BACA DULU NI sebelum baca yang lain

[AMARAN]

Kalau anda seorang yang sukar untuk terima pandangan orang lain, dilarang sama sekali membaca blog ini. Mengapa? Karya-karya dalam blog ini mungkin bagi anda bersifat provokatif, belagak poyo, suka mengada-ngada.. atau mungkin tidak matang.. Well.. saya cuma budak kecik yang baru belajar menggunakan blog. Sebelum ni hidup di atas laut yang jauh dari internet. So, Mumayyiz dalam menulis. Tapi kalau masih berkeras nak baca.. baca je lah! Tapi please baca dengan rasa cinta dan toleransi dalam diri. Sentap atau tersinggung perasaan.. tanggung sendiri. Anda telah diberi amaran tentang risiko yang mungkin anda akan hadapi. Tu laaa ketegaq sangat.


"Sila ambil dan viralkan mana-mana karya di dalam blog ini yang anda rasakan ada jugalah gunanya(walaupun banyak yang tidak berguna) tanpa perlu meminta izin daripada saya. Semuanya daripada Allah juga. Tapi menarik juga sekiranya anda dapat meninggalkan link di manakah tercampaknya karya saya yang marhaen itu - atleast boleh bantu saya popular.. ngeh ngeh ngeh... Yalah, apa salahnya mahu menjejaki kasih karya yang sudah ditulis, di samping menambah kenalan baru bukan..? Senyum sambil membuat tanda aman." : ayat Inche Gabbana..


Kita punya cerita yang tersisa di hati

Bisikan kata yang enggan dilupakan.

Mungkin sekarang masih segar.

Cuma kelak waktu mereputkan minda.

Lantas kisah ini hanya menjadi alunan kenangan yang bisu.


DISKLEMER - Semua pandangan sendiri sahaja.

Tidak matang mungkin.

Cuma ini yang berkisar di minda.

Dan aku tidak ingin melupakan.

Mungkin anda punya cerita lain. Ini cerita aku.

Maaf jika ada yang tidak senang hati.

Berombak dada membacanya.

Tapi ini cerita aku. Berkenan? Silakan baca.

Tidak? Dijemput untuk tekan butang keluar.

December 26, 2015

INDAHNYA PURDAH DI MATA SAYA.

Secara peribadi, sebagai seorang lelaki aku suka dengan perempuan yang berpurdah. Suka yang macam mana? Suka melihat kesungguhan mereka untuk menjaga maruah mereka sebagai seorang wanita. Sungguh aku sebenarnya malu a.k.a tidak berani menatap mata mereka yang mengenakan purdah. Kenapa?
Entah.. bagi aku mereka yang mengenakan purdah ini sangat berani dan tegas berprinsip. Takkk.. sebenarnya aku malu nak lawan pandangan sebab aku rasa iman mereka lebih tinggi berbanding aku. Agak klise jugalah sebab ni. Lagipun, apabila wanita ini berpurdah, mata mereka sahaja yang akan menjadi tumpuan. Dah memang jenis aku tidak selesa menatap mata perempuan ni. Tak pasal-pasal terjatuh cinta. Macam Kajol dalam Dilwale. Matanya lebih cantik. Okey mengarut.Lagipun tak elok janabi bertentangan mata. Hahaha.

Alhamdulillah. Di USM ramai kawan-kawan yang awal kenal di Tahun Satu hanya biasa-biasa akhirnya mengenakan purdah beberapa bulan kemudian.
Bahkan kawan dari bangku sekolah menengah juga akhirnya ada dua orang yang mengenakan Purdah.
Terima kasih USM kerana tidak menghalang para muslimah berpurdah. Semoga mereka terus istiqamah dalam berpurdah.

Aku dan purdah sebenarnya tak banyak attachment sangat. Iyalah. aku kan tak berpurdah. Cuma pengetahuan tentang purdah ini diperoleh melalui sedikit perkongsian pengalaman mereka yang berpurdah. Baik daripada kawan-kawan sendiri, pembacaan mahupun kawan kepada abang saudara yang pernah melanjutkan pengajian ke Al-Azhar.

Alhamdulillah. Sebenarnya ramai yang ingin mengenakan purdah ini. Cuma belum bersedia katanya. Persoalannya mengapa rasa tidak bersedia ini wujud.
Budaya masyarakat Malaysia itu sendiri yang menyebabkan rasa tidak bersedia ini wujud. Stereotaipnya orang Malaysia mengatakan wanita berpurdah ini tinggi ilmu agamanya. Malah ada yang mengatakan berpurdah ini pakaian orang Arab. Jadi sesiapa yang berpurdah kena tempias Arabisasi.Ini lawak aku rasa.Stigma seperti inilah menyebabkan mereka yang ingin memakai purdah dan merasakan ilmu agama mereka masih cetek dan banyak yang perlu mereka pelajari berasa tidak bersedia untuk berpurdah. Dek kerana pemikiran stereotaip inilah yang menyebabkan mereka merasakan mereka perlu bersedia (memiliki ilmu agama yang lebih banyak) untuk mengenakan purdah.
Okey. Sebenarnya bagi aku hal ini kurang manis difikirkan kerana purdah itu sebenarnya bukan pakaian untuk wanita yang memiliki ilmu agama yang tinggi dan jauh sekali pakaian orang Arab semata-mata.
Purdah, pakaian yang membantu wanita untuk mematuhi perintah ALLAH dan melindungi diri sendiri. Mengapa? Cuba kita perhatikan ayat-ayat ini. Allah menyentuh soal wanita banyak kali dalam Al-Quran.Bahkan kerana istimewanya wanita, satu surah dalam Al-Quran diabadikan dengan nama surah wanita iaitu Surah An-Nisa (4:1-176).

Untuk menjelaskan tentang purdah, aku menggunakan petikan ayat di bawah yang dipetik daripada Surah al-Nur ayat 31. Petikan ayat ini juga sebenarnya yang menjadi asas perdebatan para jumhur ulama daripada keempat-empat mahzab tentang pemakaian purdah ini.
-:: " ...dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan mereka kecuali kepada mahramnya.." (24:31)

-:: Rasulullah SAW bersabda; “Berhati-hatilah kalian daripada godaan dunia, dan waspadailah terhadap wanita, sebab fitnah pertama yang menimpa Bani Israil adalah fitnah wanita” – Hadis Riwayat Muslim”
-:: dan juga hadis ni “”Tidak aku tinggalkan fitnah yang lebih berbahaya bagi seorang lelaki daripada (fitnah) wanita.” – Hadis Riwayat Bukhari.

Hadis-hadis ini selari dengan apa yang dinyatakan dalam Mahzab Syafie.

Kata Imam Nawawi dalam al-Majmuk Syarah al-Muhazzab:
"Dan haram lelaki yg baligh melihat aurat perempuan yg merdeka yg ajnabi, demikian juga (haram melihat) muka dan kedua tapak tangannya ketika takut ‘Fitnah’(merangsangkan nafsu ) dan begitu juga hukumnya ketika aman drp fitnah (ternafi/ketiadaan fitnah) atas pendapat yg sahih.”

Berdasarkan teks Imam Nawawi tersebut, dinyatakan bahawa Mazhab Syafie berpendapat tentang aurat perempuan di hadapan lelaki ajnabi:

"Aurat perempuan di hadapan lelaki ajnabi adalah keseluruhan badan termasuk muka dan kedua2 tapak tangan. Ini adalah pendapat Syeikh Muhammad Ramli dan kebanyakkan ulama muktaakhirin Mazhab Syafie"

Tak dinafikan bahawa, zaman kita zaman fitnah. Mata lelaki sangat berbahaya.Kecantikan wajah wanita mampu menyebabkan para lelaki tenggelam dalam bisikan Syaitan. Yang nampak comel/cantik akan menjadi perhatian. Dah banyak page dalam facebook ini yang mengumpulkan gambar-gambar wanita cantik dan akhirnya menjadi perbualan antara lelaki berhidung belang. Menyeramkan sebenarnya bagi seseorang wanita. Dan, sebagai lelaki, aku tahu bagaimana mata lelaki berfungsi. Kerana itulah Mahzab Syafie menganjurkan wanita menutup wajahnya apabila bertemu dengan ajnabi. Demi kehormatan diri sendiri juga sebenarnya.

Berkaitan dengan perhiasan wanita yang dinyatakan dalam Surah 24:31, para jumhur ulama juga memiliki perbezaan pendapat tentang ini. Ada yang mengatakan bahawa perhiasan tersebut merangkumi celak, make-up, gelang dan apa-apa yang hiponim dengan perhiasan wanita. Tapi Mahzab Syafie menyatakan bahawa wajah wanita juga termasuk dalam perhiasan yang dimaksudkan dalam ayat 24:31 tersebut. Mengapa? Apa maksud perhiasan? Fungsi perhiasan? Untuk mencantikkan bukan? Okey, muka wanita ini salah satu aspek kecantikan yang mengundang fitnah.Wajah/Muka yang perhiasan paling utama bagi seseorang wanita.

Aku teringat cerita abang saudara yang pernah melanjutkan pengajian ke timur tengah. Di sana, pelajar-pelajar wanita dari Malaysia yang berasa malu kerana tidak mengenakan purdah kerana kebanyakan wanita di sana berpurdah. Kerana apa? Kita melihat pemakaian purdah bagi mereka sebagai satu perkara biasa. Pemakaian purdah tersebut sebenarnya untuk memenuhi tuntutan-tuntutan yang dinyatakan dalam ayat di atas.Bukan kerana purdah itu pakaian wanita Arab sahaja.

Wanita dan Purdah. Kamu membawa imej Islam yang lebih tinggi berbanding yang lain.
Mengapa? Sebab pemakaian purdah menunjukkan bahawa kamu betul-betul menjaga apa yang sangat dituntut oleh Islam untuk ditutup.
Bahkan purdah yang kamu pakai banyak kelebihannya.
Memanglah tidak dinyatakan secara tampak dalam Al-Quran tentang seruan memakai purdah bagi muslimah, cuma purdah itu melengkapkan perintah ALLAH yang dinyatakan dalam surah-surah yang lainnya.

PURDAH. Fahamilah fungsi dan tujuannya.

Secara umum, purdah berfungsi menutup/ mengelakkan ajnabi tertarik untuk melihatnya. Hikmahnya menyelamatkan diri wanita daripada fitnah, dari kejahatan-kejahatan lelaki yang memandangnya, serta dapat menghindarkan rasa ujub, mendidik rasa taqwa dan rendah diri untuk lebih dekat dengan ALLAH.

Apabila berpurdah, pasti akan ada orang yang melihat, tapi bukan kerana tarikan yang menarik padanya. Tapi kerana dia menutup muka (yang bukan budaya dalam negara) dan kerana dia ada di hadapan mata.'Kerana dia menutup muka' sebenarnya hanya kerana pemakaian purdah itu janggal dalam masyarakatnya.

Apabila purdah diaduni fesyen dan trend semata-mata. Objektif dan fungsi purdah yang sebenar boleh hilang. Purdah kelak cuma akan menarik perhatian kerana perhiasan berlebihan dan solekan yang tebal.Seelok-elokknya purdah itu tidak usahlah bercolour-block ataupun terlalu lilit sana sini ala-ala pashmina. Semakin berseni fesyen purdah kamu buat, semakin tertariklah para lelaki untuk melihat kamu. Mana taknya. Kain setempek yang menutupi muka memiliki warna yang lebih striking berbanding warna tudung. Jelas menarik perhatian. Atau sebaliknya. Kalau tak pun, mata dilentik selentik ulat kaki seribu demi menunjukkan kecantikkan empunya diri.

Purdah dipakai untuk menggelakkan fitnah. Untuk mengelakkan ujub dan untuk menyembunyikan kecantikan yang hanya layak dinikmati oleh yang bukan ajnabi. Dengan menyembunyikan kecantikan in shaa ALLAH dapat melindungi diri daripada fitnah dan meningkatkan rasa taqwa dan tawadduk kepada ALLAH.

Lagipun pemakaian purdah satu sunnah bukan? Kaum kerabat wanita Nabi S.A.W. diriwayatkan juga mengenakan purdah pada wajah mereka.

Cuma.. dalam berpurdah, jangan lupa dakwah. Purdah ini juga boleh menjadi satu penghalang untuk menyampaikan dakwah. Mengapa? Para wanita yang free-hair atau mereka yang tidak menutup aurat dengan sempurna pasti segan untuk berkawan dengan golongan berpurdah ini. Sedangkan mereka yang tidak berpurdah lebih selesa untuk didekati oleh mereka. Antara dakwah dan purdah, yang mana lebih wajib??

Islam bangga apabila setiap penganutnya beramal dengan sesuatu setelah memahaminya dengan dalil dan hujjah.  Islam juga bangga jika setiap muslimahnya beramal dengan sesuatu semata-mata menurut kehendak Allah dan rasulNya, bukannya kerana bertaqlid buta pada amalan orang lain.

Jadi untuk kesekian kalinya, fahami terlebih dahulu rasional di sebalik hukum berpurdah sebelum beramal dengannya.    Bacalah juga perbahasan yang mengatakan purdah itu tidak wajib di dalam mana-mana buku yang berbicara tentang hijab. Setelah meluaskan pembacaan dan melihat pro kontra antara keduanya, baru buat pilihan yang sesuai dengan kefahaman dan keperluan diri. Isu purdah ini termasuk dalam hukum Islam yang terdapat nas dari Quran, sunnah dan amalan mukminat di zaman Rasulullah S.A.W itu sendiri. Jadi berhati-hatilah dalam membuat penilaian melampau terhadap pemakai niqab atau purdah.  Dibimbangi kita menghina salah satu cabang hukum Islam yang mana boleh membawa kepada gugurnya aqidah. Na’uzubbillahi minzaliq.

Wallahu'alam.

HARI KIAMAT

Dalam Al-Quran, Allah menceritakan suasana Hari Kiamat dalam banyak surah. Kalau bagi aku.. ini satu bentuk penekanan tentang pentingnya kita menghayati Hari Pembalasan ini.
Gambaran yang paling menarik bagi aku adalah SURAH AL- QARIAH (101) , ayat 1 - 11.
.
.
- Pada hari itu manusia seperti kupu-kupu yg berterbangan. - kerana digambarkan bertapa kuatnya gegaran bumi ketika itu sehingga seluruh di permukaannya melambung ke udara.
.
.
- Gunung-gunung seperti bulu yang dihamburkan. - Masya Allah. Cuba bayangkan Gunung Everest atau Gunung Kinabalu hancur menjadi sebesar bulu. Bulu yg mana? Aku pun tak pasti.  Tapi "bulu yang dihambur-hamburkan" sukar untuk dibayangkan bagaimana keadaan gunung seperti bulu dihamburkan. Tapi intinya di sini sedangkan gunung boleh bertukar menjadi bulu-bulu yang dihamburkan. Sungguh memang dasyat kemusnahan Hari Kiamat.
.
.
- Manusia yang baik dalam keadaan yang senang, sedangkan yang ringan timbangan kebaikannya akan kembali ke api yang panas. - Di sini ditunjukkan hari pembalasan. Apa yang kita usahakan selama hidup kita, akhirnya dituai pada hari ini.

.
.
.
Selain Surah 101, kisah tentang hari kiamat juga banyak diceritakan dalam beberapa ayat dalam surah-surah lainnya.
Btw, Beriman kepada Hari Kiamat itu salah satu Rukun Iman.
No wonderlah.

December 19, 2015

Puisi Sang Patah Hati

Sebenarnya aku dah penat berlari.
Mengejar kamu yang tidak pasti.
Aku tahu aku sendiri.
Menghabiskan saki-baki.
Kenangan yang pernah bersemi.
Tanpa kamu di sisi.
Aku cuba bangkit kembali.
Berbisik sendu kepada hati.
Jangan berharap berhentilah mimpi.
Kerana kamu tak kan peduli.
Sepi. Sunyi. Sendiri.
Kita yang dulu bukanlah kini.
Tetap menjauh tanpa sentuhan jari.
Kerana kenangan dah lama pergi.
Cuma aku gagal berdiri.
Enggan mencuba untuk berlari.
Sedangkan ku juga miliki kaki.
Tanpa perlu kamu di sini.
Entah bilalah ku sedar diri.
Bahawa aku hanya memori.
Oh, ya! Ini puisi Sang Patah Hati.
Kata terakhir kau pernah beri.
KAH tujuh belas kali.
Akan ku ingat sampai ke mati.
#bangkitkata #puisi

December 14, 2015

Terlalu Rindu

Pernah tak rindu dengan seseorang sehingga kau rasa kau tak mampu buat apa-apa kerana asyik teringatkan dia?
Kalih kanan nampak muka dia.
Pusing kiri nampak muka dia lagi.
Tutup mata, muka dia lagi jelas.
Ahh.. Boleh jadi gila kalau benda ni berterusan.

Tak kisahlah kau buat macam mana sekalipun, kau tetap tidak tenang selagi tak nampak raut wajah orang yang dirindui.
Paling tidak pun dapat dengar suaranya. Cukup dah.

Gara-gara kau rindu kau sanggup tinggalkan semua kerja dan pergi bertemu dengannya.
Padahal alasan yang kau gunakan langsung tidak munasabah.
Malahan menampakkan ke*odohan diri sendiri.
Ermmm.. tak pe lah yang penting kau dapat menatap wajahnya.
Bangangnya. Bila kau jumpa dia, kau hanya mampu senyum.
Entah. Tetiba pulak saat itu otak jadi blank tak tahu mau kata apa.
Segala idea yang kau dah plan awal-awal sepanjang perjalanan tetiba hilang bila kau jumpa dia.
Aishhh!!.. Ini satu simptom kegilaan yang aku miliki sekarang.

Ahh.. tak mengapa. Yang penting kau dah jumpa dia.
Yang penting dapatlah kau lunaskan rasa rindu di hati.
Tak cakap apa-apa pun tak mengapa. Yang penting mata kau dah menatap sosok tubuh empunya badan yang dah mencuri hati mu.
Ajaibkan?? Selepas kau jumpa dia, segala beban yang kau tanggung entah berapa lama tetiba hilang macam tu je. Tetiba selepas jumpa dia kau jadi bersemangat untuk buat semua kerja.
Segala kekuatan yang dulu bersepai bersatu kembali dengan kau,
Bahagia tak terkira. Apatah lagi bila dia belai kau. Setakat satu lirikan senyum kecil pun bagimu sudah sangat bermakna. Rasa dunia ini kau yang punya.
"Terlalu rindu. Jujur aku terlalu rindu. Tiada lain selain rindu"

Hurm
Hurmmm..
Hurmmmm..
Ermmm,..

Honestly, aku tidak terlepas daripada masalah ini.
Bahkan sanggup mengatur langkah membazir kredit semata-mata untuk melunaskan rindu di hati.

Setiap kali aku rindu orang ni, aku terfikir satu perkara.
Mengapa ALLAH tak hadirkan rasa rindu seperti kepadaNya.
Mengapa aku lebih merindukan hambaNya berbanding DIA.
Aku silap ni. Aku sangat silap. Tak patut aku rasa begini.
Tapi serius.
Risau apabila memikirkan rasa rindu terhadap manusia melebihi rindu kepada ALLAH.
Adakah ALLAH tak rindu aku?
Adakah ALLAH sengaja membiarkan aku lemas dalam godaan dunia yang dihadirkan menguji iman ku ini?
Dan yang paling penting. Apakah aku ini tidak layak untuk merindui ALLAH?
Padahal hampir setiap hari aku bisikkan kepada diri sendiri.
Buat Come Back Awan. Come back ke tikar sejadah. Come back solat. Come back menurut perintah Tuhan mu.
Hatta berbanyak come back yang dilakukan, rasa galau terhadap satu manusia ini tidak pernah surut.
Bahkan semakin parah. Hampir setiap kerja yang dilakukan tidak pernah terfokus.
Sikit-sikit, jari godek handphone. Stalk FB, stalk Insta dan Twitter.
Gian nak tahu perkembangan hidupnya macam mana.
Hari ini ada tak dia mention aku dalam mana-mana akaun sosialnya.
Kalau ada... Allahu.. bahagia rasa hati. Kalau tiada.. pandai pulak pujuk diri cakap dia busy.
Yakin pulak dia tetap ingat aku.

Di sini punca masalah.
Apabila seseorang manusia itu lebih memikirkan manusia lain sehingga dia terlalai untuk mengingati Tuhannya.
Lalu dia semakin merasakan dirinya jauh. Tak kisahlah buat come back macam mana sekali pun.
Kalau masih mengagungkan rindu kepada manusia, pasti susah nak istiqamah buat come back tu. Lebih malang apabila orang tu langsung tak ingat tentang kau. Syok sendirilah senang cerita.

Risau tidak dirindui oleh manusia lain, padahal ALLAH sentiasa menanti hamba Nya untuk berdoa dan merayu kepadanya!
Resah gelisah hatinya merindu manusia lain sehingga sanggup berhabis duit dan tenaga hanya kerana ingin melepaskan rasa rindu.
Padahal ALLAH dah berikan Al-Quran untuk menenangkan setiap hati yang gundah.
Ya. Itu solusi terbaik.
Menyedari diri yang syok sendiri, sepatutnya sudah lama buat come back lebih istiqamah.
Siapa yang tak malu syok sendiri? Tepuk sebelah tangan tak berbunyi. Cubalah tepuk macam mana pun, tak kan ada bunyi. Kecualilah tetiba tyme tepuk terkena dahi sendiri. Tepuk dahi lah jawabnya.
Tanda menyesal kerana kau telah lama mensia-siakan diri sendiri.
Siang malam mu kau peruntukkan untuk menenangkan hati mu yang syok sendiri.
Memburu orang lain yang belum tentu cintanya untuk engkau.

Satu perkara yang kau perlu sedar.
Cinta sesama manusia memang begitu. ALLAH menciptakan manusia bersama nafsu.
Masing-masing ada keinginan hati yang ingin dilempiaskan.
Jadi jangan hairan kalau manusia lain tidak betah dengan kau.
Mungkin kau merimaskan baginya. Perasaan manusia itu ada pasang surutnya.
Walaupun dulu kamu akrab, tak semestinya keakraban itu akan berkekalan lama.
Sedangkan manusia itu sifatnya fana, apatah lagi perasaannya yang hanya secebis daripada realiti kewujudannya.

Jadi apa kata kau pulangkan galau tu kepada Tuhan yang menciptakan engkau.
Oh, ya! Sebut tentang penciptaan. Ini satu lagi bukti bahawa kita sebenarnya sudah lama memiliki satu cinta yang takkan bertepuk sebelah tangan. Bah kan sebelum kita lahir ke dunia, rasa cinta ini sudah wujud dan tak kan pernah menjadi syok sendiri. Tak kan pernah menjadi cinta yang bertepuk sebelah tangan.
Cinta apa itu? Cinta kepada ALLAH.
Mengapa cinta kepada ALLAH tak kan menjadi syok sendiri?
Sebenarnya ALLAH sudah lama mencintai kita. Cuma kita yang lupa.
Cuma kita yang sanggup menduakan cinta ALLAH. Bukan hanya menduakan. Mentigakan, menggempatkan dan ada yang banyak cintanya sehingga dia sendiri terlupa, siapa dia sebenarnya di kelilingi cinta-cinta fana yang ada.

ALLAH cinta kita. Cinta ALLAH tidak pernah sirna untuk kita.
Bukti cinta ALLAH, ALLAH cipta kita. Penciptaan kita satu contoh yang sangat kuat menunjukkan bahawa ALLAH mencintai kita. Siapa yang tak cinta ciptaannya. Apatah lagi ciptaan yang sebaik-baik kejadian. Sedangkan para saintis dan jurutera sanggup bersengkang mata bagi memastikan ciptaannya sempurna, dan kelak apabila siap, ciptaan itu menjadi cinta matinya.

Itu analogi manusia. Manusia yang dipinjamkan rasa cinta oleh ALLAH.
Lalu bagaimana pula keadaan cinta Sang Pemilik Cinta di seluruh dunia ini?
Bagaimana dalamnya cinta itu? Bagaimana kuatnya cinta itu?
Kerana cinta dan sayangnya ALLAH kepada kita..
Walaupun kita dah banyak kali berbuat dosa DIA tetap terima kita semula.
Walaupun kita dah banyak kali curang dengan cintaNya.
Dan kita pernah hilang tanpa  khabar.
Tidak pernah sekali pun kita terfikir untuk bertemu denganNya.
Dating lima kali sehari tidak pernah langsung  kita tepati.
Mungkin dah terlupa setiap temu janji itu.
Masya ALLAH, bertapa besarnya cinta ALLAH kepada kita.
ALLAH tidak pernah marah dan tinggalkan kita.
Bah kan ketika kita hilang, ALLAH tetap memerhatikan kita.
ALLAH tetap menjaga kita. Sedangkan kita risau dengan orang lain yang cintanya langsung tidak mampu menandingi cinta ALLAH untuk kita.
Bah kan ALLAH tetap menanti kita kembali kepada cinta NYA.
Dan ALLAH masih menerima kita dengan hati yang terbuka.
ALLAH tak pernah kisah bagaimana hitamnya pengalaman hidup sepanjang kita menghilangkan diri daripada cinta NYA.
Bah kan ALLAH memberikan kita hadiah sebagai penghargaan dan tanda keteguhan cinta ALLAH kepada kita. Bukti cinta ALLAH tidak pernah surut. Tetapi kita? Kita langsung terlupa wujudnya cinta itu untuk kita.
Tak hairanlah mengapa jadi separuh gila dengan  cinta yang syok sendiri.

Betullah cinta kepada ALLAH tidak akan pernah menjadi syok sendiri.
Mustahil untuk menjadi syok sendiri.
Rugilah bagi mereka yang tidak pernah merindui ALLAH.
Terlalu rindu kepada ALLAH. Tiada lain selain ALLAH yang dirindui.
Biarkan bulan dan bintang menjadi bukti cinta kita kepada ALLAH.
Rugi? Jangan risau. Tak kan pernah!
ALLAH cuma mahu kita tetap setia kepadaNYA.
Kelak apabila setia, ALLAH akan berikan apa sahaja yang kita  nak tanda cinta ALLAH untuk kita.

Allah yang mencipta kita. Allah cipta kita kerana Allah cinta kita. Cinta Allah kepada kita tidak mampu ditandingi oleh sesiapa pun termasuklah ibu yang melahirkan kita. Rahim ibu mungkin boleh memberikan sejuta cinta namun cinta dari Ar-Rahim itu tidak terkira, tidak mampu diungkap dengan angka.
Jadi, solusinya ialah… Cintailah Ilahi, maka anda tidak akan syok sendiri!

Wallahu'alam.

November 28, 2015

DOA YG DIPERKENANKAN - Ibrah Melalui Roommate. (BHGN 1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


DOA YANG DIPERKENANKAN.

Tahun Satu di USM, rakan sebilik aku beragama kristian. Tidak menjadi satu halangan pada awalnya kerana dia tidak kisah jika aku solat dan baca Al-Quran. Itu apa yang dia ujarkan. Bukan apa yang dia lakukan. Maka aku membuat keputusan untuk menggurangkan amalan-amalan yang aku lakukan saban Maghrib. Apabila aku cakap kurangkan..maksudnya..aku kurangkan sungguh-sungguh. Solat dan bacaan Yaasin padam sepadam-padamnya. Etika pakaian mula berubah. Daripada seorang Muslim yang suka menggenakan seluar slack kini mula mengenakan seluar ala-ala KPOP. ' Ahh, tak mengapa! Aisyah minat KPOP. Mungkin sudah tiba saatnya aku mula menjiwai KPOP demi dia' Wait! Aisyah lagi tidak suka dengan lelaki yang suka meninggalkan solat. Lelaki yang lebih gemar tidur sehingga subuh dan juga lelaki yang hanya duduk menatap laptop setiap kali maghrib. Walau apapun, modifikasi hati semakin mendekatkan roommate yang beragama kristian ini., Seems like everything gonna be fine, right? Come on lah. Dalam Al-Kafirun dah dinyatakan tentang perbezaan agama ini. Why should I bother about it? Roommate beragama kristian ini tidak cakap apa-apa pun. Malah dia tak pernah marah setiap bacaan Yaasing yang aku lakukan. Apatah lagi buat bising time aku bersolat. Malah kalau ada orang yang datang lawat dia time aku kebetulan mendirikan solat, dia meminta kawannya merendahkan suara. See? Dia hormat dengan agama aku. Secara tidak langsung menunjukkan bahawa dia mengamalkan apa yang dinyatakan dalam Surah Al-Kafirun.

Orang pernah cakap. Sebelum menjaga hubungan sesama manusia, jaga dahulu hubungan dengan ALLAH. Sebab jika kau jaga hubungan dengan ALLAH, In Shaa ALLAH hubungan-hubungan yang lain juga akan terjaga. Kita merancang, Allah juga merancang...dan perancangan ALLAH adalah sebaik-baik perancangan. Alkisahnya diteruskan untaian cerita. Roommate yang beragama kristia itu mengamuk kerana aku berkongsi masalah kami dengan rakan sekelasnya yang juga merupakan sahabat aku time itu. Agak bodoh bukan? Yang kau pergi kongsi masalah dalam bilik dengan orang lain kenapa? Saja nak buang tebiat? Saja nak mengumpat roommate sendiri? Jap jap jap.. sebelum kau menghakimi..kau dengar sendiri bagaimana origin kisah ni bermula.
"Kau pula macam mana dengan dia?"
"Kami okey je. Ala macam biasa je."
"Alaaa, kau ni. Aku dah kongsi masalah aku dengan roommate aku. Semua aku ceritakan. Tak bestlah macam ni." Motif kau cerita masalah kau sebab kau nak dengan masalah aku juga ke? Oh, lupa. Best Friendlah katakan. Pffftt!
"Okeylah.. nanti kalau ada masa aku ceritakan. Sekarang kami okey je. Cuma macam biasa je lah. Dia balik bilik senyap. Aku pun senyap jugalah. Dah tak de benda nak sembang."
"Dia tegur kau tak?"
"Tegur je.
"Kau jangan tipu. Dalam kelas dia memang tak banyak cakap. Walaupun dia tu favourite students. Standard Sabahanlah.. handsome walaupun pendek. Hahaha" Okey.. ini agak bab* sebab aku pun sabahan yang pendek dan.. handsome.. kah17!
.
.
Lalu kisah diteruskan apabila sang sahabat pegi approach roomate aku entah melalui medium apa. 'Kalau boleh janganlah senyap dalam bilik tu. Kesian Rasul. Dia betul-betul nak sembang dengan kau.'
Sang Roommate pun mengamuk sehingga membaling kerusi ke atas katil. Thanx ex-roommate sebab tak baling kerusi ke muka aku. Wait up! Time ni aku agak begang dengan sang sahabat tu. Yang kau pergi pandai-pandai nasihatkan sang roommate ni kenapa? Aisshhh!! Gara-gara kisah ini. Buffff!! Lagi jauh jurang antara dua anak lelaki dalam bilik nombor 13 di Aman Damai ini.
KIFARAH DOSA.  Tiada salahnya cuba berbaik-baik dengan orang lain. Malah dalam Islam juga dianjurkan berbuat kebaikkan dengan sesiapa sahaja termasuk yang bukan Islam. Tetapi salah apabila kau merenggangkan hubungan dengan Tuhanmu dan kau melebihkan penjagaan hubungan dengann manusia lain. See? ALLAH bagi pengajaran dalam sekelip mata sahaja. Habis kucar-kacir hanya kerana terlajak kata. Ahh! Tak mengapa. Kita reset semula hidup.
Kemudia dalam Tahun 2 di USM meminta untuk tinggal dalam bilik perseorangan. Tanpa Roommate. Tanpa perlu risau akan ada orang lain terasa dengan tingkah kita. Tanpa risau akan ada orang lain yang menjadi pemberat hati melaksanakan ibadah.
Subhanallah indahnya perancangan hati. Single Room sebab nak dekatkan diri dengan Tuhan.
Hahahaha... bila dikenangkan semula rasa lawak. Kisah dalam single room jauh lebih teruk daripada ada roommate!

~:: Rasa macam dah panjang sangat! Nanti kita sambung kemudian.
_____________________________________________________
Lega! Lega! Lega! Dah lama tidak mengarangkan apa-apa yang dirasakan ringan. Assignment yang selama ini dikarangkan terasa berat di minda kerana semua perlu menggunakan analisis dan deduksi. Kadang-kadang belajar sejarah ni aku rasa aku menjadi Sherlock Holmes! Deduksi terhadap semua fakta yang aku temui.

Ermm. Aku rasa novel 'Awan Andai Dapatku Gapai' masih lagi jauh untuk disiapkan. Pfffttt.
Oh, ya! cerpen 'Hati Bukan Tisu' aku dah hentikan penulisannya. Tak sanggup untuk buat throwback tentang origin kisah HBT tu. Aku plan nak selitkannya dalam fiksyen Awan Andai Dapatku Gapai (AADG)..

ngeh ngeh ngeh ngeh... macam tinggi sungguh angan-angan menjadi novelis ni.
hahaha.

November 16, 2015

SERANGAN DI PARIS - KONSPIRASI MENJATUHKAN ISLAM

Terdetik hati mencampakkan pandangan berkaitan isu ini selepas membaca komen2 netizen tentang DP FB bendera Perancis.'
/
. Tidak bersetuju dengan mereka yang berkata tak kisahlah kau nak tukar DP FB kau tu.. it is about humanity! No! It is not! DP FB Bendera Perancis is not about humanity. It is about Islamophobia.
Kenapa aku katakan tentang Islamophobia? Terlebih dahulu cuba kaitkan dengan pengasas Facebook itu sendiri. Kemudian cuba ingat semula tentang DP LGBT yang pernah dilaksanakan oleh Facebook beberapa bulan yang lepas. Kedua-duanya berkait dengan usaha mencalarkan tasawwur Islam iaitu akhlak dan akidah.
.
.
Betullah. Tak kisah kau nak berdoa untuk siapa. Kita kena ada sifat perikemanusiaan. Serangan di Paris ini jelas tidak berperikemanusiaan kerana telah membunuh 120 nyawa setakat ini. Jadi kita tukar DP FB sebagai sokongan mengecam keganasan yang berlaku di sana.
Serangan di Paris....
Dikatakan dilakukan oleh IS iaitu Negara Islam (Syira dan Iraq) sebagai balas dendam terhadap serangan udara yang dilakukan oleh Amerika dan Perancis terhadap negara itu. IS ini telah membunuh orang awam dan ini satu tindakan yang sangat kejam sehingga perlu kempen satu dunia melalui Facebook. Hebat!!!
#Islamophobia memang menjadi tunjang kepada serangan ini. Rasanya tidak salah kalau aku mengatakan bahawa serangan ini dirancang untuk menyemarakkan kembali Islamophobia yang semakin lama semakin dilupakan selepas Peristiwa 911. Maka 'mereka' ini sekali lagi bertindak untuk menyemai rasa benci terhadap Islam melalui Serangan di Paris ini.
.
Jadi, kau masih tidak kisah kawan-kawan kau tukar DP FB kepada bendera Perancis? Kau pasti maklum bertapa popularnya Facebook ini di serata dunia. Semakin ramai yang tukar DP FB semakin ramailah yang tahu (kerana dipasakkan Islam yang menjadi terrorist di Paris) bahawa Islam yang menyerang Paris sehingga membunuh 120 orang awam. Nampak tak bertapa kuatnya impak tukar DP itu sehingga kau sepatutnya kisah apabila ramai yang tukar DP. Kau mempertikaikan kenapa orang lain perlu kecoh dan membanding-bandingkannya dengan serangan di negara-negera Islam yang lain. Malahan kau mengecam mereka kerana tidak memiliki sifat kemanusiaan sebaik kau yang tidak mengenal sempadan agama.
Memanglah perlu kita bersimpati dengan orang awam yang mati terbunuh dalam serangan ini, tapi kita tidak sepatutnya turut serta menyokong propaganda mereka yang memburuk-burukkan Islam. Tapi kau (mungkin) terlupa bahawa mereka yang marah bukan kerana tidak ada perikemanusiaan seperti kau. Mereka bukan hipokrit atau pilih bulu. Tapi mereka marah apabila Islam tidak mendapat pembelaan yang sepatutnya dan Islam semakin disalahkan atas serangan ini.

"SEBELUM KAU KASIHAN DENGAN ORANG AWAM YANG MATI TERBUNUH DALAM SERANGAN DI PARIS, KAU PATUT LEBIH KASIHAN DENGAN AGAMA MU YANG SEMAKIN DIBENCI KERANA FITNAH ISLAMOPHOBIA INI."
#TerrorismHasNoReligion diviralkan demi mengimbangi konsep islamophobia yang semakin menular di barat. Kau rasa??? Bagaimana konsep ni merebak dengan pantas? Alam maya bukan? Sudah tentu facebook puncanya kerana facebook ini popular kot! Samalah halnya dengan DP LGBT dulu. Facebook support sebab melarang penganutnya menyokong LGBT.

Dan kini, DP Perancis dihebahkan agar lebih ramai yang benci kepada Islam. Iyalaaaa... kan Islam yang mengganas di Paris tu. Sudah tentulah ramai akan mengecam Islam sekali lagi.

Kalau sungguh FB ni menyokong kemanusiaan, mengapa tidak ada kempen guna bendera Palestin yang ditubuhkan oleh admin FB? Malahan page-page yang mengutuk kekejaman Israel di tanah Palestin disekat! Kau rasa kenapa? Kenapa hanya Perancis? Pastilah ada agenda disebaliknya. Bukan kemanusiaan semata-mata.
Masih patut lagi kau mengamuk kepada orang yang marah apabila ramai yang tukar DP Perancis?
~:: Kau tak kisah mereka tukar DP, maksudnya kau belum cukup kisah dengan apa yang 'mereka' buat terhadap agamamu.
.
.
Bersolidaritilah. Bukan hanya atas nama kemanusiaan yang kau agung-agungkan. Tapi bersoladiritilah atas nama agamamu yang setiap masa cuba dihancurkan dan dijatuhkan. - Sehinggakan aku ada kawan dari Iran yang malu mengaku Islam kerana Islam dianggap pengganas di regionnya. Sadis bukan?.-
Wallahu'alam

Awan Andai Dapatku Gapai // November 16 2015
_____________________________________________
Maka akan ada yang mengatakan aku taksub konspirasi. Blah blah blah...
Lantaklah mau bilang apa.
BTW jangan lupa bahawa terdapat konspirasi yang menyatakan bahawa ISIS ini ciptaan Amerika untuk menjatuhkan Islam. Aku syak puak-puak ini yang pi bom ni. Yang benar-benar muslim xdenye nak bom bom bagai ni. Hat yang betul-betul menjunjung Al-Quran lah maksud aku.

"Whoever kills an innocent person it is as if he has killed all of humanity." Quran 5:32.

November 01, 2015

MENCARI TUHAN BUKAN BERSENDIRIAN

(Puisi untuk sahabat yang mencari Tuhan - S.Odd)
Mencari Tuhan.
Bersendirian dan bukan di jalanan.
Tuhan adanya di hati.
Bukan menyepi dan sunyi.
Tuhan telah memberi kasih di sisi.
Diutus melalui hambaNya untuk kau dampingi.
Ada kekuatan dalam setiap entiti.
Mungkin bukan di sini.
Tapi yakinlah ada di hati.
Mencari Tuhan.
Bukan menyendiri.
Tuhan ada di hati.
Bagaimana kau hendak mencari Tuhan sedangkan kau sudah lama menutup hati mu?
Kau bilang hati mu kosong.
Kau bilang kau dah lama terpesong.
Kau hilang dalam kelongsong.
Relung yang kau bina tika minda mu kosong.
Sedangkan Tuhan dah lama sayang.
Cuma kau khilaf melihatnya suram.
Kau diam dan diam lagi.
Pada nadi Tuhan utuskan.
Agar jantung mu terus berdegup.
Sedangkan nadi mu berdenyut tanda tahmid dan tasbih.
Kau buta menilai lagi.
Kau kira kau menyendiri kau jumpa Tuhan.
Tak. Kau tak pernah sendiri.
Tuhan sentiasa bersama mu.
Tuhan hadir dalam nadi mu.
Setiap hembusan nafas mu.
Setiap kedipan mata mu.
Ada Tuhan menemani.
Tuhan utus teman untuk mu.
Agar kau tahu erti nikmat.
Agar kau tahu erti akrab.
Agar kau tahu erti sahabat.
Tuhan utus hati untuk kau belai.
Kau gagahkan agar terus bersujud.
Kau jinakkan untuk menjadi perwira dalam perang nafsu.
Kau kira yang lain bakal mencemuh.
Kau galau yang lain bakal tertawa.
Kau resah yang lain bakal menghina.
Kau salah! Kau sangat salah!
Tiba saat kau pilih untuk berubah.
Kembali ke jalan Tuhan.
Yang lain pasti bangga.
Bahkan ada yang malu.
Malu melihat sinar di raut senyum mu.
Malu melihat cahaya pada wajahmu.
Bisa saja hatinya terdetik mengikut jejak mu.
Subhanallah indahnya dakwah melalui anggota.
Sujudmu menjadi ikutan.
Tuhan beri pengiktirafan.
Martabat dijulang di langit sehingga ke Firdausi.
Masya-Allah manisnya iman.
Bila Tuhan dijadikan sandaran.
Usah kau malu menunjuk hijrah.
Yang penting bukan riak jadi selitan.
Bukan ujub jadi taruhan
Tapi ihsan jadi kekuatan.
Kau ingin hijrah kerana kau ingin menjadi Tuhan.
Lalu mengapa kau malu?
Dulu kau megah berbuat cela
Lalu mengapa kau galau menabur syahadah?
Apa kau kira syahadah perlu disembunyi sedangkan maksiat kau pernah persembah?
Di mata dunia.
Wajarnya Tuhan dijulang melangit.
Di mata dunia.
Wajarnya jihad dipersembah.
Biar orang tahu maknanya hijrah.
Biar teman mu sedar maksudnya iman.
Jihad seorang pendosa yang mencari Tuhan.
Kau mencari Tuhan mengapa perlu menyendiri?
Mengapa perlu bersembunyi?
Zaman kita zaman dakwah.
Zaman menyebar benih cinta Tuhan.
Bagaimana? Tunjukkan hijrah dengan Qanaah.
Iringkan kelana dengan istighfar.
Biar musafirmu jadi ikutan.
Kau contoh pendosa yang layak ke Syurga.
Usah menyendiri mencari Tuhan.
Usah malu memburu Tuhan.
Dulu maksiat kau puja, kau persembah pada dunia.
Kini tiba hijrah mu menjadi santapan dunia.
Kau ummat Muhammad.
Rasul yang diutus untuk berdakwah.
Meski ilmu kau kira belum mantap,
Tapi kau layak untuk berdakwah.
Kerana kau ummat Muhammad.
Tunjukkan hijrah mu ke pentas dunia sebagai dakwah.
Kau tidak pandai merayu bicara.
Maka biarlah tingkah menjadi dakwah.
Mencari Tuhan.
Pasti ada jalan.
Kau malu, kau tutup jalan.
Lalu kau gagal mencari Tuhan.
Usah meratap kemudian.
Kesal berkurun tak jumpa Tuhan.
Awan Andai Dapatku Gapai
November Dua 2015.

October 04, 2015

JEREBU ANAK DUKHAN


~Edisi menunggu IPU USM 200++~
Sekarang hangpa dok mengamuk tak dapat cuti sebab jerebu.
Mengamuklah. Berdoalah supaya capai 200++.
Esok2, dapat cuti jangan pula amal ibadah pun cuti.
Alasan.. tak sihat sebab jerebu.
Tapi esok2 Dukhan datang..
Tak kan hangpa nak teriak minta cuti daripada Tuhan.
"Awatlah Tuhan bagi Dukhan ni weii?!
Aku tak leh semayang ni.
Sakit dada! Sesak nafas..!"
__________________________________________
Diceritakan bahawa Ad-Dukhan akan datang menyelebungi bumi dan dicatatkan dalam Al-Quran, Surah Ad-Dukhan~ "Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat)." (Ad-Dukhan; Ayat:10)
Dukhan/Jerebu adalah amaran Allah SWT terhadap kaum kafir musyrik yang menentang Nabi Muhammad SAW bahawa mereka akan ditimpakan azab sengsara semasa langit membawa asap kemarau yang menyebabkan kebuluran yang amat dashyat.
.
.
.
KISAH DUKHAN DALAM HADIS RIWAYAT BUKHARI.
Orang-orang kafir Mekkah telah melampaui batas dalam penentangan dan menghalangi agama Islam,  dengan menyakiti dan menderhakai Nabi Muhammad SAW, kerana itu Nabi SAW berdoa kepada Allah SWT agar diturunkan azab. Sebagaimana Doa Nabi Yusuf a.s. dikabulkan Allah ke atas orang-orang yang derhaka kepada Baginda a.s. dengan musim kemarau yang panjang, sehinggakan orang-orang kafir memakan tulang dan bangkai kerana kelaparan.
.
Mereka selalu mendongak ke langit mengharap pertolongan Allah SWT, tetapi 'tidak ada satupun yang mereka lihat kecuali kabut jerebu yang menutupi pandangan mereka.' (Dan sekarang cuba kamu mendongak ke langit. Kita juga melihat pemandangan yang sama bukan?)
.
Akhirnya mereka datang kepada Nabi, agar Nabi memohon kepada Allah supaya hujan diturunkan. (Samalah seperti kita mengharapkan hujan turun untuk menghilangkan jerebu tersebut. Siap ada yang berdoa di Facebook lagi agar hujan diturunkan. Siap ada yang berkata "Wei, Awan! Hujanlah kau.")
.
Setelah Allah SWT mengkabulkan doa Nabi dan hujan diturunkan, mereka kembali kafir seperti asal, kerana itu Allah menyatakan bahawa mereka nanti akan diazab dengan azab yang pedih.
__________________________________________
Unjuran kisah yang sama masih terulang dan tidak akan pernah padam!
KAMU! YANG MENGAKU BERAGAMA ISLAM!
Sejarah Islam dah tunjukkan kisah yang berlaku di dunia kini sudah pernah terjadi dahulu. Dan mereka yang ingkar telah dibinasakan.
Lalu mengapa kamu masih berat melaksanakan Ibadat?
Masih sengaja melambat-lambatkan solat!
Masih suka bermandikan maksiat.
.
.
Apa kau ingat kisah-kisah azab Allah terdahulu hanyalah satu kisah dongeng atau bedtimes story yang sengaja diwujudkan agar kau takut menyembah TUHAN yang tidak kau nampak??!
.
.
Jerebu kuat sangat ni...
tak nampak Tuhan.
tak nampak Al-Quran.
.
Malaikat kiri kanan takkan berdiam!
Pintu Neraka sentiasa mengalu-alukan kedatangan mu.
Kot2 la kau daging bakar paling sedap.
#PembangunJiwa

September 17, 2015

CATATAN PICISAN HATI TENTANG PILIHAN RAYA KAMPUS USM (tidak berguna untuk orang lain)

Berakhir Pilihan Raya Kampus USM. Walau tidak terlibat secara langsung. Cukup hanya memerhati. 'Tense' PRK kali ini tetap dirasakan. Mungkin kerana masih ada sisa perjuangan yang masih bersarang di hati. Cuma sidang ini memilih untuk tidak menyertai kerana kita ada cerita yang tidak mungkin padam di hati.

Aspirasi USM.
Banyak kenangan dan pengajaran selama berkecimpung di dalamnya. Tidak kurang juga sakit di rasa. Kerana sakitnya, hampir memilih untuk bercuti dari pengajian. Untung Allah hadirkan seorang sahabat yang membisikkan semangat agar bangkit kembali. Sudi bersatu membantu dari jauh.
"Aku pun lepas ni tak nak terlibat dah, Wan."

Untuk engkau mantan sahabat.
Kerana persepakatan dulu aku memilih untuk terus tidak terlibat. Katanya janji untuk di kota. Tapi kau masih terlibat sama.
Tidak mengapa.
Mungkin ku bodoh berpegang kata. Sedangkan kau sudah berpasak perkasa. Bahkan menjadi pemegang cokmar perwira.
Bukan.
Bukan menyesal hanya memandang. Bukan kempunan untuk menyumbang. Adatnya hati mengota bicara.
Cuma mungkin setia mu lebih tinggi. Terima kasih atas prosa hikmah yang membantu awan tetap di langit sehingga ke hujung senja.

Kita bukan siapa-siapa.
Usaha hanya kilasan warna. Hari ini kelam, kelak warna lain berserak indah. Meroyan bersedih tiada guna. Silakan membina landasan baru. Kemenangan lebih utama.
Alhamdulillah.

Mantan sahabat.
Kini berbahagialah hidupmu. Kerana sudah lama ku tahu memang itu hajatmu. Cuma dulu tangga mu belum sempurna. Bahtera kini lebih selesa. Ku memilih tidak bersama kerana kau sendiri yang pernah berkata...
"Tak pe la Wan. Lagi bagus kalau kita undur diri. Tidak usah kusutkan kepala."
Maka ku naif menilainya.
Silakan bercuti di lautan indah.

Mungkin dibaca, mungkin kan tidak.
Cuma yakin dan pasti tidak kan luak.
Malah, lebih menyemai rasa meluat.
"Mengada-ngadanya budak ni!"

Ahh sudah!
Biar ku jalan dulu. Bukan hal aku.

Untuk yang menang, sila nikmati selagi ada, kerana sang mantan bakal merasa.
Kisah si mantan yang tidak berguna.
Semoga tidak seperti manis dan sepah.

MPP bakal dibentuk. Saksikan dengan mata siapa amanah dan siapa propa. Sang Mantan pun mula berjauh hati. Sedarlah zaman mu sudah berakhir.

Salam insomnia kerana merindukan mantan sahabat.
#jariBentukLove #SelamatkanIman
Bau Aspirasi tetap mewangi di hati.

~Awan Andai Dapatku Gapai
18 September 2015 | 4.44 a.m

September 09, 2015

[CERPEN : PERJALANAN KE USM – Sebuah Diari kali pertama menjejakkan kaki di Semenanjung]

Assalamualaikum.
Maaf. Penulisan cerpen 'Hati Bukan Tisu' terpaksa dihentikan sementara akibat ketiadaan idea. Sumber rujukan kurang.. tak banyak cerita yang hadir di minda untuk mengarangkan cerita berunsurkan rainbow pride ni... Dah beria nak buat.. alih-alih kena writer block.
Sekarang ni saya sedang buat sedikit pembacaan dan penyamaran untuk menjiwai idea cerita 'Hati Bukan Tisu' ini.
Dan... here we go.. campak balik pengalaman ke USM.
#throwback sempena Minggu PPSL (kemasukan pelahar baharu) – Terima kasih PPSL USM.

 Jam 7.00 pagi, 30 Ogos 2012. Pagi ini aku kerja shift pagi di Pizza Hut Gaya Street. Hari terakhir kerja sebelum bertolak ke USM petang nanti. Awal pagi lagi sudah terpacak di hadapan pintu restoran. Hari terakhir begini perasaan bercampur-baur. Teruja meneruskan pengajian ke USM dan sedih kerana bakal meninggalkan sahabat-sahabat di Pizza Hut Gaya Street.
Alhamdulillah kerja sepanjang pagi itu berjalan dengan lancar. Manager sempat memberikan hadiah perpisahan. Hari terakhir di Pizza Hut disambut dengan sederhana. Cukup sahaja sekadar dibelanja Deli Wings dan sesi fotografi. Tepat pukul 3.00 petang, maka sahlah diri ini bukan lagi staf FOH Pizza Hut Gaya Street.
Dengan segera kaki diatur berlari meninggalkan perkarangan Pizza menuju ke quaters pekerja. Tanpa membersihkan diri, pakaian uniform Pizza Hut segera ditanggalkan lalu digantung dengan elok.
"Hadiah untuk Luffy. Nanti bagi dia ar Bos Daniel" sambil itu gigih menyarung seluar jeans dan t-shirt berkolar hitam. Semua uniform Pizza ditinggalkan tanpa dibasuh di dalam bilik itu. Maaf Luffy, aku tidak sempat basuh untuk kau. kalau nak pakai basuhlah sendiri. Sebenarnya Bos Daniel ingin sangat menghantar aku ke KKIA, tetapi dia akan masuk kerja pukul 4.00 petang nanti. Tidak mengapalah, bas henti-henti di Kota Kinabalu ketika itu masih berfungsi dengan baiknya.
Usai bersiap, aku segera menyambar beg galas berwarna putih yang padat dengan pakaian sepanjang pengajian di USM kelak. ya! Hanya satu beg galas putih sahaja yang dibawa menyeberangi Laut China Selatan untuk pertama kalinya. Pengalaman pertama menaiki burung besi. Pasti satu pengalaman yang mengagumkan. Tiba-tiba telefon Sony Ericsson kecilku berdering.
"Wei mangat di mana kau? Ndak lama tinggallah kau ni. Kami ni mau check in sudah!" bebel Myea di hujung talian.
"Sabarlah kamu. Aku baru habis kerja ni. Sama-samalah bah kita check in. Manalah aku pandai naik kapal terbang ni"
"Nah ceppat kau kalau kau ndak mau tinggal. Si Cheng tu di airport sudah.
"Kau?"
"Aku baru mau keluar dari rumah maccik ku ni"
"Babi!"

Aku ingat aku seorang sahaja yang lambat. Rupanya dia lagi lambat. Biasalah, fitrah perempuan. Myea dan Cheng. Hanya mereka berdua yang bakal menemani aku di lapangan terbang. Tidak ada sesiapa yang sudi mengiringi pelepasan meninggalkan bumi Sabah untuk kali pertamanya. Keluarga nun jauh di Semporna. Kami hanya berhubung melalui telefon sahaja.Tidak seperti Myea. Cheng juga senasib dengan aku. Tetapi dia ada cewek yang sudi hantar. 'Oh, sadisnya hidup ku ni!' Dalam rungutan segera mengatur langkah seribu dari Gaya Street menuju ke  Terminal Bas Wawasan yang jaraknya lebih kurang 700 meter. Peluh sudah mula berjejeran di dahi. Kalut-kelibut dan kelam-kabut semua dirasai ketika itu.

Lebih kurang pukul 3.45 petang, bas mini menuju ke KKIA mula bergerak. 'Oh paccik bas please..pandu laju sikit. Aku lambat sudah ni' Sesungguhnya pak cik bas ketika itu sengaja menguji kesabaran dan kelancangan mulut untuk memaki hamun.

Setibanya di KKIA, Cheng yang berbaju ungu sudah terpacak di sana. Belum lama aku tiba, Myea menyusul dengan sebuah troli yang padat dengan bagasi-bagasinya.
"Banyaknya lah barang mu Myea.. aku satu beg saja"
"Wei mangat. Kita tu empat tahun kok di sana"
"Iya Sul. Terlampau sikit pula barang mu tu" Cheng mencela.
"Naa.. apa boleh buat. Ini jak barang ku di KK ni. Jomlah kita check in. Nanti lambat pulak"

Kali pertama check in flight. Ketika itu masih lagi sangat jahil tentang hand carry. Malah tidak tahu apakah benda itu. Dan kejamnya staf AirAsia ketika itu sengaja mengikis duit kami yang rata-rata kali pertama menaiki flight.
"Bukan kalau beg begini boleh dibawa naik atas kah?" tanyaku
"Ndak boleh tu dik. Semua mesti dikasi masuk dalam kargo"
Aku dah lah belum luggage.
"Berapalah kena cas?"
"RM 50 jak" RM50? Wei aku cuma ada RM150 ni. Apa aku mau makan nanti di USM.
" Nah ngam la tu. Aku pun kena lambah bagasi ni. Patak-pataklah kita. Aku 50, si Cheng 50 kau pun 50" Cadangan Myea sangat bernas ketika itu. Kami berdua hanya mengikut. Myea boleh dikatakan berlagak pandai ketika itu, sedangkan dia juga kali pertama menaiki kapal terbang seperti kami berdua. Tetapi sikap proaktif Myea sebenarnya berjaya menenangkan rasa gementar di hatiku.

Saat memasuki kapal terbang, kami sempat bergaduh untuk berebutkan kerusi di tepi tingkap. Kalau nak dikata kampungan atau kolot, tidak mengapa. Ini pengalaman dan kenangan kami. Penyelesaiannya...rujuk tiket flight. Yess! Aku menang. Seat aku 16A. Rupa-rupanya pergaduhan tadi sia-sia kerana pemandangan di luar terhalang oleh sayap kapal terbang...dan...malam..semua gelap tak nampak apa. Bagaimana perasaan ketika kapal terbang mula berlepas sangat sukar digambarkan. Yang pasti ketika itu terbayang sedutan kemalangan kapal terbang dalam Final Destination 1. Celaka punya movie. Kau buat aku paranoid.
"Lampu-lampu tu apa ar..?" tanya ku apabila tanah Semenanjung mula menampakkan dirinya.
"Ndak tau. Mungkin pantai." jawab Myea.
"Jadi mana Melaka?"
"Iya ar.. mana Melaka? KL pulak di mana?"
"Di mana sudah kita sekarang ni Cheng?"
"Aku pun ndak tau. Mungkin di atas Terengganu"
(Rupa-rupanya lampu-lampu jalan yang kami ingatkan pantai itu adalah Lebuhraya Utara-Selatan)

Jam 11.30 malam. Kami selamat mendarat di LCCT. Akhirnya, kaki ini berjaya dipasakkan di bumi Semenanjung yang selama ini hanya dilihat melalui kaca televisyen. Alhamdulillah. Begini rupanya rasa menjadi musafir. Berkelana demi menuntut ilmu. Kami melabuhkan punggung masing-masing di atas kerusi yang setentang dengan pintu keluar Balai Ketibaan LCCT.
“Kawan ku cakap dia on the way sudah ambil kita. Jadi kita tunggulah” kata Myea.
30 minit berlalu, kelibat kawan Myea masih belum tiba.
“Bestnyalah kita ni sambut merdeka di airport” Cheng berseloroh memecahkan kesunyian. Saat itu LCCT sudah mula lenggang. Selain kami, masih ada satu keluarga yang sedang tidur di kerusi sebelah.
“MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!” Cheng menjulang tangan kirinya sebanyak tiga kali. Aku dan Myea hanya memandangnya sepi. Masing-masing sudah mula dibelenggu rasa mengantuk.
“Lambat pula kawan mu tu Myea. Cakap on the way sudah” rungut ku. Antara kami, aku yang paling suka merungut.
“Diorang dari Port Dickson kok tu”
“Patutlah bah ni. Ndak lah kau bagitau gerak awal-awal. Ini tidak. Ditelefon bila sudah kita sampai.”
“Jauhkah Seremban tu dari sini?” sekali lagi aku mengajukan soalan yang jelas menunjukkan aku kali pertama tiba di tanah ini.
“Ndak tau. Kami ni pun macam kau juga first time sampai sini!” jawab Cheng.
Hampir satu jam setengah kami menanti, akhirnya kawan Myea tiba dengan menaiki Proton Waja silver.
“Maaf ye lambat. Jalan agak jammed tadi” ujar kawan Myea. Lelaki berbaju hitam dan lengkap berketayap putih. Alhamdulillah. Perjalanan ke Port Dickson tidaklah sejauh yang kami sangkakan sehingga menyebabkan kami menunggu lama. Saat itu, masing-masing sudah membayangkan katil yang empuk untuk berehat.
Rupa-rupanya, kawan Myea ini budak Politeknik. Kami bertiga dipisahkan. Myea akan bermalam di rumah sewa perempuan dan kami berdua menginap di rumah kawan Myea. Lebih kurang 15 minit berlalu, Cheng menerima mesej daripada Myea.
“Beraninya lah pula si Myea ni!” ujar Cheng.
“Kenapa?”
“Rupanya orang ni dia baru kenal di Facebook jak. Bukannya kawan lamanya pun”
“Naaa raaang.. dijuallah kita ni” sekali lagi fikiran negatif mula berkembang di minda ku. Mendengar khabar itu, rasa mengantuk segera hilang rasa mengantuk. Masing-masing risau dengan nasib diri yang kali pertama menjejakkan kaki ke bumi Semenanjung ini. Pelbagai bayangan negatif mula memenuhi segenap mindaku. Kisah-kisah yang difilemkan dalam drama-drama melayu semakin membuatkan aku paranoid. Adakah kami ini akan diperdagangkan atau orang-organ kami akan dijual di pasaran gelap?? Sesungguhnya ketika itu hanya ALLAH sahaja yang tahu bertapa risaunya hati saat itu.
Malam itu berlalu dengan aman. Lebih kurang pukul 2.00 petang, kami bergerak ke terminal bas Seremban. Dari Seremban, kami akan menaiki bas menuju ke Pulau Pinang. Sebelum meninggalkan kami, kawan Myea sempat membelanjakan sarapan untuk kami. Sikapnya ini telah membuktikan bahawa tanggapan kami terhadapnya meleset. Sesungguhnya dia adalah orang yang baik. Kami berdosa kepadanya kerana berfikir yang bukan-bukan tentangnya.
Bas bergerak meninggalkan tanah Seremban dalam pukul 3.30 petang. Aku sangat terkejut melihat keadaan bas yang tidak ada tandas. Di Sabah, bas-bas perjalanan jauh seperti ini selalunya akan disediakan tandas untuk penumpang. Jadi, bagaimana nanti kalau tetiba aku nak buang air kecil?
Sepanjang perjalanan itu, aku hanya mengira berapa negeri yang dilalui sambil memikirkan masa depan yang bakal dilalui di USM kelak. Langit baru mula gelap walaupun jam sudah menunjukkan pukul 7.00 malam. Aku memang sudah maklum dengan perbezaan keadaan matahari itu. Jadi bukanlah sesuatu yang menerujakan aku. Tetapi mesej yang Misiah hantar ketika kami baru sahaja melalui Ipoh sangat menerujakan aku.
‘Wahhhhh.. jambatan Pulau Pinang... bestnyaaa’
Ringkas, tetapi sudah cukup membuatkan hati aku melompat teruja tidak sabar menjejakkan kaki ke USM.
“Nantikan bila kita sampai di terminal bas Penang, siapa mau jemput kita ar?” Myea mencetuskan persoalan yang kami langsung tidak terfikir.
“Cuba kau tanya si Mis Sul. Siapa jemput diorang.” Cadang Cheng. Aku dengan segera menelefon Mis.
“Mis, kamu dulukan siapa jemput kamu?”
“Kami ndak terus pigi USM. Kami tinggal si Hotel Anggerik dulu dengan si Suzie”
“Naa siapalah mau jemput kami di terminal bas nanti ni? Jauhkah tu dari USM?”
“Manalah aku tau. Kamu cuba contact PPSL.”
“PPSL? Apa tu?”
“PPSL ni diorang yang akan sambut budak-budak baru. Nanti kamu cakaplah kamu turun di terminal bas. Nanti diorang datang ambil kamu” Aku masih tidak faham tentang PPSL itu. Tapi tidak mengapa, yang penting ada orang yang akan sambut kami.
“Kau ambil nombornya ni. Namanya Abang Helmi”
Usai bercakap dengan Misiah, aku segera menelefon Abang Helmi.
“Assalamualaikum, boleh saya cakap dengan PPSL Abang Helmi?
“Ya saya bercakap. Siapa ni?” lega mendengar suara Abang Helmi.
“Saya Ahmad dari Sabah ni bang. Kami pelajar baru ni. Bolehkah abang ambil kami di terminal bas Pulau Pinang nanti? Sebab kata kawan saya nanti akan ada PPSL sambut pelajar-pelajar baru.”
“Oh, boleh! Adik di mana sekarang ni? Terminal bas yang mana satu ye adik? Seberang ke dalam pulau?”
“Saya pun tidak tahu kami di mana ni bang” terdengar suara Abang Helmi tergelak.
“ Adik cuba tengok keliling, ada nampak RNR apa?”
“Semua hutan ni bang.” Aku malu nak bertanya apa benda RNR tu. Cheng dan Myea hanya menjadi pemerhati yang setia.
“Kejap bang, saya tanya orang lain” “Myea kau cuba tanya”
“Kata pak cik depan kami ni, sekarang ada di Juru sudah”
“ Oh, dah dekat tu! Adik turun terminal bas mana nanti?”
“Tidak tau bang. Tapi dalam pulau mungkin. Sebab kami nanti naik jambatan ni”
“Oh okey! Adik ada berapa orang semua?”
“Tiga”
Selesai perbualan dengan Abang Helmi, kami dapat menarik nafas yang lega. Terima Kasih Allah kerana mengutuskan manusia yang dapat memudahkan perjalanan kami menuju ke gedung ilmu. Sungguhpun ketika itu aku sendiri tidak memahami apa itu PPSL, tetapi kehadirannya memudahkan kami.
“Wahhh.. jambatan Pulau Pinang” ujarku. Kami masing-masing menjengahkan kepala ke tingkap bas untuk menikmati pemandangan Pulau Pinang yang cantik dihiasi lampu jalan. Pemandangan yang kali pertama kami saksikan. Benarlah kata Misiah, Jambatan Pulau Pinang memang cantik. Saat terleka menikmati pemandangan Jambatan Pulau Pinang, tiba-tiba telefon aku berdering. Abang Helmi menelefon.
“Dah sampai mana dik?”
“Atas Jambatan Pulau Pinang bang. Cantiknya..” ujarku. Jelas seperti rusa masuk kampung.
“Okey. Abang dah ada di Terminal Bas Sungai Nibong ni. Nanti kalau dah sampai call abang ye”
“Baik abang. Terima kasih bang. Sorry menyusahkan.”
“Eh, tak pe dik! Dah memang tugas kami sebagai PPSL”
Lebih kurang pukul 1 pagi. Kami tiba di Terminal Bas Sungai Nibong. Abang Helmi dan seorang pak cik sedang menyambut kami.
“Eh, sikitnya barang korang dik!” Kami hanya tersenyum. Masing-masing keletihan.
“Adik-adik dapat desa mana ni? Ada yang dapat Indah Kembara?”
“Tiada bang. Saya Aman Damai, Cheng dapat Cahaya Gemilang. Myea pula dapat Tekun”
“Oh! Abang sebenarnya PPSL Indah Kembara. Tetapi tak mengapa. Jom kita gerak.”
Rupa-rupanya, jarak antara Terminal Bas Sungai Nibong tidaklah sejauh yang aku sangkakan. Alhamdulillah. Perjalanan panjang menuju ke USM akhirnya bakal berakhir. Selepas melalui pelbagai pengalaman baru dan keterujaan, akhirnya letih terbalas apabila tubuh dihempukkan di atas tilam desasiswa kelak. Van putih yang kami naiki bergerak ke Cahaya Gemilang terlebih dahulu sebelum bergerak ke Aman Damai dan akhirnya ke Tekun. Myea orang yang terakhirnya dihantar ke desasiswa. Ketika melangkahkan kaki turun dari van, aku disambut oleh seorang lagi PPSL.
“Oh, Si Rasul bah ni!” Kak Justinah! Aku kenal dia hanya melalui Facebook. Senior seperguruan dengan Cikgu Masni.
“Okey, Jus! Aku serahkan adik ni dengan kau. Bye Adik!” Ujar Abang Helmi sebelum menghilang di perut van. Aku sempat lagi berfikir yang bukan-bukan tentang mereka. Semoga Myea berjaya tiba di desasiswanya dengan selamat.
“Kejap ar Rasul. Akak pergi panggil PPSL lelaki. Sebenarnya PPSL meeting bah sekarang. Kau tunggu di cafe ni dulu.” Ujar Kak Justinah. Aku hanya akur. Beberapa minit kemudian, datang seorang PPSL perempuan berbangsa cina.
“Rasul?” aku menggangguk.
“Saya hantar Rasul ke bilik. Sorry, PPSL lelaki semua sibuk. Entah ke mana.”
“Baik kak...”
“Panggil je Kak EE.”
Kak EE membawa aku ke bilik 022 di blok berhadapan dengan cafe. ‘Kecilnya’ Aku terkejut melihat bilik Aman Damai yang tidak seperti yang aku bayangkan.
“Aman Damai memang desasiswa paling buruk di USM ni.” ujar Kak EE, seolah-olah mengerti apa yang bermain di minda aku ketika itu.
“Nanti esok, awak datang bilik TV kat depan tu untuk buat pendaftaran. Kunci bilik nanti awak serahkan kat situ je. Bilik air di hujung sekali” Kak EE menunjukkan jari telunjuknya ke arah kiri.
“Okey. Terima kasih Kak EE” ujar ku tersenyum.
“Rehatlah dulu.”

Kak  EE berlalu. Akhirnya aku tiba di gedung ilmu yang akan menjadi rumahku empat tahun akan datang. Penat dan ingin tidur. Otakku kembali memikirkan kenangan manis perjalanan ke USM. Walaupun kali pertama menjejakkan kaki ke bumi Semenanjung, tetapi semuanya ALLAH permudahkan dengan mengutuskan insan-insan yang membantu kesusahkan kami bertiga. Bermula dengan kawan Myea yang baru sahaja dikenalinya di Facebook sehinggalah ke barisan PPSL yang sudah bersedia menyambut ketibaan kami, pelajar-pelajar baharu di USM. Entah bagaimana nasib kami bertiga tanpa mereka semua. Akhirnya, aku terlelap di atas katil yang tidak bercadar dan kasut yang belum ditanggalkan. Sesungguhnya pengalaman ini satu anugerah daripada ALLAH. Empat tahun mendatang pasti akan ada lagi cabaran. Hasbunallah Wanikmal Wakeel.

August 17, 2015

[CERPEN] Hati Bukan Tisu : Episode 2

....sambungan...


Petai. Selepas ini Afwan taubat akan memakannya semula! Beberapa kali dia cuba memaksa dirinya menelan tumbuhan tersebut. Belum lama selepas itu, mereka dipaksa untuk mencalitkan muka dengan kunyit. Afwan kemilih untuk memenuhkan ruang mukanya dengan kunyit tersebut. Lagaknya seperti memakai bedak sejuk. Bagi Afwan, setiap apa yang berlaku dalam hidup sehari-hari adalah pengalaman yang tidak mungkin akan terulang. Nikmatilah selagi mampu. Dek kerana itulah, Afwan cuba memujuk diri agar menikmati setiap detik bersama kenalan-kenalan baru dan lamanya itu.
Kumpulan mereka merupakan kumpulan ketiga terakhir tiba di stesen terakhir. Tatkala kumpulan lain sudah bersedia untuk menyiapkan tugasan terakhir, mereka baru terkedek-kedek mengumpulkan bahan yang diperlukan untuk tugasan tersebut. Paip PVC dan sebiji bola ping pong.
"Jangan buang kunyit di muka kamu! Aktiviti tak habis lagi. Kamu hanya rehat minum!" tempik Abang Samad, ketua aktiviti petang itu. Afwan yang ketika itu sedang beratur untuk membasuh muka terpaksa berpatah balik. Niatnya terpaksa dibatalkan walau ketika itu kulit mukanya sudah mula terasa sakit kerana sebatian kunyit dimukanya sudah kering.
"Muka rasa peritlah...." Bella mengomel sambil mencabut-cubit keping kunyit di mukanya.
"Boleh ke cabut macam tu je? Tak kena marah ke?" Fatin pula mencela.
"Entah! Saya cabut je." jawab Bella. Afwan hanya memerhatikan gelagat rakan sekumpulannya itu. Bella walaupun berumur 22 tahun dan berbadan agak montel, tetapi suaranya kedengaran seperti suara kanak-kanak berumur 12 tahun. Nyaring dan comel! Sedangkan Fatin pula di mata Afwan sebagai perempuan cantik yang cukup sifatnya. Fatin memiliki senyuman yang menawan, anak mata yang agak galak. Sesiapa yang melihat senyumannya pasti tergoda. Afwan suka melihat Fatin. Walaupun Afwan dan Fatin berada dalam tahun pengajian yang sama, namun Afwan baru sahaja mengenalinya dalam kem ini.
"Mana kunyit kat muka korang berdua ni?"sergah Kak Zana sambil mencekakkan pinggangnya. Di tangan kanannya baldi putih dicengkam kejap. Afwan tahu apa isi baldi tersebut. Cecair kunyit yang sebelum ini dicalitkan di muka mereka.
"Alaaa Kak Zana. Gatal.. takut muka kami rosak.." ujar Bella sambil tersengih. Ulahnya kelihatan lucu dan masih comel. Bella memang comel do mata Afwan.
"Tak de, Tak de.. pakai balik!" Kak Zana menghulurkan baldi putih yang berisi cecair kunyit tu. Kak Zana sengaja membuntangkan matanya. Sengaja menzahirkan sifat singa betina di dalam dirinya agar FSSB-FSSB menurut kata-katanya. Tetapi Afwan tahu bahawa Kak Zana sebenarnya antara staf universiti yang mesra pelajar. Cuma dalam kursus ini sahaja dia terpaksa melakonkan watak garang.
"Afwan! Calit semula muka awak tu. Dah kering!" baldi putih beralih arah.
" Saya tak tanggalkan pun Kak Zana.. tak acilah.. dia yang tertanggal sendiri." Afwan cuba memprotes. Dia yang dari tadi galak menggelakkan Bella dan Fatin rupa-rupanya turut terkena.
"Pakai je lah! Dah nasib awak"
Perlahan-lahan Afwan mencalitkan mukannya semula dengan kunyit. Padahal, kunyit di kulitnya dah mula tertanggal dan kering. Apabila kering, kunyit-kunyit tersebut akan terasa gatal. Hal itu yang menyebabkan mereka ingin segera membuang kunyit-kunit tersebut dari muka masing-masing. Dari kejauhan, Afwan melihat Zakir sedang bergelar ketawa bersama rakan sekumpulannya. Malik pula duduk memeluk lutut di atas bangku.
Afwan sendiri tidak tahu ketika itu dah pukul berapa. Matahari kelihatan masih gagah bercahaya di langit. Namun sudah mula condong 45 darjah dari ubun-ubun kepala ke arah barat. Dalam perkiraan Afwan, sebentar lagi pasti azan Asar bakal berkumandang. Tetapi mereka sedang berada di dalam hutan, sudah pasti azan tersebut tidak akan kedengaran. Afwan melepaskan nafas keluhan.
"Dalam kiraan 10, saya nak semua masuk dalam barisan kumpulan masing-masing!" tempik Abang Samad tiba-tiba sehingga menyebabkan Afwan  yang sedang meminum teh panasnya tersedak. Dengan kelam-kabut, semua FSSB beratur dalam barisan mengikut kumpulan masing-masing. Afwan, Zakir dan Fikri tidak terkecuali.
Apabila semua FSSB telah berkumpul, Abang Samad memulakan taklimat aktiviti di stesen terakhir tersebut.
"Nampak kan tiang bendera di hadapan dewan utama tu?" ujar Abang Samad sambil menunjukkan jarinya ke arah tiang bendera yang dimaksudkan. Semua peserta menoleh ke belakang lalu dengan serentak mereka menjawab ya.
"Saya nak kamu bawa bola-bola ping pong yang kamu ada ke dalam baldi yang di letakkan di hadapan tiang bendera tersebut. Kamu tidak boleh menyentuh bola ping pong tersebut. Jadi bagaimana caranya kamu nak lakukan?" Abang Samad menelan liur sebelum meneruskan taklimatnnya. Mungkin untuk membasahkan tekaknya sedikit.
"Gunakan kerjasama setiap kumpulan. Buat satu jambatan panjang menggunakan paip PVC yang dibekalkan dan biarkan bola-bola ping pong tersebut melalui paip PVC tersebut. Faham?"
"Kalau bola ping pong tu jatuh, macam mana?"tanya Afiq yang kebetulan penghulu kem kali ini.
"Kalau jatuh, ulang dari mula! Ingat! Kamu tidak boleh menyentuh bola ping pong tersebut. Kamu juga tidak boleh melepaskan paip pvc itu. Setiap orang wajib memegang paip PVC. Kalau ada sesiapa yang melanggar peraturan, semua akan di denda. Penghulu dan Ketua-Ketua Kumpulan datang depan." Afiq selaku Penghulu dan Hairul selaku Ketua Kumpulan 8 tampil ke hadapan bersama ketua-ketua kumpulan yang lain.
"Kamu dilarang bersuara. Setiap arahan hanya akan dikeluarkan oleh Penghulu dan Ketua Kumpulan". Pada hemat Afwan, aktiviti kali ini tidak jauh berbeza dengan aktiviti kem FSSB yang lepas. Hanya instrumen untuk memindahkan bola ping pong sahaja yang berubah. Jika dahulu, mereka menggunakan 3 batang straw dan 2 batang lidi, tapi kini mereka hanya menggunakan sebatang paip PVC yang sebesar lengan Afwan. Namun, konsep permainan masih sama. Keadaan kali ini pasti lebih sukar kerana mereka akan bersesak-sesak menyentuh paip tersebut. Nampaknya, ikhtilat semakin sukar dijaga dalam edisi kali ini.
Afwan mula merasakan aktiviti ini membosankan apabila bola ping pong acap kali terjatuh, dan acap kali itu juga mereka diarahkan untuk baring di atas tanah dalam lebih kurang 10-20 saat. Aktiviti ini pada dasarnya seronok, tetapi mungkin disebabkan oleh pengulangan konsep dan juga kulit muka yang terasa perih akibat calitan kunyit yang sudah mula mengering. Saat itu, Afwan sudah mula terlupa kegusaran hatinya kepada tindakan Fikri tengah hari tadi. Mindanya terfokus untuk mematuhi peraturan permainan tersebut dan juga menjaga batas-batasnya bersama rakan berbeza jantina. Afwan tidak kisah jika terpaksa bertindih-tindih dengan rakan lelaki tetapi masih mampu menjaga batas aurat sesama wanita. Gara-gara terlalu mematuhi peraturan, Afwan bahkan sama sekali tidak berani untuk melepaskan cengkaman tangannya dari paip PVC.
"Kamu kena bergerak pantas, kalau kamu lambat, lambat jugalah kamu makan! Penghulu macam mana kamu atur budak-budak kamu ni? Dah lebih sejam kamu buat ni. Separuh pun tak sampai" sekali lagi kedengaran suara Abang Samad memprovok Afiq. Jelas di raut wajah Afiq bait-bait tekanan akibat provokasi tersebut. Sebenarnya bukan sahaja Afiq yang merasakan hal tersebut, hampir semua peserta turut mengalami apa yang Afiq alami. Tertekan, panas, pening dan ingin menyiapkan aktiviti itu secepatnya.
Jam menunjukkan pukul 5.30 petang. Jarak titik permulaan ke tiang bendera lebih kurang 300 meter sahaja. Dalam perkiraan Afwan, mereka sudah berjaya menyiapkan separuh daripada jarak yang diperlukan. Fikri di sebelah kanannya hanya mendiamkan diri. Akur dengan peraturan aktiviti.
Afwan merasakan kulit mukanya terasa gatal akibat  cairan kunyit yang dah mula lekang di mukanya. Dengan sedaya-upaya, Afwan cuba menguis-nguiskan mukanya ke lengannya agar lekang kunyit tersebut tertanggal. Tetapi dia gagal kerana pergerakannya terbatas kerana terhalang oleh bahu Fikri yang berada di sebelah kanannya. Berkali Afwan cuba meletakkan dahinya ke lengannya sendiri, tiap kali itu juga dahinya tersentuh bahu kiri Fikri. Fikri yang menyedari hal itu segera berpaling menghadap Afwan.
"Mari aku tolong kau" ujar Fikri lalu melepaskan pegangannya di paip PVC

August 05, 2015

[CERPEN] Hati Bukan Tisu : Episode 1

SEMUA YANG TERCATAT DALAM CERPEN INI HANYALAH FIKTIF SEMATA-MATA YANG DISATUKAN DENGAN ADAPTASI PENGALAMAN, PEMBACAAN & PEMERHATIAN. SETIAP KISAH DIKARANGKAN SEMOGA MENJADI SEMPADAN UNTUK SEMUA. JIKA ANDA TIDAK SENANG HATI DENGAN KANDUNGAN CERITA INI, DIPERSILAKAN TEKAN BUTANG KELUAR. TERIMA KASIH SUDI SINGGAH. JANGAN MENILAI MEMBUTA TULI KERANA APA YANG ANDA BACA & FIKIRKAN TIDAK SEMESTINYA TEPAT.
Malam itu sekali lagi mesyuarat kesatuan diadakan. Seperti kebiasaannya Afwan hanya mampu melihat dan bersabar. Sudah beberapa malam Afwan merasakan bahawa dirinya sentiasa disisihkan dalam mesyuarat ini. Mesyuarat ini untuk gerak kerja, tetapi mengapa perlu masih ada info yang ditapis dan perlu diadakan mesyuarat susulan? Persoalan-persoalan inilah yang acap kali muncul dibenak Afwan setiap kali mesyuarat selesai. Termasuk kali ini, sudah empat kali hal yang sama berlaku.
Afwan melepaskan hembusan nafas berat. Cuaca pada malam itu seolah-olah memahami gundah di hatinya. Kelam dan tidak berbintang. Afwan mengarahkan pandangan ke arah klinik yang terletak di hadapan biliknya. Otaknya masih ligat memikirkan hal yang berlaku semenjak kebelakangan ini. Komitmen dalam kesatuan ini menyebabkan dia sanggup untuk tidak pulang ke kampung halaman kerana ingin mencurahkan tenaga demi gedung ilmu yang dicintainya. Namun, situasi yang berlaku saat ini menyebabkan dia hendak berputus asa dan menarik diri. Kalau bukan kerana Pak Rahim, sudah lama dia angkat kaki. Pak Rahim masih menunjukkan rasa percaya kepada Afwan tentang kesetiaan Afwan kepada kesatuan ini. Pak Rahim jugalah yang banyak memberinya kata semangat agar tidak terlalu berjauh hati. Dengan berbekalkan nasihat Pak Rahimlah Afwan tetap teguh melaksanakan tanggungjawab.
Esok hari Afwan akan mewakili universitinya dalam perkampungan kebangsaan kesatuan ini. Perkampungan inilah yang membulatkan tekad Afwan untuk meninggalkan kesatuan ini. Walaupun beribu nasihat Pak Rahim curahkan, namun Afwan tetap enggan mempedulikannya. Hatinya tekad untuk undur diri. Bait-bait kata Tuan Penceramah yang menyebabkan Afwan menjadi segan untuk terus berada dalam barisan kesatuan ini..
" Masalahnya apabila ada orang dalam yang kita syak sebagai agen rahsia.. hal ini akan menyebabkan gerak kerja kita terganggu. Bahkan boleh melemahkan. Jadi pilih pasukan kamu dengan berhati-hati"
Sentap. Hanya itu yang mampu Afwan ungkapkan untuk menggambarkan keadaan hatinya saat itu. Usai sesi ceramah itu, Afwan lantas mengambil keputusan untuk keluar dari semua kumpulan alam maya yang mengaitkannya dengan kesatuan tersebut. Bukan kerana benci atau marah, tetapi Afwan memikirkan kebaikan kesatuan agar gerak kerja dapat dilaksanakan dengan lancar. Berat hati? Sayang? Perkara seperti ini memang tidak lekang di hati Afwan. Cuma kerana tidak sanggup bertahan dalam arena perang persepsi ini Afwan memilih untuk tarik diri.
"Hoi! Fikir apa termenung jauh ni?" Zakir mengejutkannya. Habis bersepah semua lamunan hati Afwan tentang peristiwa dua minggu yang lalu. Afwan hanya mampu melemparkan senyuman kelat sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan sahabatnya itu. Zakir. Sahabat yang banyak mendampinginya sejak kali pertama menjejakkan kaki ke universiti ini. Zakir menjadi tempat untuk berkongsi semua kegundahan hati termasuk masalah cinta yang menimpa. Zakir juga melakukan hal yang sama. Mereka saling melengkapi antara satu dengan yang lain. Wang bukanlah satu masalah dalam persahabatan mereka. Jika hari ini Afwan ketiadaan wang untuk mengalas perut, Zakir pasti akan menghulurkan wang untuk Afwan. Begitu juga sebaliknya. Sahabat sampai Syurga saat ini bagi Afwan adalah Zakir. Walaupun begitu, Zakir masih belum mampu untuk membantu Afwan untuk bangkit kembali daripada kekelaman akibat kesatuan yang disertainya sebelum ini. Zakir sebenarnya tidak mahu terlibat dalam kesatuan yang Afwan sertai. Tambahan pula, Zakir lebih selesa untuk hidup dengan cara sendiri tanpa terikat dengan sebarang komitmen. Dalam masalah yang satu ini, Zakir hanya mampu melihat tanpa memberi sebarang kata semangat untuk Afwan. Bagi Zakir, apa yang berlaku sekarang adalah pengalaman bagi Afwan. Afwan sendiri yang memilih jalan yang dilaluinya, jadi biarlah dia melaluinya sendiri sambil mengenal erti hidup. Afwan sendiri tidak mahu berkongsi bebanan minda yang dihadapinya dengan Zakir kerana Afwan sedar bahawa Zakir tidak berminat dalam hal-hal seperti ini. Akhirnya, Afwan memendamnya seorang diri.
"Lama dah sampai?" tanya Zakir lagi.
" Setengah jam jugalah" balas Afwan selamba.
"Kenapa kau tak naik bas lagi?" Zakir bertanya lagi.
"Aku tunggu kau lah. Dah kau minta aku tunggu, aku tunggu je lah"
"Hahaha. Dah jom naik. Harapnya masih ada tempat kosong di bahagian belakang. Aku malas duduk di bahagian depan"
Hari ini 20 Ogos. Mereka berdua terpilih menjadi Fasilitator Sambutan Siswa Baharu (FSSB) dan terpaksa menghadiri kursus latihan selama seminggu di Pulau Kapas, Terengganu. Tahun ini merupakan tahun kedua Afwan berkhidmat sebagai FSSB sedangkan Zakir baru kali pertama menikmati pengalaman ini. Tetapi, tahun ini menjanjikan satu pengalaman yang berbeza bagi Afwan. Satu pengalaman yang sukar diungkap bahkan oleh hati Afwan sendiri.
Selepas lebih kurang setengah jam lagi menunggu, semua FSSB telah mengambil tempat dalam 3 biji bas yang disediakan. Pelahan-lahan bas-bas tersebut meninggalkan perkarangan universiti lalu kemudiaannya memecut sehingga ke Terengganu. Sepanjang perjalanan, Afwan makin kerap memikirkan apa yang berlaku dalam hidupnya dua tahun kebelakangan ini. Kadang-kadang Afwan sendiri terfikir bahawa dia banyak mensia-siakan hidupnya dengan terlibat dengan komitmen bercabang-cabang sehingga tidak ada waktu untuk bersuka ria. Bahkan Afwan sempat terfikir bahawa dirinya adalah salah seorang budak 'nerd' dalam universiti. Nafas berat dihembuskan lagi untuk kesekian kalinya.
Afwan memalingkan kepalanya ke arah Zakir yang sedang terlena di sebelah kirinya. 'Untunglah nyenyak tidur' Getus hati Afwan. Bukannya hanya Zakir seorang diri yang tidur. 2/3 penumpang bas tersebut sudah lena dibuai mimpi.  Hanya beberapa orang sahaja masih berjaga sepertinya. Perjalanan dari universiti ke Terengganu mengambil masa lebih kurang 6 jam. Memang sesuai untuk melelapkan mata. Ketika itu, matahari sudah mula terpacak di perut langit. Afwan mengeluarkan set mp3 walkmen lalu memasangkan earphone pada telinganya. Beberapa saat kemudian, lagu Let Her Go dendangan kumpulan Passanger diputarkan memenuhi segenap deria pendengaran Afwan. Jari-jarinya rancak bermain di atas skrin telefonnya. Satu persatu gambar rakan-rakannya di laman media sosial Instagram dibelek. Kadang-kadang Afwan hanya memandangnya sepintas lalu kemudian beralih ke gambar yang lain. Tiba-tiba, gerakan jarinya terhenti apabila gambar selfie seorang budak lelaki yang berpakaian baju FSSB. @Fikri.AH7. Dengan rambut perang dipacakkan dan mulut dibuka luas. Afwan segera melihat profail akaun tersebut. Sebenarnya akaun ini sudah hampir sebulan menjadi rakan Instagram Afwan. Selama sebulan itu jugalah hampir setiap hari Afwan melihat gambar terbaru dimuat naik oleh akaun tersebut. Melihat koleksi gambar budak tersebut, terbit rasa cemburu di hati Afwan. Setiap gambar yang ditunjukkan jelas menggambarkan kebahagiaan di raut wajah budak tersebut. 'Happy Go Lucky juga budak ni' hanya itu yang mampu digetuskan oleh hati Afwan. Selang beberapa lama, Afwan menutup telefon lalu memejamkan mata. Akhirnya Afwan menyertai mereka yang sudah hampir sejam diulit mimpi.
_____________________________________________________________________________
Hari pertama kursus latihan. Lazimnya kursus-kursus seperti ini, setiap peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Afwan dan Zakir duduk dikumpulan yang berbeza. Sedang pegawai rancak membahagi-bahagikan kumpulan, Afwan hanya duduk sambil memeluk lutut. Suasana meriah dalam kursus itu langsung tidak berjaya menarik minatnya untuk terlibat aktif dalam aktiviti. Dalam minda Afwan sekarang hanya kosong. Kosong sekosong-kosongnya. Mungkin otaknya sendiri sudah penat memikirkan masalah yang dihadapinya. Menghadirkan diri ke kursus ini juga bukanlah dengan kerelaan Afwan melainkan hanya menemani Zakir sahabatnya.
Kini mereke sudah ditempatkan dalam kumpulan masing-masing. Sejak awal aktiviti lagi, Afwan hanya bertindak sebagai pemerhati pasif lalu melantunkan monolog di mindanya sendiri. Masih terdapat beberapa orang FSSB lama seperti dirinya. Pelajar-pelajar FSSB baru juga tidak kurang yang memang dikenalinya. Mata Afwan diarahkan tepat ke arah pentas. Di situ kelihatan Pak Rahim yang turut memandangnya. Seperti kebiasaannya, Pak Rahim akan membawa I-Padnya ke mana-mana sahaja. Bosan memerhatikan sekeliling, mata Afwan kembali diarahkan ke arah bulatan kumpulannya. Ada 13 orang kesemuanya. Masing-masing tunduk menghadap telefon di tangan. Antara FSSB lama yang sekumpulan dengannya adalah Safiq, Hairul dan Bella. Selebihnya Afwan langsung tidak mengenali mereka dan dia tidak berminat untuk berkenalan dengan mereka.
"Mana Kumpulan 8?" tanya Kak Fatimah, fasilitator yang mengelolakan pembahagian kumpulan itu. Afwan dan  ahli kumpulannya hampir sama-sama angkat tangan.
"Ambil ni seorang lagi ahli kumpulan kamu. Fikri." ujar Kak Fatimah lagi. Afwan langsung tidak mempedulikan gerangan yang sedang berjalan menuju ke arah bulatan kumpulannya. Dia lantas bangkit mengorak langkah ke tandas.
Tiba di tandas, Afwan segera mengeluarkan sebatang rokok lalu menghisapnya. Pelahan-lahan asap memenuhi kubik tandas. Afwan hanya mengibas-ngibas asap rokok yang memenuhi ruang mukanya. Asap dihembuskan lagi. Fikiran Afwan ketika ini hanya mengira detik untuk memulakan tugas sebagai FSSB.  Dia bosan dengan kursus ini kerana dia yakin modul latihan yang diberikan masih sama dengan tahun lepas. Pengulangan itulah yang membosankan Afwan. Lebih kurang 10 minit Afwan menghabiskan masa dalam kubik tersebut sebelum mematikan puntung rokok yang tersisa lalu mengunyah permen karet untuk menghilangkan bau rokok yang tersisa. Kemudian, Afwan mengatur langkah memasuki dewan semula untuk menyertai kumpulannya.
Semua peserta sedang berdiri dalam bulatan masing-masing. Afwan mengambil tempat di sebelah kanan Hairul. Sehingga saat ini, Afwan masih lagi belum memulakan sebarang perbualan dengan rakan sekumpulannya. Malah Afwan bercadang hendak menyambung kerja tak berbayarnya iaitu memerhatikan setiap tingkah orang di sekelilingnya. Keadaan dewan masih sama seperti tadi. Setiap kumpulan bising dengan suara-suara peserta berbual antara satu dengan yang lain. Kedengaran seperti bunyi dengungan lebah yang menggitari suasana. Jelajah mata Afwan terhenti pada susuk lelaki berbaju t-shirt hitam dan berseluar jeans berwarna kelabu asap yang betul-betul berdiri di hadapannya dan dalam bulatan kumpulannya sendiri. Susuk tubuhnya agak kurus dan dia seperti Afwan yang hanya memerhatikan sekeliling.  Kulit budak itu putih dan rambutnya yang agak serabai berwarna perang. 'Fikri.AH7?' getus hati Afwan. Budak inilah yang hari-hari menghiasi dinding Instagramnya dengan raut wajahnya yang ceria. Tapi, mengapa budak ni nampak muram? Tidak ada segarit senyuman terukir pada raut wajahnya.
'Betul ke budak ni Fikri.AH7? Rambut sama dah.' Afwan masih mengarahkan matanya ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu kelihatan tidak selesa. Mungkin kerana dia menyedari tingkah lakunya diperhatikan.
'Betul la kot. Alaaa..manusia memang akan sampai waktunya tak ceria.'bisik hati Afwan lagi. Matanya masih dihalakan ke arah lelaki tersebut. Tiba-tiba, lelaki tersebut menoleh ke arah Afwan. Dia membalas tenungan Afwan. Pandangan mereka bertaut. Menyedari keadaan itu, Afwan menjadi kalut seketika, namun dia berjaya menyembunyikan reaksi tersebut dengan cara berjalan terus ke arah lelaki itu.
"Fikri.AH7?" tanya Afwan sebaik sahaja Afwan menghampirinya.
"Ya" balas lelaki itu ringkas. 'Betullah dia'. Afwan kembali ke tempatnya dan membiarkan lelaki itu tertanya-tanya dengan tindakan janggalnya sebentar tadi. Selepas memastikan identiti lelaki yang berada di hadapannya, Afwan bercadang kembali menyambung tugas tidak berbayar yang tergendala tadi. Tetapi, kali ini dia merasakan bahawa budak tadi iaitu Fikri asyik memerhatikannya. Pandangan Fikri menjadikannya serba salah dan agak kekok sebenarnya. Jadi untuk menghilangkan kejanggalan yang mula menggitari tubuhnya, Afwan mula memecahkan keheningan kumpulannya yang sejak tadi membatu. Sekurang-kurangnya dapatlah juga Afwan melupakan seketika masalah di mindanya dengan berinteraksi sesama ahli kumpulannya.
Aktiviti pagi itu berlanjutan sehingga ke tengah hari. Bermula daripada modul ice breaking sehinggalah pembentukan jati diri kumpulan, semuanya masih sama dengan tahun lalu seperti yang Afwan dijangkakan. Bosan.
Hari-hari yang dilalui sepanjang kursus tersebut tidaklah sebosan yang disangkakan oleh Afwan. Tambahan pula dia sekumpulan dengan Fikri yang sebelum ini hanya dikenalinya melalui laman Instagram sahaja. Betullah apa yang dijangkakan oleh Afwan selama ini. Fikri memang seorang pelajar yang 'happy go lucky'. Ulah Fikri banyak menghiburkan hati Afwan. Hampir tiap-tiap malam mereka berborak di kaki lima bilik setiap kali habis modul aktiviti malam bersama-sama beberapa orang FSSB yang lain. Afwan menggelarkannya sebagai Mesyuarat Menghalau Nyamuk. Mana taknya, kebanyakan yang turut serta melepak di kaki lima sehingga jauh malam adalah perokok-perokok. Antara mereka yang sering menghadiri 'mesyuarat' itu selain Afwan dan Fikri adalah Ikhwan, Alang, Adril dan Afiq. Apabila diimbas kembali, Afwan sendiri tidak ingat apa inti perbualan mereka sehingga bergelak ketawa walaupun dah jauh malam. Tiga hari berlalu, perkara yang sama mereka lakukan. Pernah Afwan cuba mengajak Zakir untuk menyertai mereka, tetapi Zakir menolak. Afwan faham bahawa Zakir memang tidak suka sangat berbual-bual kosong sehingga jauh malam ini. Gaya hidupnya lebih sopan berbanding Afwan. Rutin yang mereka lakukan ini Afwan anggap sebagai 'Membina Ukhuwah'.
Hari keempat kursus. Afwan duduk di tangga surau sambil menongmat dagu pada lututnya. Sebelum melaksanakan Solat Zohor sebentar tadi, berlaku satu peristiwa yang meninggalkan tanda tanya kepada Afwan. Tentang kawan barunya Fikri.
Mereka baru sahaja selesai makan tengah hari di dewan makan kem. Kali ini kumpulan mereka menjadi kumpulan pertama yang dilepaskan ke dewan makan kem. Jadi, tidak hairanlah mengapa mereka menjadi peserta yang paling awal selesai makan. Afwan dan Fikri mengatur langkah ke dorm penginapan. Sepanjang perjalanan, perlahan-lahan Afwan membuka rahsia hidupnya tentang kesatuan yang disertainya sebelum ini. Afwan masih ingat lagi, pernah sekali nama Fikri diutara dalam mesyuarat kesatuan. Dikatakan kononnya Fikri ini tidak sesuai dijadikan ketua kerana baran dan kemampuan Fikri untuk membuat keputusan. Ketika itu Afwan belum menge ali siapa Fikri maka dia tidak mengambil peduli tentang itu. Namun, selepas mengenali Fikri, barulah Afwan tahu bahawa Fikri sebenarnya ingin terlibat aktif dalam kesatuan ini, cuma dia masih belum diberi kepercayaan menjadi antara pembuat keputusan dalam kesatuan tersebut. Berbeza dengan Afwan, Afwan sebelum ini antara pembuat keputusan dalam kesatuan tersebut, tetapi entah badai dari mana datangnya tetiba meniupkan taufan kononnya Afwan ini adalah agen rahsia sehingga menyebabkan Afwan perlahan-lahan disingkirkan. Atas rasional inilah Afwan beranggapan bahawa nasib Fikri dengannya tidak jauh berbeza dalam kesatuan. Persamaan inilah yang menyebabkan Afwan mudah berkongsi masalahnya dengan Fikri.
"Tak mengapalah Wan. Kita tolong dari bawah je lah." ujar Fikri untuk menenangkan Afwan. Bahu Afwan ditepuk-tepuk olehnya.
"Kau masuk dululah Fikri. Aku nak pergi tandas." Afwan memberitahu. Usai dari tandas, iaitu ketika Afwan hendak ke katilnya untuk merehatkan diri, Fikri memanggilnya.
"Wan. Wan. Mari sini sebentar? Tengok ni." panggil Fikri sambil tangannya menunjuk ke arah papan lapis katil di atasnya.
"Apa dia?"
"Marilah." Afwan membatalkan niatnya untuk melepaskan lenguh di atas katilnya sendiri kemudian memilih untuk merebahkan diri di tepi Fikri yang sedang baring di atas katilnya sendiri.
"Tengok ni. Cuba teka benda apa ni?" tanya Fikri.
"Bodohlah kau Fikri" Afwan tergelak melihat lukisan yang ditunjukkan oleh Fikri.
"Bukan aku yang lukislah. Hari pertama aku dapat katil ni, lukisan ni memanh ada." nafi Fikri.
"Boleh percaya ke kau ni?"
"Betullah. Aku rasa budak PLKN yang lukis. Ni mesti kes gian nak tengok porno ni. Sebab tu dia lukis macam ni." teka Fikri.
"Hahaha. Pandailah kau. Tapi mungkin betullah. Sebab 3 bulan kot mereka tak dapat internet."
"Tu lah maksud aku. Mesti tiap-tiap malam dia asyik layan lukisan ni je kan. Hahaha."
"Kau dulu macam ni la kan? Kau dulukan PLKN!" Afwan sebenarnya dah mula berasa kurang selesa dengan tindakan Fikri apabila Fikri meletakkan tangan kirinya di atas dadanya. Sambil badannya diiringkan ke arah Afwan. Lebih-lebih lagi ketika itu hanya mereka berdua berada di dalam dorm tersebut kerana peserta lelaki yang lain masih makan. Afwan mula mengatur strategi sekiranya Fikri melampaui batas-batas sebagai muslim. Afwan mula berfikir yang bukan-bukan tentang Fikri. Budak baru dikenali selama empat hari. Tiba-tiba Afwan terfikir, 'Mungkin benda ni normal kot bagi dia. Tiada apa-apalah. Jangan risau dia masih waras. Kau je yang tak biasa gurau benda-benda macam ni.' Gumam hati Afwan sendiri. Afwan akui bahawa dia sememangnya tidak biasa dengan gurauan-gurauan atau perbualan berbaur lucah seperti ini. Afwan juga sebenarnya lebih memilih untuk diam jika kawan-kawan lelaki sekelas mula bercerita tentang benda-benda seperti ini. Bukan mahu menunjukkan diri Afwan baik, tetapi sikap itu sudah menjadi darah daging Afwan. Sejak kecil lagi dia memang tidak terdedah dengan gurauan dan perbualan seperti itu. Rakan-rakannyabdulu kebanyakkan mereka yang sering kali dilabel sebagai pelajar 'skema' atau 'nerd' termasuk diri Afwan sendiri. Tambahan pula, hidup di universiti Afwan sibuk meluangkan masa menguruskan kerja-kerja persatuan dan belajar. Pendek kata, Afwan memang tidak selesa dengan tindakan Fikri sekarang. Bagi Afwan, hal ini masih dalam proses asimilasi dalam dirinya.
"Aku dulu tak de lah sampai macam ni." jawab Fikri. Kedudukan Fikri saat itu sangat rapat dengan Afwan sehingga Afwan dapat merasakan setiap hembusan nafas Fikri di cuping telinga. Perlahan-lahan Fikri menaikkan kaki kirinya menindih kaki Afwan. 'Masalah budak ni!' Getus hati Afwan.
"Mesti kau lagi teruk kan?" provok Afwan sambil berharap agar Fikri segera menghentikan perbuatannya yang kelihatan kurang sopan di mata Afwan. Meskipun mungkin bagi Fikri tindakannya itu hanya satu gurauan, tetapi Afwan tetap tidak selesa dengan situasi sekarang. Terbayang di mindanya azab api neraka jika keadaan ini meruncing. Nabi tidak mengaku ummat! Peliknya Afwan langsung tidak bertindak untuk menolak kaki Fikri. Mungkin kerana dia hendak mengelakkan hati kawan barunya itu tersinggung. Agak bodoh juga apabila difikirkan kembali. Afwan hanya berdoa kepada Allah agar dilindungi imannya. Mungkin Fikri sekarang termakan hasutan Syaitan.
Dari luar kedengaran suara gelak ketawa peserta-peserta yang lain menandakan mereka sudah selesai menjamu selera. Fikri dengan pantas menarik kakinya. Sepantas itu juga Afwan bingkas bangun sehingga kepalanya terhantuk katil di atas.
"Hoi apa kamu buat ni hah?!" sergah Ikhwan bergurau.
"Maksiat!" jawab Fikri selamba. 'Gila ke budak ni! Tau pun kau maksiat.'marah hati Afwan.
"Kau okey ke Wan?" tanya Ikhwan.
"Gila bapak! Kuat bunyi kepala kau terhantuk tadi. Tak bocor ke?" ujar Fikri pula. 'Eh, eh! Budak ni. Aku terhantuk sebab nak lari daripada kau lah'
"Alaaaa.. sikit je. Aku anak jantanlah. Setakat terhantuk macam tu tak de hal lah" ujar Afwan sambil mengusap-usap benjol di kepalanya. Nasib baik rambutnya yang lebat menyembunyikan benjolan tersebut.
"Laaa ye ke? Kau nak lagi??" kali ini Ikhwan pula yang menyakat. Mereka bertiga tergelak.
"Dah lah. Jom solat Zohor."
"Aku dah solat dah tadi." balas Ikhwan.
"Jom Fikri." Afwan mengalihkan pandangan ke arah Fikri.
"Pergi dulu Wan. Nanti aku buat Jamak Takhir."
Afwan melepaskan nafas panjang. Kejadian sebentar tadi menghantui fikirannya. 'Bahaya jika diteruskan kawan dengan budak ni. Kena selamatkan iman sendiri kalau macam ni.'
"Wan. Jom pergi dewan." panggil Fikri. Ikhwan dan Adril turut bersama dengannya. 'Aku baru je tak nak kawan budak ni. Dah muncul pula.' Tetapi memandangkan dia bersama Ikhwan dan Adril, Afwan setuju akhirnya. Kalau ditolak pelawaan tadi kelak dia habis ditertawakan sebagai Hati Tisu merajuk seperti perempuan! Afwan memakai sandal hijaunya lalu menyertai mereka menuju ke Dewan Aktiviti.
Aktiviti pada petang ini jauh daripada sangkaan Afwan. Pada mula Afwan mengira mereka akan diarahkan ke bandar berdekatan untuk mencari wang sebagai Modul Survival. Sebenarnya, aktviti seperti itu yang Afwan harapkan kerana dia berpeluang untuk keluar dari kawasan kem yang sangat membosankan bagi Afwan. Malangnya, petang itu mereka diminta untuk menjalankan aktiviti membina kerjasama berkumpulan.
Secara kasarnya, aktiviti petang itu lebih kurang macam memburu harta karun. Mereka perlu mencari klu yang berkaitan kenegaraan dan terpaksa melaksanakan setiap tugasan di setiap stesen. Tugasan-tugasan inilah yang memberi pengalaman bermakna bagi Afwan. Bermula daripada apabila dia dipaksa untuk makan petai mentah, kulit muka dicalit kunyit tepung sehinggalah tugasan memindahkan bola pingpong dengan menggunakan paip pvc.
"Kau tak pernah makan petai ke Wan? tanya Fikri. Afwan hanya mengangguk sambil mengunyah petai. Jelas kelihatan di dahinya kerutan kelat.
"Sedaplah. Lebih-lebih lagi kalau dibuat sambal petai." ujar Fikri lagi sambil mengunyah petai dengan penuh berselera.
***bersambung...

August 01, 2015

Diari di Persimpangan Neraka

Saat ini..
Tatkala diri terasa betul2 diuji.
Acap kali teringat.
"Ini semua perancangan Allah agar hati sentiasa terbebat dengan Nya"

Mana taknya.
Siang malam doa dilantunkan agar sentiasa dijaga dan dilindungi iman.
Agar selalu menjadi hamba yang tawadduk dan soleh.
Malangnya, dalam hati masih ada ruang yang diperuntukkan untuk Syaitan bermukim.
Dek kerana itu diri tidak pernah sepi melakukan dosa.
Apatah lagi apabila menyedari diri sendiri dalam lingkungan sepi.

Siang malam risau menjadi ahli neraka.
Tapi hari hari yang diberi menjadi pentas mempersembahkan dosa untuk dicatat kemas oleh malaikat kiri.
Biar yang kanan menangis melihat kemungkaran yang dilakukan dibalik tabir.

Allah itu Maha Melihat.
Bahkan tidak ada satu perkara yang tersembunyi daripada Nya.
Jahil itu bukan diri. Cuma mungkin lebih selesa menjadi munafik yang bertunjangkan topeng kebaikan hatta hati kian membusuk.

Memanglah wajar mengakui kesilapan sendiri.
Kerana menyedari bertapa fananya diri menjadi manusia.
Namun tidak wajar dijadikan alasan untuk terus melakukan dosa tanpa henti.
"Tidak mengapa, pinta taubat sentiasa dibuka. Selepas ini kita bertaubat."
Apalah ertinya keinsafan itu jika hanya bersifat sementara.

Ibadah dan Allah.
Jangan dijadikan kewajipan kedua.
Selalu menjadikannya perkara kedua selepas kehendak hati.
Sedangkan pada hati ada mukim Syaitan yang kian meluaskan jajahan.

Alhamdulillah, entri ini dikarang dengan keinsafan.
Tapi persoalannya, mengapa masih tega mencuekin hidayah yang Allah beri?
Untung Allah masih belum cuek dengan sikap kamu yang sering mencuekin Allah.

Kamu manusia yang memang tidak tau untung diri.
Kamu plastik!
Munafik dan fasik itu kamu!
Selagi kamu tidak membebat hati kamu sungguh-sungguh pada Pemberi Nyawa kamu.

June 24, 2015

Resolusi Hidup Setakat Ini (Tahun 3 di USM)

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum dan Selawat ke atas junjungan besar Rasulullah S.A.W

Terlalu lama kisah ditanam di dalam hati. Bergetus-getus rasa yang segan dikarangkan dek kerana keinginan itu sering kali direnggut hilang entah ke mana. Alhamdulillah. Tahun 3 di bumi USM hampir selesai. Menarik kali ini.. berpuasa bersama rakan-rakan sekelas yang lain. Sebelum ini memang aku antara jemaah yang akan menghadirkan diri ke perkarangan Masjid Al-Khalik USM untuk menikmati iftar percuma. Tetapi kali ini..lebih menarik kerana ditemani sahabat-sahabat seperjuangan.

Kembali kepada tajuk asal - Resolusi Hidup Setakat ini -
Tahun 3 memang tahun yang sangat menarik bagi aku.
yupp.. Terasa nikmat kematangan hidup semakin manis. \
Entah...mungkin sebab dah terlalu banyak yang dilalui sebelum ini.
Menyebabkan hati sentiasa terdetik untuk memikirkan sesuatu yang lebih penting.
"Untuk apa mengusutkan minda dengan sesuatu yang tidak penting?"

Awal semester...
Detik suram aku kira. Ketika ini pernah terdetik hati untuk berhenti atau extend dari USM ni.
Semangat untuk study ketika itu seakan-akan hilang dan tidak mampu untuk meneruskan kehidupan di USM yang penuh dengan konflik. Semuanya kerana Politik Kampus. Satu keadaan yang pernah meragut kegirangan yang pernah bercambah. Penat~~~ apabila memikirkan kembali senario politik kampus. Persaingan manusia yang merebutkan kekuasaan dunia semata-mata - sehingga ada dalam kalangan mereka meminggirkan kepentingan akhirat. Tapi malas nak menceritakan kisah ini panjang lebar, Ini antara kisah yang ingin di buang jauh dari minda.
Unjuran kisahnya... ketika kem PPSL seperti yang pernah diceritakan dalam Catatan Tentang Kelantan, seorang hamba ALLAH hadir memberi semangat agar lebih redha dan tabah menjalani hidup ini. Melupakan semua apa yang berlaku dalam politik kampus dan meneruskan hidup sebagai seorang mahasiswa yang biasa - kebetulan ketika itu populariti sudah menurun..hahahaha -
Sungguh.. ini pentingnya iman dalam seseorang.. memang dia bukanlah alim ulama yang tinggi ilmu agamanya.. tetapi Alhamdulillah..aku melihat dia masih gigih menjaga solatnya.
" Sejahat manapun kita, jangan sesekali tinggalkan solat"

Kronologi hidup dalam tahun 3 diteruskan lagi.
Kali ini berlatarkan kehidupan sebagai pelajar SASPEND batch 2012/2013 ini. Semester ini membuatkan aku lebih selesa dengan rakan-rakan sekelas. Serious talk! Semester ini aku sudah mampu bergelak ketawa dengan mereka berjemaah. Senang cerita ukhuwah sesama mereka sudah mula terkena tempias kepada aku~~~~ Tetapi, inilah aku. Seorang hamba ALLAH yang lebih suka mendiamkan diri dan kurang pandai bergaul. Diam kerana kadang-kadang aku rasa tidak ada benda penting yang perlu dicerita - kerana aku rasa tidak semua orang suka mendengar kisah hidup aku ~~~ lagipun ketika ini aku masih dalam fasa untuk mengubat hati yang lara katanya... okey ini mengarut!

Ahh sudah.. aku taip memanjang ni sedangkan aku ada exam esok pukul sembilan pagi ~~
dengan tak baca apa lagi ~~ nanti sambung kemudian ~~

Right now too much story line emerged in my head.
I wish I could write down it all.
because I love them.

May 20, 2015

Aku tak boleh tahan

I have nothing to say except I keep gaining my strength to face obstacles in my life.

Aku boleh tahan kalau orang yg aku tak suka benci dgn aku. Tapi aku tak boleh tahan kalau kawan sendiri anggap kita orang lain yang tak bererti dalam hidupnya.

Aku tak boleh tahan apabila orang yang aku cuba jaga hatinya tapi dia gagal jaga hati aku.

Aku tak boleh tahan apabila orang hanya tahu mengarah tanpa membantu.

Dan aku paling tak boleh tahan apabila orang mengagungkan kesombongan serta ketakburan hatinya. Seolah-olah dia yang terbaik di dunia ini.