BACA DULU NI sebelum baca yang lain

[AMARAN]

Kalau anda seorang yang sukar untuk terima pandangan orang lain, dilarang sama sekali membaca blog ini. Mengapa? Karya-karya dalam blog ini mungkin bagi anda bersifat provokatif, belagak poyo, suka mengada-ngada.. atau mungkin tidak matang.. Well.. saya cuma budak kecik yang baru belajar menggunakan blog. Sebelum ni hidup di atas laut yang jauh dari internet. So, Mumayyiz dalam menulis. Tapi kalau masih berkeras nak baca.. baca je lah! Tapi please baca dengan rasa cinta dan toleransi dalam diri. Sentap atau tersinggung perasaan.. tanggung sendiri. Anda telah diberi amaran tentang risiko yang mungkin anda akan hadapi. Tu laaa ketegaq sangat.


"Sila ambil dan viralkan mana-mana karya di dalam blog ini yang anda rasakan ada jugalah gunanya(walaupun banyak yang tidak berguna) tanpa perlu meminta izin daripada saya. Semuanya daripada Allah juga. Tapi menarik juga sekiranya anda dapat meninggalkan link di manakah tercampaknya karya saya yang marhaen itu - atleast boleh bantu saya popular.. ngeh ngeh ngeh... Yalah, apa salahnya mahu menjejaki kasih karya yang sudah ditulis, di samping menambah kenalan baru bukan..? Senyum sambil membuat tanda aman." : ayat Inche Gabbana..


Kita punya cerita yang tersisa di hati

Bisikan kata yang enggan dilupakan.

Mungkin sekarang masih segar.

Cuma kelak waktu mereputkan minda.

Lantas kisah ini hanya menjadi alunan kenangan yang bisu.


DISKLEMER - Semua pandangan sendiri sahaja.

Tidak matang mungkin.

Cuma ini yang berkisar di minda.

Dan aku tidak ingin melupakan.

Mungkin anda punya cerita lain. Ini cerita aku.

Maaf jika ada yang tidak senang hati.

Berombak dada membacanya.

Tapi ini cerita aku. Berkenan? Silakan baca.

Tidak? Dijemput untuk tekan butang keluar.

December 27, 2014

ISU MEMPOLITIKKAN BANJIR. ( NAJIB-GOLF-DARURAT-INSURANS)

~:: Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Maaf.. Post ini mungkin kelihatan seperti itu.. Tidak berniat untuk menyakiti hati sesiapa pun.. Cuma hati terdetik untuk menulis.. Berminat baca? Bacalah.. Tidak berminat? Abaikan.. Terdetik memberi pandangan sendiri? Silakan.. Post ini hanyalah pandangan picis seorang mahasiswa cabuk di tepi gantang..
~:: Mentaliti rakyat Malaysia - Setiap apa yang berlaku adalah politik.. semua perkara hendak
dipolitikkan.. Isu DS Najib bermain golf di Hawai. Kebanyakkan rakyat hanya melihat keadaan ketika DSN sedang berada di Hawai.. sedangkan sebelum itu DSN sudah menjalankan tanggungjawabnya berkunjung ke kawasan banjir di Pahang.. Malangnya hal ini seperti dilupakan oleh rakyat Malaysia.. Fitrah manusia. yang baik tidak dinampak mata.. tetapi buruk tetap menyinggah.. Bagi saya, DSN ke Hawai bermain golf tidak salah. Mengapa? DSN bermain golf dengan Obama bukanlah bercuti kosong semata-mata. Kesilapan sebenarnya bermula daripada media Malaysia itu sendiri.. Apabila mereka mengatakan DSN bermain golf di Hawai adalah bercuti..! Apakah media Malaysia ini sengaja mencetuskan huru-hara di Malaysia? Ataupun para wartawan Malaysia ini tidak cakna tujuan asal DSN ke Hawai..? Rasanya tujuan DSN ke Hawai dan bermain golf di sana sudah dijelaskan.. DSN ke Hawai kerana untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri Malaysia... Tanggungjawab di Malaysia diberi mandat sementara kepada TPM. Maksud di sini adalah DSN tidak meninggalkan tanggungjawab beliau begitu sahaja.. Beliau masih mengambil berat terhadap keadaan Banjir di Malaysia... Kuasa diberikan kepada TPM. Cuma hal ini tidak diviralkan di media.. Apa yang menjadi mainan media ialah ''DSN bercuti di Hawai bemain golf dengan Obama".
Perkataan 'bercuti' itu sebenarnya memberi konotasi yang negatif kepada semua pihak. Saya sendiri naik angin selepas membaca perkataan 'bercuti' yang dinaikkan oleh media Malaysia.. Agak hina bukan? Apabila pihak media sendiri sengaja mencetuskan keadaan ini. Media mana? Anda sendiri tahu siapa.. Agaknya DSN boleh saman kot pihak media yang menggembar-gemburkan kononnya beliau bercuti sedangkan hakikatnya beliau sedang melaksanakan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri. 
~:: Soal jawapan TPM berkaitan 'DSN juga manusia biasa'. Jujur bagi saya ini penyataan yang kurang bijak daripada seorang TPM. Kemungkinan yang berlaku kenapa TPM menjawab seperti ini.. mungkin kerana TPM muak dengan mereka yang suka menjulang keburukan PM dan UMNO-BN. Atau mungkin kerana TPM anggap kalau TPM maklumkan tujuan asal DSN ke Hawai dan bermain golf, beliau akan dikecam sebagai 'kipas DSN' atau 'tipu rakyat'. Boleh jadi bukan..? walau apapun.. penyataan ini kurang profesional. Mungkin selepas ini DSN sendiri kena buat sidang media sebelum keluar negara untuk maklumkan ketiadaan beliau. 
~:: Isu Darurat di Kelantan.. Umum mengetahui bahawa Kelantan bukan dibawah pentadbiran BN. Dek kerana inilah saya kira kepergian DSN ke Hawai menjadi viral dan menusuk kalbu segenap rakyat. Ramai mendesak agar DSN umumkan darurat di Kelantan sehingga ada suara-suara yang mengatakan mereka tidak kisah DSN pergi bercuti yang penting umumkan darurat.. Isu banjir 2014 ini dibandingkan dengan Banjir 2006 yang lepas.. Kononnya ketika itu kerajaan telah isytihar darurat di Johor. Perkara ini hanyalah khabar angin semata-mata. Pada Disember 2006, tidak ada sebarang
pengisytiharan darurat yang dilakukan..apa yang berlaku hanyalah pihak-pihak terlibat bertindak seolah-olah darurat berlaku dengan cara mengerahkan semua yang berwajib turun padang untuk membantu mangsa banjir di empat negeri yang terjejas. Satu kesilapan sebenarnya jika kita mengecam kerajaan tidak isytihar darurat di Kelantan hanya kerana Kelantan bukan dikuasai UMNO-BN sedangkan di Johor yang bawah UMNO-BN dulu darurat juga tidak diisytiharkan. Persoalannya mengapa isu Johor dulu kononnya darurat semakin viral sekarang? Alasan utama..sebab rakyat Malaysia lupa apa yang telah berlaku pada Disember 2006 yang lepas dan mereka dipasak-pasakkan dengan khabar angin kononnya Johor dahulu diisytiharkan darurat kerana BN menguasai Johor. Siapa yang mempolitikkan isu banjir ini sebenarnya? Rakyat Malaysia sendiri..! Agak fed-up dibuatnya.. Rakyat Malaysia memang suka sangat dengan perkataan 'darurat' ini. Isu Lahad Datu dulu.. sibuk paksa Kerajaan umumkan darurat kerana kononnya keadaan sudah parah.. Terma-terma yang sama digunakan untuk memaksa kerajaan persekutuan isytihar darurat.. Sedangkan ramai antara kita yang masih belum sedar implikasi pengisytiharan darurat. Come on lah Malaysian.. Pengisytiharan darurat tidak semudah yang disangka.. Bukan hanya skop semasa yang perlu dititikberatkan. Kalau nak kata isu insurans yang DSN umumkan menjadi penghalang kepada pengisytiharan darurat tidak wajar.. Saya setuju kerana nyawa lebih penting berbanding insurans. Tapi kesan pengisytiharan darurat itu sendiri akan memberi impak kepada ekonomi negara sendiri.. Dan mesti ada yang mendakwa.. nak jaga ekonomi negara ke atau nak jaga periuk nasi Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak? Hahahaha.. Kita gelakkan je orang macam ni... Bantuan RM500 Juta yang diumumkan DSN baru-baru ini belum tentu cukup untuk membantu semua mangsa banjir tetapi sudah cukup untuk memberi impak kepada ekonomi negara. Tidak mengapa.. Kebajikan rakyat didahulukan walaupun selepas mereka terpaksa berhempas-pulas menyelamatkan diri ketika banjir sehingga ada yang terkorban. Mati itu Pasti.. Hidup In Shaa ALLAH.. Apa yang pasti zaman DSN merupakan zaman panas bagi politik Malaysia.. Mentadbir negara itu bukan satu perkara yang mudah.. DSN menjadi PM bermaksud beliau bukanlah manusia biasa.. beliau luar biasa.. Setiap kuasa yang datang bersama tanggungjawab. Semakin besar kuasa tersebut, semakin berat jugalah tanggungjawab yang wajib dipikul.. Memegang kuasa bukan hanya ketamakan semata-mata.. Kalau rasa diri itu manusia biasa..baik berhenti memegang kuasa.. Tiada guna menggelar diri manusia biasa jika kuasa yang dipegang adalah kuasa manusia luar biasa.. Yang penting laksanakan tanggungjawab dengan telus dan jujur.. Ingatlah..banyak mata yang memerhati dan banyak hati yang dengki ingin menjatuhkan. Tidak sanggup berhadapan? Maka berundurlah.. Ingat..! Jangan terlalu memanjakan..kerana yang manja itu lebih suka memberontak berbanding mereka yang dididik untuk berusaha..
~:: Mohon maaf atas segala silap dan salah.. Jika ada yang tersinggung dan kecil hati mohon diampunkan.. Sama-sama kita beringat bahawa kita ini manusia akhir zaman.. Fasa Keempat dalam lembaran zaman Rasulullah S.A.W. memang zaman fitnah berleluasa.. Sesungguhnya fitnah itu mainan Dajjal Laknaktullah untuk menjatuhkan Islam.. Sebagai Muslim/Muslimah..kita sepatutnya bersatu dan bersedia menjadi bala tentera Imam Mahdi dan Nabi Isa A.S. Buka mata luas-luas.. Pengikut Dajjal sudah lama bersedia menyambut kedatangan Dajjal kelas..Sedangkan kita Islam masih ramai lagi leka membuat persediaan menyambut kedatangan Imam Mahdi dan Nabi Isa A.S. 
Wallahu'alam..

Awan Andai Dapatku Gapai
Disember 28 2014 | Ahad 12.05 pm