BACA DULU NI sebelum baca yang lain

[AMARAN]

Kalau anda seorang yang sukar untuk terima pandangan orang lain, dilarang sama sekali membaca blog ini. Mengapa? Karya-karya dalam blog ini mungkin bagi anda bersifat provokatif, belagak poyo, suka mengada-ngada.. atau mungkin tidak matang.. Well.. saya cuma budak kecik yang baru belajar menggunakan blog. Sebelum ni hidup di atas laut yang jauh dari internet. So, Mumayyiz dalam menulis. Tapi kalau masih berkeras nak baca.. baca je lah! Tapi please baca dengan rasa cinta dan toleransi dalam diri. Sentap atau tersinggung perasaan.. tanggung sendiri. Anda telah diberi amaran tentang risiko yang mungkin anda akan hadapi. Tu laaa ketegaq sangat.


"Sila ambil dan viralkan mana-mana karya di dalam blog ini yang anda rasakan ada jugalah gunanya(walaupun banyak yang tidak berguna) tanpa perlu meminta izin daripada saya. Semuanya daripada Allah juga. Tapi menarik juga sekiranya anda dapat meninggalkan link di manakah tercampaknya karya saya yang marhaen itu - atleast boleh bantu saya popular.. ngeh ngeh ngeh... Yalah, apa salahnya mahu menjejaki kasih karya yang sudah ditulis, di samping menambah kenalan baru bukan..? Senyum sambil membuat tanda aman." : ayat Inche Gabbana..


Kita punya cerita yang tersisa di hati

Bisikan kata yang enggan dilupakan.

Mungkin sekarang masih segar.

Cuma kelak waktu mereputkan minda.

Lantas kisah ini hanya menjadi alunan kenangan yang bisu.


DISKLEMER - Semua pandangan sendiri sahaja.

Tidak matang mungkin.

Cuma ini yang berkisar di minda.

Dan aku tidak ingin melupakan.

Mungkin anda punya cerita lain. Ini cerita aku.

Maaf jika ada yang tidak senang hati.

Berombak dada membacanya.

Tapi ini cerita aku. Berkenan? Silakan baca.

Tidak? Dijemput untuk tekan butang keluar.

January 30, 2015

Azam Tahun Baru

Assalamualaikum dan Loud scream yoeh..!
Rasanya dah terlalu lama tak menulis sebarang catatan hidup dalam blog yang macam hidup segan mati tak mahu..
Azam tahun baru... cliche bukan.. biasalah tu.. dah banyak yang kau plan tiap2 tahun.. tapi tak semua pun yang jadi.. jadi kali ini  sama2 kita berharap agar apa yang dirancangkan tahun ini bala terlaksana dgn moleknya yer.. Dalam entri kali ini.. dikepilkan setempek azam yang kononnya nak dicapai..

1. JAGA IBADAH
~:: typical muslim will said.. actually kan.. Aku ni bukannya orang alim.. tapi aku adalah orang yang suka menceritakan bertapa baiknya Allah dan indahnya Islam... Tapi masalah.. apabila masuk bab penjagaan iman ni... masih failed untuk istiqamah.. Solat ikut mood... puasa sunat.. sebelah malam je semangat.. keesokan harinya.. malas puasa.. dan akhirnya makan di tengah hari.. See? bertapa rapuhnya iman di dada ni.. solat pun kekadang ja.. ikut mood.. kalau tak de mood.. memang tak solatlah jawabnya... hati ni masih hitam lagi.. jadi azam utk tahun 2015 ni.. nak jadi ustaz la kiranya...

2. DAPATKAN BERAT YANG IDEAL
~:: Actually berat aku tak la berat sangat.. tapi since tinggi aku just 168cm je.. 74kg tu dah berat sangat... thats why.. this one masuk dalam list.. sebelum ni memang aku dah byk kali try nak diet bagai.. tapi senaman aku selalu out.. dan aku tak tahu diet yang sebenarnya mcm mna.. jadi.. aku tryler google kat goole.. then aku jumpa 'Diet Atkins'.. apakah benda itu.. then aku trylah baca.. baca punya baca... barulah aku tahu.. mengapa selama ini aku susah nak kurus... bukan sebab metabolisme yg rendah... tapi sebab diet aku salah.. so, lepas ni.. aku akan amalkan diet atkins.. aku yakin akan berkesan.. ! wait and see guys.. aku akan kurus sebelum Latihan Mengajar nnti.. aku tak nak lah jadi guru yang gemuk bila mengajar nnti.. kalau nak tahu apa itu diet atkins.. hgpa boleh google sendiri.. dah byk dah testimoni orang buat.. and it is free..
~:: Dalam usaha nak kurus ni.. aku juga akan amalkan senaman.. yess.. even just jooging2 biasa... tapi aku yakin.. dengan mengamalkan diet atkins.. jogging aku akan memberi kesan yang pantas.. aku tak janjilah akalu naik sem ni aku boleh kuurus di mata kawan-kawan.. tapi diet ni aku akan teruskan sehingga latihan mengajar.. sehingga aku dah dapat berat yang aku impikan.. dulu sebelum masuk usm berat aku just 58kg je.. and now.. 74.. see? tiga tahu dah gain berat mcm tu.. apatah lagi kalau dah masuk empat tahun.. memang aku akan jadi awan gemuk gedempol lah jawabnya..  So... tindakan perlu diambil sekarang.. please doakan semoga berterusan.. Ouh lupa... sekarang aku amalkan 10 Days Beach Body Challenge... sebab nak gain balik stamina aku...

3. BERHENTI MEROKOK
~:: Yes.,.. I am a smoker.. tapi tak ramai kawan-kawan yang tahu aku merokok.. sebab.. aku tak merokok tempat public.. aku just merokok dalam bilik je.. sebab aku malu mengaku yang aku ni perokok.. aku tahu merokok itu tak baik untuk kesihatan.. dan aku rasa sendiri kesan merokok dalam hidup aku.. kelesuan.. muka jadi tak de seri.. bibir jadi hitam.. sedangkan sebelum ini bibir aku agak kemerah-merahan.. rugikan... Actually aku baru 3 tahun merokok.. lepas stpm aku start merokok.. dan menjadi makin parah bila masuk usm ni.. yess.. even my family also didnt know I am smoking.. dalam erti kata lain.. aku tipu mak aku lah tentang rokok ni.. haram jadah je aku rasa aku tipu mak sendiri gara-gara rokok.. aku tak mahu bagitahu mak aku tentang rokok ni bukan sebab aku takut dengan mak aku.. tapi aku mahu mak aku terluka.. aku tahu mak aku tak suka aku merokok.. kalau dia tahu aku merokok.. mesti dia akan kecewa dan patah hati.. so.. better aku diamkan.. dan try berhenti merokok sebelum aku grade dari usm ni...

}} itulah tiga azam yang paling eager dalam hati ini.. aku tak mengharapkan apa2 selain itu.. aku just mau bagi yang terbaik utk diri sendiri dan juga untuk family.. hidup di dunia ini..kita bukan bertujuan untuk memberi kesenangan kepada orang lain sahaja.. untuk diri sendiri juga perlu ada.. dan kau juga mau beri yang terbaik untuk family aku... tanpa family siapa lah aku ini.. hanya sekelumit zarah di alam semesta.. tanpa family tiada daya upaya untuk terus hidup di dunia ini..

No comments:

Post a Comment