BACA DULU NI sebelum baca yang lain

[AMARAN]

Kalau anda seorang yang sukar untuk terima pandangan orang lain, dilarang sama sekali membaca blog ini. Mengapa? Karya-karya dalam blog ini mungkin bagi anda bersifat provokatif, belagak poyo, suka mengada-ngada.. atau mungkin tidak matang.. Well.. saya cuma budak kecik yang baru belajar menggunakan blog. Sebelum ni hidup di atas laut yang jauh dari internet. So, Mumayyiz dalam menulis. Tapi kalau masih berkeras nak baca.. baca je lah! Tapi please baca dengan rasa cinta dan toleransi dalam diri. Sentap atau tersinggung perasaan.. tanggung sendiri. Anda telah diberi amaran tentang risiko yang mungkin anda akan hadapi. Tu laaa ketegaq sangat.


"Sila ambil dan viralkan mana-mana karya di dalam blog ini yang anda rasakan ada jugalah gunanya(walaupun banyak yang tidak berguna) tanpa perlu meminta izin daripada saya. Semuanya daripada Allah juga. Tapi menarik juga sekiranya anda dapat meninggalkan link di manakah tercampaknya karya saya yang marhaen itu - atleast boleh bantu saya popular.. ngeh ngeh ngeh... Yalah, apa salahnya mahu menjejaki kasih karya yang sudah ditulis, di samping menambah kenalan baru bukan..? Senyum sambil membuat tanda aman." : ayat Inche Gabbana..


Kita punya cerita yang tersisa di hati

Bisikan kata yang enggan dilupakan.

Mungkin sekarang masih segar.

Cuma kelak waktu mereputkan minda.

Lantas kisah ini hanya menjadi alunan kenangan yang bisu.


DISKLEMER - Semua pandangan sendiri sahaja.

Tidak matang mungkin.

Cuma ini yang berkisar di minda.

Dan aku tidak ingin melupakan.

Mungkin anda punya cerita lain. Ini cerita aku.

Maaf jika ada yang tidak senang hati.

Berombak dada membacanya.

Tapi ini cerita aku. Berkenan? Silakan baca.

Tidak? Dijemput untuk tekan butang keluar.

February 27, 2014

Sibuk itu Anugerah

Assalamualaikum dan hye hye hye..

Rasanya sudah terlalu lama tidak menulis di blog ini. Sebenarnya penulisan kali ini untuk mengelakkan blog ini bersawang lalu mereput. Awan sayang blog ini... Mengapa? Sebab inilah blog Awan yang kali pertama bertahan sehingga mencecah tahunan umurnya... Bukannya apa... Semenjak bergelar mahasiswa tahun dua di bumi Universiti Sains Malaysia ini... kehidupan sentiasa terkejar-kejar ke sana sini. Urusan mengalahkan Yang Berhormat...!! Yang penting jangan dilupakan tugas hakiki sebagai mahasiswa iaitu belajar! Semua urusan persatuan ini tidak akan menyumbang kepada peningkatan pointer pun...! Tapi kesibukan ini bakal menjadi nilai tambah dalam kehidupan. Pengalaman.. tidak semua orang memiliki pengalaman yang sama.

Tanggungjawab yang digalas sebagai mahasiswa sememangnya satu ujian yang membentuk kemahiran insaniah dan mematangkan diri yang tidak cukup matang ini.
Sibuk dengan semua meeting dan tugas yang dipikul sebagai salah satu exco dalam persatuan tidak mampu dihitung dengan jari. Tidak dinafikan adakalanya hati terdetik untuk berhenti dan meninggalkan semua kesibukan. Cemburu melihat kawan-kawan lain yang goyang kaki dan berpeluang melakukan aktiviti kegemaran mereka. Entah bila diri ini berpeluang untuk memberi ganjaran kepada hati dan minda sendiri yang terasa semakin nyanyuk melaksanakan tanggungjawab yang digalaskan.
~:: Tapi.. apabila memikirkan ilmu dan pengalaman yang diperoleh daripada kesibukan-kesibukan ini, hati menjadi tawar melepaskan bebanan tugas yang diberikan. Kerana sebenarnya bebanan ini merupakan satu nikmat yang ALLAH berikan yang tidak dinikmati oelh semua mahasiswa (adakah termasuk sering terlewat bangun lalu terlepas kelas pagi??) Tambah-tambah lagi sekarang dah menjadi mahasiswa tahun dua a.k.a senior kepada junior-junior tahun satu.. walau masih bergelar junior kepada senior-senior tahun tiga dan tahun empat. Bersyukur apabila berpeluang berkongsi ilmu yang baru dituai setahun jagung ini dengan junior. Sekurang-kurangnya hati puas melaksanakan tanggungjawab.

Konflik? itu hanyalah satu corak sumbang yang hadir dalam perjalanan hidup ini. Tanpa konflik tidak akan meriah pembelajaran mengenal diri sendiri ini. Tanpa konflik kita tidak akan tahu perkara mana yang patut dielakkan. Sekurang-kurangnya dengan berkonflik... dapatlah kita melepaskan diri daripada kesibukan. Konflik itu dijadikan alasan untuk berhenti? Adakah seperti melarikan diri daripada perperangan? Bukan!! Konflik sebenarnya akan membantu kita untuk mendekatkan diri dengan Sang Pencipta.. Dengan konflik hati akan jadi galau dan sedar akan kecetekan kuasa dan daya yang dimiliki. Hanya ALLAH yang mampu menangani sebesar manapun konflik di dunia ini. Apa tidaknya... hamba yang diciptakan untuk melaksanakan ibadah-Nya menjadi ingkar. Manusia yang diciptakan agar menjaga kesucian agama-Nya.. malahan tangan-tangan manusia itu juga yang menghancurkan. Bumi yang dahulunya diciptakan dengan cukup indah (SubhanALLAH) tetapi kini dihancurkan dan dihodohkan oleh mereka. Ibarat harapkan pagar..pagar makan padi... Jadi... konflik itu sebenarnya memiliki kebaikan yang perlu diperhalusi. Jangan menganggap konflik itu satu halangan yang bakal menghancurkan setiap usaha yang dilakukan. Anggaplah konflik itu sebagai satu amaran agar kita tidak menjauhkan diri daripada ALLAH.. Status hamba.. kenalah tahu diri..sedar sejauhmana darjat kita yang sepatutnya sebagai peminjam bumi di dunia ini. Insaf dengan status hamba yang sebagai peminjam nyawa dan oksigen untuk meneruskan hidup di dunia pinjaman ini.
 Wallahu Alam...
~:: Alhamdulillah Terima Kasih Ya Allah.
#CekguAwan #eseiPendek #Thanx_sudi_baca