atau.. bodoh.. atau minta puji yang amat. Or.. may be we can call them annoying.

.

Okey then, aku teruskan dengan sedikit fiktif imaginasi menggunakan nama-nama ni.

.

Finnick, Romeo, Aiman.

.

Bagi Romeo dan Aiman.. Finnick ni poyo terlebih. Suka dengar lagu yang sama.. and then.. Finnick suka tangkap gambar.. sanggup posing lebih-lebih.. and for now Finnick main pokemon. Hahaha.

Guess what! Aiman dan Romeo meluat tengok Finnick. Ye lah.. Finnick ni annoying dan suka ikut kepala sendiri. Tapi bagi Finnick, dia cuma buat apa yang dia suka.. dan apa yang dia minat. And Finnick didn't give a shit about what others said about him. As long as he still can be happy with himself. Because Finnick believe that someday.. Aiman dan Romeo akan jumpa apa yang mereka minati and.. mereka akan value benda tu elok-elok. Dan tidak mustahil Aiman dan Romeo akan buat benda yang sama dengan apa yang Finnick buat. Benda yang meluatkan/annoying bagi Romeo dan Aiman.

.

Guess what again! Memang betul.. Aiman minat satu lagu.. dan lagu tu dia ulang2 sehingga sebulan lamanya.. sama macam yang Finnick selalu buat. Romeo pula yang dahulu selalu melemparkan kata-kata "Apalah gunanya tangkap gambar diri sendiri?" dan akhirnya hari ini dah boleh dan berani tangkap gambar diri sendiri.

.

See guys? What you give you get back! Sebab itulah kita jangan menghakimi hidup orang lain. Dunia ini sentiasa berputar.. dan kita tidak tahu bila detiknya kita akan berubah. Tapi Finnick tak marah atau sakit hati dengan Romeo dan Aiman kerana Finnick tahu mereka sedang menikmati hidup mereka. Finnick hormat minat mereka. Paling penting.. Finnick sayang mereka.

.

Sekian sahaja kisah Finnick, Romeo dan Aiman.

August 24, 2016

CARA NAK TAU BERDOSA KE TAK

Yang namanya DOSA itu adalah perbuatan. BUKAN perasaan.
Kau tidak berdosa atas apa yang kau rasakan. Kau hanya akan berdosa apabila kau melakukan apa yang kau rasakan.

Contoh::
Kau kekurangan duit...dan kau rasa kau kena mencuri duit orang lain untuk hidup. Kau tidak disabitkan dosa selagimana kau tidak mencuri duit. Tapi, once kau dah curi duit orang lain... dosa jatuh untuk kau dik. So pandai-pandailah bertaubat dan pulangkan semula duit yang kau curi tu. Kalau dah kering sangat, silakan minta dengan pusat zakat atau tambah lagi usaha mu untuk mendapatkan rezeki ALLAH.
.
Samalah kisahnya dengan GAY.
Kau tidak dihukum berdosa atas perasaan songsang yang kau rasakan. Bahkan jauh sekali kau akan jadi penghuni neraka kerana perasaan cinta/syawat mu terhadap sejantinamu. Yang menjadi dosa apabila kau izinkan dirimu diliwat atau kau meliwat.. nahhh.. ketika itulah kau sudah layak untuk dipanggil "Pewaris Kaum Nabi Luth" atau "Nabi tidak mengaku ummat".
Jadi kau kena pandai-pandailah macam mana kau mau survive ujian yang diberikan kepada mu itu. And of course, perasaan itu bukan fitrah mu.. Kau bukanlah seorang perempuan yang terperangkap dalam tubuh lelaki. Adeeeiii... Memang kau mangkuk sangatlah kalau kau anggap dirimu begitu.

Kau ingat benda ni dik.. pasak elok-elok di minda, kisah mu tidak jauh bezanya dengan orang lain. Allah uji kau sama je dengan mereka. Sama kisahnya dengan mereka yang bernafsu kepada jantina lain (mereka juga terpaksa membendung perasaan sendiri agar tidak jatuh ke lembah zina - bezanya kau lembah liwat lah pulak gamaknya), kisah kau diuji sama je dengan mereka yang tidak mampu untuk tinggalkan ketagihan dadah/rokok. Bahkan Allah uji kau sama je dengan mereka yang menahan diri daripada menjadi riak hanya kerana sudah memiliki sedikit ilmu agama di dada.

Itu bukan fitrah mu. ALLAH tidak pernah menciptakan manusia yang lain dari fitrahnya. Jadi kena ternak iman sendiri. Kaji iman, kaji solat. rajinkan sikit diri tu. Itulah ubatnya kalau nak permudahkan diri move on dari benda-benda yang susah nak move on ni.

Come on laa..
Orang lain pun tidak perlulah menggelar mereka bakal ahli neraka, tak takut neraka, kebal neraka dan sejuta satu lagi tuduhan nista dan jijik yang kau lontarkan pada yang merasa. Kau pun diuji ALLAH untuk struggle benda lain kot. Tiada beza kau dan dia di mata ALLAH.

Dan untuk kau yang merasakan dirinya ada simptom-simptom gay..
Kalau tak mampu ubah perasaan sendiri, teruskan ibadah-ibadah lain, teruskan hidup dalam ketaatan. Teruskan berdoa agar diberi hidayah dan dimudahkan urusan.

_________________________________________________
Disklemer : budaktomato & Inche Gabbana & Tarbiyah Sentap

June 28, 2016

MALAYSIA & #BREXIT

Imagine that someday Malay Malaysia will vote to send Indian and Chinese back to their origin country.. this situation might happen.. #BREXIT
.
Eventhough, right now...  we can see plenty of Malays already named fellows Chinese and Indian as immigrant. They proudly said that Malaysia is for Malay only. Shout (posting at facebook) and scold to fellows Chinese and Indian to know their status as an immigrant in Malaysia. Well.. I know it is hurt. Hurt their feeling. Fellows Chinese and Indians also paid taxes and contribute to Malaysia's Empowerment. Yet, maybe not in politic. But, they are very talented in another fields such as economy. Yeah I know. You might think that it doesn't mean that they will got free tickets to be truly Malaysian if they do this.

If we labeled them as an immigrant in a blink of eyes (like what happen in England after Brexit), then what are their nationality? Their country? Their home? They got blue IC right? India won't admit them as their citizen.. and China also. Then, where is their home actually? The answer is Malaysia! Yes, it is Malaysia. Absolutely they are not reefuges.

Oh, wait! I've come to conclusion to realize that Malays (read : UMNO core supporters) is the only one proudly labeled them (read : DAP core supporters) as immigrant. While there are plenty of Malays assume Chinese and Indian as Truly Malaysian. Citizen of Malaysia since they born.
Then why Immigrant Label is happening in Malaysia? Of course it is cause by politic thinking and lack of knowledge in Malaysia's history. Politicians (especially their supporters) is the one who speard this idea so that they will still in power or they will get the power. Politicians whose told us to embrace our unity and live peacefully. But, why they still eager to spread this idea? UMNO and DAP is no different in this issue.

It is just my penny opinion.
I think, what fellows Chinese doing right now is a survival action cause by this labelling matter. Nope! I am not one of DAP supporters. I glad that BN is still in power. And still hope it will remain that way. But there is sometime I did not agree with what they have been doing. There is something that need to be changed in UMNO like what Tun M did when he still in power. I optimisly believe that DSNR in effort to do the same thing.

Then, fasten your seatbelt and eat popcorns with determination. The world is changing. Thats why we need to prepare ourselves.

I JUST HATE THE RACIST PEOPLE.
PROUD WITH THEIR MALAYNESS AND FORGET ABOUT MALAYSIANESS

June 23, 2016

Monolog : Kerja sbg Security Guard

Hi.. to whoever will to read this entry.

First and foremost, this entry I wrote when I still at work as security guard. Yes.. it is 3.15am.

Ayah aku dulu kerja sebagai security guard juga. In fact he still doing it. Guarding for school. Actually, kerja ni kerja paling senang bagi aku. Tak perlu banyak pengorbanan sangat. Tapi.. tu laaa.. kau akan mereput dalam kebosanan. Yes! BOSAN.
It makes me wondering how my father survive it for almost 10 years work like this. And guess bored is the reason why my father berkenalan dengan seorang aunty until tear my family apart for two years. Stay up until 7 in the morning. Yes.. it is not a though job but yet still make you sick in boredom. This is what I feel right now.

It is not about chosy. I know I got degree. I realize that my degree is not the green light for me to not to choose job like this. Tapi itulah.. aku ni tipe orang yang dah biasa sibuk dengan segala benda apa yang patut disibukkan.
And when I end up just sitting guarding a building that always stood strongly.. it make my brain rotten I guess. I just can't live like this. Unproductive life. At night I stay up and sit. Then keliling bangunan ronda. Nothing happen Alhamdulillah. After that sit again and watching movie.. Urrghh.. How I miss mylife as a busy person during my campus life.

This situation makes me thinking.. the reality of my life. Yes.. I just finished my study at USM.. and there will be a lot of obstacles I may will face ahead. Actually I think I should be grateful working as Security Guard.. the most relax job I think. I got plenty of time to watch movie a night long. and plenty of time to thinking and do some flashback what I had counted a few years back.
But, that is not me. Just sitting and yawning.

It is not a hell. It just a mental torture for me. And yet.. At time I wrote this entry.. I already offered a work which is I hope will give me a busy life I missed.

Right now, I'm in dilemma. Should I quit early or not because I still got one week before start my new work.

Well, I guess.. I have to ask Allah to give me guidance what I should do.

Double work?? I think I am not ready for that. My mind have rest in plenty of time. It had been frozen after I left SMK Sungai Nibong. Then I thought I should take five to be a multitasking person and focus to one particular thing only.

And I guess that will be the end of my first monologue here. Hope we will meet in another time.

Awan Andai Dapatku Gapai

Ayyan mendongak ke langit. Hamparan kelam malam disulami cahaya malap bulan separa menggitari pandangannya.
Malam ini bintang kurang kelihatan seperti biasa kelananya Ayyan sebelum ini. Mungkin disebabkan kepulan awan yang memenuhi segenap sudut langit sejak maghrib tadi. Ayyan melihat jam tangannya. Baru pukul 9.00 malam. Masih jauh lagi baginya memulakan perjalanan menuju ke Estodonia.

"Faris, tunggu aku datang. Aku dalam perjalanan. Bertahanlah sahabat." ujar Ayyan perlahan seraya melepaskan hembusan nafas ringan.
Perjalanan menuju ke Estodonia terpaksa direhatkan sebentar. Di hadapannya kini terbentang luas Laut China Selatan. Sepatutnya dia sudah berada di Tanah Emas sebulan yang lepas. Sepatutnya sekarang dia sudah hampir dengan Estodonia yang terletak di penghujung tanah Asia itu.

Estodonia. Satu negara kecil yang terletak di hujung tanah besar Asia. Kerajaan Estodonia adalah antara kerajaan yang kaya dan paling kuat di rantau Nusantara ini. Kerajaan yang ditadbir oleh Raja Permaisuri wanita itu sudah lama menguasai perdagangan air. Faris, sahabat sepermainan telah merantau ke tanah serba moden itu demi mengejar cita-citanya. Faris bercadang hendak menjadi juru terbang. Cita-citanya itu tidak mungkin dapat dicapai jika dia terus mendiamkan diri di tanah leluhurnya.

"Aku kalau dah besar nanti nak pandu jet macam tu," Faris menunjukkan jari ke langit. Lima buah jet pemantau Kerajaan Estodania terbang melewati perkampungan mereka. Memang Estodania merupakan kerajaan yang sangat maju sejak dulu lagi.

"Kau nak jadi tentera Estodania ke?"
"Yup. Kalau nak pandu jet macam tu kenalah jadi tentera Estodania kan?" Faris berkata dengan yakin.
"Estodania jauh sangatlah Faris. Kau ingat senang ke nak pergi sana.

June 13, 2016

MOVE ON

Dingin malam bersatu di hati
Biar budi mengelung di jiwa
Andai kata rindu menyirna pergi
Teguhkan diri bergurau senda

Biar dibujuk rajuk di hati
Usah digamit kenangan pergi
Hidup perlu terus berdikari
Jangan berkabung di relung sepi

Kisah lalu biar berlalu
Jasad perlu gigih digagahi
Selagi kudrat masih bertalu-talu
Tanda hati tidak kan mati.

==========================
Puisi ini dicipta selepas entah keberapa kalinya aku cuba membulatkan tekad untuk tidak berharap lagi agar persahabatan aku dengan Amir Hudzman kembali akrab seperti 2013/2014.

Tahun 2016 Mei 03
.
Catatan tentang budak ni nantilah aku sambung.. agak busy tidur sekarang ni.

January 25, 2016

Hukum Bahasa Arab dalam Ibadah

Orang Melayu.
Berbahagialah kamu lahir tidak mahir berbahasa Arab (Bahasa Al-Quran).
Kamu memperoleh banyak kebaikan kerana kamu (yang tidak faham bahasa Arab) mencuba sedaya-upaya kamu memahami Al-Quran dan bacaan-bacaan dalam solat.
.
Ada usaha di situ. Allah mengurniakan kebaikan untuk mereka yang berusaha memahami agama Nya.
.
.
Dalam Islam, niat memang lebih dirukunkan dalam solat. Sedangkan lafaz,  boleh dalam bahasa yang kamu fahami (Imam Khomeini R.A.).
.
Cuma ada beberapa hal yang kamu perlu fahami tentang kepentingan Bahasa Arab dalam ibadah.
1. Rasulullah S.A.W. mengerjakan ibadah dalam bahasa Arab. Jadi secara tidak langsung kita dapat pahala sunnah Nabi di sini. Siapa yang tak mau pahala lebih weii..

2. Islam diturunkan dalam bahasa Arab kerana audiens terawalnya adalah bangsa Arab Jahiliyah. Islam diturunkan dalam bahasa yang difahami oleh mereka agar mudah mereka menerima Islam. Tapi tu lah.. ada je bangsa Arab yang tidak mahu memeluk Islam.

3. Perjuangan dakwah Islamiyah Nabi menggunakan bahasa Arab. Secara peribadi, rasa rugi pula jika hanya beribadah dalam bahasa sendiri (kerana Allah Maha Mengetahui), sedangkan Rasulullah berdakwah menggunakan bahasa Arab. Secara tidak langsung, menggunakan bahasa Arab dalam ibadah satu bentuk penghargaan kepada kepayahan perjuangan dakwah Nabi dulu. Rasa diri ni macam sombong kalau enggan memahami bahasa Arab dalam ibadah. Itu pendapat peribadi je lah.

4. Bahasa Arab lambang penyatuan Islam di seluruh dunia. Islam sudah tersebar ke seluruh pelusuk dunia dan dianuti oleh masyarakat pelbagai bahasa. Selain arah kiblat, bahasa Arab inilah yang menyatukan ummat Islam semua. Buktinya, cuba bayangkan ketika mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci Mekah, semua ummat Islam beribadah menggunakan bahasa masing-masing. Tak ke pelik nanti dengungnya apabila ummat Islam berzikir dalam bahasa masing-masing!. Islam menetapkan kita semua satu dan tidak terpisah-pisah. Bahasa Arablah yang menyatukan kita semua. Tak kanlah Islam di Jerman kena belajar bahasa Melayu semata-mata untuk bersatu dengan kita di sini? Maaf, sejarah Rasulullah telah lama tertulis dalam bahasa Arab. Jadi, jangan rasa terbeban mempelajari bacaan-bacaan ibadah dalam bahasa Arab. Lagipun pahala berganda beb! Kita yang tak faham arab, tapi bertungkus-lumus belajar Arab semata-mata kerana Allah. Syurga dijanjikan beb! Jangan lepaskan peluang ni. Allah dah bagi bonus untuk kita.

5. Menterjemahkan bacaan Al-Quran dan bacaan ibadah-ibadah lainnya ke dalam bahasa lain - cenderung untuk berlaku penyelewangan.
Jangan nafikan! Sejarah dah membuktikan dengan apa yang berlaku kepada Kitab Injil yang diterjemahkan dalam bentuk Bible. Maaf, sahabat-sahabat Kristian. Tapi ini apa yang dipercayai dalam Islam.
"Untukmulah agamamu dan untukkulah agamaku." (QS,109:6).
Allah telah menjanjikan Al-Quran akan dipelihara sehingga ke akhir zaman. Kerana apa? Kerana ummat Islam akan mempelajari bahasa Arab (yang digunakan dalam Al-Quran). Jadi, kita juga sedang memelihara kesucian Al-Quran apabila kita mempelajari lafaz-lafaz bahasa Arab baik dalam Al-Quran ataupun bacaan ibadah-ibadah kita. Sayang agama kita, jadi peliharalah sebaik-baiknya.
.
.
Walau apapun, Islam bukan satu agama yang memberatkan penganutnya dengan segala macam peraturan. Islam lebih mengutamakan nawaitu (niat). Bahasa bukanlah satu rukun dalam ibadah. Tidak ada masalah menggunakan bahasa lain selain bahasa Arab, tapi cuba perhalusi perkara-perkara di atas.
Gunakan bahasa Arab dalam solat serta memahami maksudnya, In shaa Allah lebih kusyuklah hendaknya. Pahala berganda lagi. Mengikuti sunnah Nabi, berusaha kerana Islam. Dan sudah tentu pahala melaksanakan solat. Tak kan tak nak pahala berganda kot!
.
Satu perkara lagi, IMAN merujuk kepada "Membenarkan melalui hati, melafazkan melalui lidah dan melaksanakan menggunakan anggota." Tak de pun sebut bahasa Arab.
Syarat masuk Islam pun tidak mewajibkan bahasa Arab.
Bahkan kalau rujuk hukum-hakam ibadah lain pun, tidak ada yang mewajibkan lafaz bahasa Arab (kecuali Mahzab Syafi'e yang mewajibkan lafaz solat dalam bahasa Arab).
.
.
Masya-Allah Tabarakallah.
Bertuahnya kita jadi orang Melayu yang menganuti agama Islam ini.
.
Wallahu'alam.
Jazakumullahu khairan kathira.

January 24, 2016

Meninggalkan Sahabat.

Iman manusia ada pasang surutnya.
Kita sendiri tidak tahu bila detiknya iman kita akan semakin berkurang sehingga kita jauh terpesong dari landasan yang Allah tetapkan untuk kita.

Maaf Sahabat.
Aku dah cuba untuk bertahan.
Aku dah cuba untuk menolak.
Tapi kisah dengan kamu tidak pernah surut.
Bahkan sehingga terbawa ke dalam mimpi.
Sehingga menyebabkan aku menangis seorang diri.
Takut siksa neraka. Takut kehancuran yang akan hadir di depan ku.
Bukan sekali beristiqarah. Banyak kali.
Akhirnya aku tetap memilih mengekalkan silaturrahim.
Tetapi diakhirnya aku yang takut dan sakit sendiri.

Cukuplah.
Aku sudah penat melawan.
Aku sudah penat berdiam.
Aku tahu siapa aku di hati mu dulu dan kini.
Maka aku memilih angkat kaki.

Pergiku bukan kerana membenci jasad kamu.
Aku cuma ingin uzlah dan tenangkan diri.
Berharap tautan tangan pada iman yang semakin tipis tetap teguh.

Sudahlah sahabat.
Selepas ini tidak usah lagi kau lambai aku dipinggir jalan.
Tidak usah lagi kau tegur aku bila aku makan bersendirian.
Kerana selepas ini aku akan menidakkan hadir mu.
Selepas ini aku akan anggap kau seperti angin yang lalu.

Allah tahu mengapa aku memilih untuk memutuskan silaturrahim.
Semoga Allah meredhai langkah ini.
Niatku hanya satu.
Aku tidak ingin terus membiarkan sehiris iman semakin rapuh.

Bismillahirrahmanirrahim.
Sodaqallahu'azim.
Jazakallahu khairan kathira.
MAFH - #AH7

January 17, 2016

MENGAPA PERLU MENCARI SEDANGKAN TAKDIR KITA DAH DITETAPKAN?

Kecik2 dulu aku sendiri pernah suarakan persoalan ini kepada Imam Masjid kampung aku. Iyalah. Dalam memahami Islam banyak perkara yang masih aku sendiri tidak tahu. Alhamdulillah para sahabat banyak berkongsi ilmu pengetahuan.

1. Berkenaan soal takdir yang telah Allah tetapkan tetapi mengapa masih perlu berusaha mencarinya.

Takdir, seperti jodoh, rezeki, ajal dan maut Allah memang dah tetapkan.  Dalam Ad-din Islamiyah sebenarnya tak elok mempersoalkan takdir Allah ni kerana boleh menggoyahkan akidah. Tapi demi pembelajaran.. tidak mengapa.. lagipun persoalan ini para sahabat selalu tanya ketika zaman Rasulullah. Tuntas sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam At-Tarmizi lebih kurang begini..
-:: Dalam persoalan takdir.. Islam lebih titik beratkan usaha untuk dapatkan takdir Allah itu. Sebenarnya ilmu tentang takdir diwujudkan untuk menguji iman kita. Jadi kita memang perlu mencari. Kenapa? Dengan berusaha mencari apa yang Allah takdirkan, kita dapat menjana pahala dan meningkatkan iman.

"Dialah yg telah menentukan mati dan hidup kamu - utk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah di antara kamu yg lebih baik amalannya. Dan Dia Maha Perkasa, lagi Maha Pengampun." (Al-Mulk [67] : 2)
.
Usaha mendapatkan takdir Allah dan ganjaran yang kelak diperoleh sebenarnya Allah dah firmankan dalam Al-Quran sebanyak 21 ayat (Surah Al-Lail [92]). Hayati setiap bait kata dalam surah itu. Kamu akan faham mengapa Allah mahu kita berusaha mendapatkan takdir Nya.
- Hidup di dunia ini untuk beramal, bukan untuk mempersoalkan takdir.
- Jangan ditanya mengapa perlu berusaha, sedangkan semua dah ditakdirkan, tapi tanyalah apa yang kita perlu lakukan untuk mendapatkan takdir Allah itu.

2. Takdir yang telah ditetapkan Allah masih boleh diubah?

YA. Takdir Allah boleh diubah walaupun Allah dah tetapkan. Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Allah tahu bila kita tak suka dengan takdir tersebut. Tapi bagaimana hendak mengubah takdir? Sekali lagi Allah dah nyatakan cara mengubah takdir ini dalam Al-Quran, Surah Ar-Ra'd.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan [yang ditakdirkan pada] suatu kaum sebelum mereka [berusaha] mengubah keadaan [yang ditakdirkan pada] diri mereka sendiri.”(13:11).
.
.
Secara literalnya, manusia memang tak boleh ubah takdir yang Allah dah tetapkan secara terus. Allah satu-satunya yang boleh mengubah takdir tersebut kerana Allah pemilik ummul kitab. Tapi harus kita pasakkan di minda, Allah Maha Mengetahui dan Allah sentiasa menilai kita.
Jadi selamat berusaha ubah takdir sendiri.

3. Persoalan tentang jodoh. Mengapa kita jatuh cinta dengan bukan jodoh kita. Mengapa terjadi. Sedangkan Islam tidak menggalakkan hal ini. Bahkan Islam menekankan penjagaan ikhtilat. Sedangkan cinta itu anugerah Allah.

- Memanglah cinta itu datangnya daripada Allah, kerana cinta itu milik Allah yang kita pinjam sahaja. Dan sebenarnya cinta itu sebahagian daripada ujian Allah ke atas iman kita. Iman manusia ada pasang surut. Lemah iman, maka cinta itu akan jadi mainan Syaitan untuk mengheret kita ke Neraka.
.
Tentang cinta ni special sikit. Cinta yang mana satu anugerah Allah dan yang mana satu hanya godaan Syaitan semata-mata. Tak kisahlah kau couple islamik bagai, tetapi apabila kau leka beribadah kerana couple islamik itu.. maksudnya kau gagal dalam ujian Allah ini. Selamat menjadi sahabat baik Syaitan ke Neraka. Dan kau jangan hairan mengapa couple islamik mu itu bukan jodohmu.
.
Ditentukan kita jatuh cinta kepada bukan jodoh kerana Allah ingin lihat sejauhmana kita mampu redha dan ikhlas terhadap perpisahan yang Dia berikan. Ingat! Allah sentiasa berbicara dengan kita walaupun bukan melalui lisan.
.
Wallahu'alam. Selamat beramal.

January 03, 2016

PUISI UNTUK SI BODOH

PUISI UNTUK SI BODOH YANG MEMBODOHKAN DIRI.

Menjadi hamba cinta sanggup berkorban padahal sudah lama terbuang.

Sekejap je rasa.
Menjadi bodoh dan tidak berguna.
Hanya menurut tanpa berani menolak.
Entah mengapa kalah dan mudah mengalah.

Aduh mengapa bodoh dan bodoh lagi.
Sudah sedar diri dibenci dan tidak dikehendaki.
Hanya menjadi alat.
Alat apabila perlu.
Alat apabila bosan.

Makna bodoh inilah dia.
Menunduk pada yang tidak sepatutnya .
Ikhlas kamu. Ikhlas!
Jodoh kamu dengannya sudah tamat.
#bangkitkata

January 01, 2016

Mencintai Diri Sendiri

Kagum dan menghargai nilai yang ada pada diri sendiri dalam diri kita sendiri sesuatu yang indah kerana dapat menumbuhkan cinta dalam diri dan menghargai setiap kehidupan kita. Setiap manusia itu memiliki nilai-nilai yang sangat berharga dalam dirinya. Sering orang tidak berpuas hati dengan diri sendiri dan cenderung membanding-bandingkan kemampuannya dengan orang lain. Seolah-olah kita tidak berpuas hati dengan apa yang ada dalam diri dan jiwa sendiri.

Diri sendiri.
Sangat berharga dalam kehidupan. Malah sangat berharga di mata Tuhan. Ibarat dua cermin yang saling berhadapan. Akan muncul siri pantulan tidak terhingga. Demikianlah juga apabila kita bercermin dengan diri sendiri.

Anda akan menemukan bayangan diri sendiri. Bayangan itu sebenarnya satu cerminan kekuatan anda yang luar biasa; ketakterbatasan yang memberi kekuatan untuk menhancurkan tembok yang membatasi kemampuan diri.Dalam bayang-bayang itu ada nilai-nilai yang selama ini terhalang oleh bayang-bayang citra diri yang salah, yang selalu mengatakan kepada dirinya,
'saya tidak berguna',
'saya tidak punya kemampuan seperti orang itu',
'saya tidak cantik/kacak',
'kenapa saya tidak seperti orang itu?'
.
.
Seakan-akan kita menegaskan diri kita adalah manusia yang lemah dan serba kekurangan. Tidak salah mengakui kelemahan diri, tapi tidak wajarlah jika kita menganggap diri kita sebagai lemah. Sedangkah setiap manusia itu sama. Yang berbeza hanyalah ilmu, amal dan iman mereka. Malah Allah telah menyatakan hal ini dalam Surah At-Tin (95:4).
"Sesungguhnya, kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya."

Kerana itulah kita sepatutnya Qanaah dan Syukur ke atas apa yang kita miliki.
Tapi...
.
.
.

"HIDUP SAYA, PILIHAN SAYA."
Indah bukan, apabila ada orang yang mengaku mampu berdikari dan bebas membuat keputusan sendiri. Teguh pendirian serta tindakannya sentiasa bersandarkan prinsip yang kuat.
Ada orang memilih untuk bertanggungjawab ke atas diri sendiri sehingga sanggup mengabaikan orang lain.
"Ini keputusan ku. Ini hidupku. Kau tidak berhak campur tangan. Aku bersedia terima setiap risikonya. Aku melihat hanya diri aku sendirilah yang layak membuat keputusan ini."

Percayalah. Kita tidak boleh menafikan peranan orang lain dalam hidup kita. Mengabaikan silaturrahim dengan orang lain adalah jalan pintas untuk kejatuhan episod hidup seseorang.
Memang kita mampu membuat keputusan sendiri. Sungguh kita mampu menemukan erti hidup sendiri. Tapi bukan bermaksud kita perlu menafikan peranan orang lain; ibu ayah dan sahabat. Apakah keputusan sendiri tidak akan menjejaskan hidup orang lain? Bertanggungjawab ke atas setiap tindakan kita! Sedangkan keputusan itu memberi kesan kepada orang lain. Di dunia ini bukan kita seorang diri sahaja yang diciptakan Allah. Sedangkan Al-Quran (36:36) menyatakan setiap penciptaan adalah berpasang-pasangan, tak kan kita pula yang mereput membuat keputusan sendiri.

Perlu kita lihat juga apa yang dinyatakan dalam Al-Quran..
" Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan kebaikan;" (Quran, 95:5-6).

Memanglah kita diciptakan sebagai yang paling sempurna, tetapi menyendiri dan tidak mempedulikan orang lain bukanlah sesuatu yang dianjurkan dalam agama. Tambahan pula, kita ini ummat Nabi Muhammad S.A.W. yang ditugaskan Allah untuk menyampaikan dakwah Islamiyah. Dituntut bagi kita untuk mengamalkan sunnah Rasulullah - meneruskan usaha Baginda untuk menyampaikan dakwah.
.
Selamat beramal.
Wallahu'alam.

Jazakamullahu khairan kathira.