BACA DULU NI sebelum baca yang lain

[AMARAN]

Kalau anda seorang yang sukar untuk terima pandangan orang lain, dilarang sama sekali membaca blog ini. Mengapa? Karya-karya dalam blog ini mungkin bagi anda bersifat provokatif, belagak poyo, suka mengada-ngada.. atau mungkin tidak matang.. Well.. saya cuma budak kecik yang baru belajar menggunakan blog. Sebelum ni hidup di atas laut yang jauh dari internet. So, Mumayyiz dalam menulis. Tapi kalau masih berkeras nak baca.. baca je lah! Tapi please baca dengan rasa cinta dan toleransi dalam diri. Sentap atau tersinggung perasaan.. tanggung sendiri. Anda telah diberi amaran tentang risiko yang mungkin anda akan hadapi. Tu laaa ketegaq sangat.


"Sila ambil dan viralkan mana-mana karya di dalam blog ini yang anda rasakan ada jugalah gunanya(walaupun banyak yang tidak berguna) tanpa perlu meminta izin daripada saya. Semuanya daripada Allah juga. Tapi menarik juga sekiranya anda dapat meninggalkan link di manakah tercampaknya karya saya yang marhaen itu - atleast boleh bantu saya popular.. ngeh ngeh ngeh... Yalah, apa salahnya mahu menjejaki kasih karya yang sudah ditulis, di samping menambah kenalan baru bukan..? Senyum sambil membuat tanda aman." : ayat Inche Gabbana..


Kita punya cerita yang tersisa di hati

Bisikan kata yang enggan dilupakan.

Mungkin sekarang masih segar.

Cuma kelak waktu mereputkan minda.

Lantas kisah ini hanya menjadi alunan kenangan yang bisu.


DISKLEMER - Semua pandangan sendiri sahaja.

Tidak matang mungkin.

Cuma ini yang berkisar di minda.

Dan aku tidak ingin melupakan.

Mungkin anda punya cerita lain. Ini cerita aku.

Maaf jika ada yang tidak senang hati.

Berombak dada membacanya.

Tapi ini cerita aku. Berkenan? Silakan baca.

Tidak? Dijemput untuk tekan butang keluar.

December 27, 2014

ISU MEMPOLITIKKAN BANJIR. ( NAJIB-GOLF-DARURAT-INSURANS)

~:: Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Maaf.. Post ini mungkin kelihatan seperti itu.. Tidak berniat untuk menyakiti hati sesiapa pun.. Cuma hati terdetik untuk menulis.. Berminat baca? Bacalah.. Tidak berminat? Abaikan.. Terdetik memberi pandangan sendiri? Silakan.. Post ini hanyalah pandangan picis seorang mahasiswa cabuk di tepi gantang..
~:: Mentaliti rakyat Malaysia - Setiap apa yang berlaku adalah politik.. semua perkara hendak
dipolitikkan.. Isu DS Najib bermain golf di Hawai. Kebanyakkan rakyat hanya melihat keadaan ketika DSN sedang berada di Hawai.. sedangkan sebelum itu DSN sudah menjalankan tanggungjawabnya berkunjung ke kawasan banjir di Pahang.. Malangnya hal ini seperti dilupakan oleh rakyat Malaysia.. Fitrah manusia. yang baik tidak dinampak mata.. tetapi buruk tetap menyinggah.. Bagi saya, DSN ke Hawai bermain golf tidak salah. Mengapa? DSN bermain golf dengan Obama bukanlah bercuti kosong semata-mata. Kesilapan sebenarnya bermula daripada media Malaysia itu sendiri.. Apabila mereka mengatakan DSN bermain golf di Hawai adalah bercuti..! Apakah media Malaysia ini sengaja mencetuskan huru-hara di Malaysia? Ataupun para wartawan Malaysia ini tidak cakna tujuan asal DSN ke Hawai..? Rasanya tujuan DSN ke Hawai dan bermain golf di sana sudah dijelaskan.. DSN ke Hawai kerana untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri Malaysia... Tanggungjawab di Malaysia diberi mandat sementara kepada TPM. Maksud di sini adalah DSN tidak meninggalkan tanggungjawab beliau begitu sahaja.. Beliau masih mengambil berat terhadap keadaan Banjir di Malaysia... Kuasa diberikan kepada TPM. Cuma hal ini tidak diviralkan di media.. Apa yang menjadi mainan media ialah ''DSN bercuti di Hawai bemain golf dengan Obama".
Perkataan 'bercuti' itu sebenarnya memberi konotasi yang negatif kepada semua pihak. Saya sendiri naik angin selepas membaca perkataan 'bercuti' yang dinaikkan oleh media Malaysia.. Agak hina bukan? Apabila pihak media sendiri sengaja mencetuskan keadaan ini. Media mana? Anda sendiri tahu siapa.. Agaknya DSN boleh saman kot pihak media yang menggembar-gemburkan kononnya beliau bercuti sedangkan hakikatnya beliau sedang melaksanakan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri. 
~:: Soal jawapan TPM berkaitan 'DSN juga manusia biasa'. Jujur bagi saya ini penyataan yang kurang bijak daripada seorang TPM. Kemungkinan yang berlaku kenapa TPM menjawab seperti ini.. mungkin kerana TPM muak dengan mereka yang suka menjulang keburukan PM dan UMNO-BN. Atau mungkin kerana TPM anggap kalau TPM maklumkan tujuan asal DSN ke Hawai dan bermain golf, beliau akan dikecam sebagai 'kipas DSN' atau 'tipu rakyat'. Boleh jadi bukan..? walau apapun.. penyataan ini kurang profesional. Mungkin selepas ini DSN sendiri kena buat sidang media sebelum keluar negara untuk maklumkan ketiadaan beliau. 
~:: Isu Darurat di Kelantan.. Umum mengetahui bahawa Kelantan bukan dibawah pentadbiran BN. Dek kerana inilah saya kira kepergian DSN ke Hawai menjadi viral dan menusuk kalbu segenap rakyat. Ramai mendesak agar DSN umumkan darurat di Kelantan sehingga ada suara-suara yang mengatakan mereka tidak kisah DSN pergi bercuti yang penting umumkan darurat.. Isu banjir 2014 ini dibandingkan dengan Banjir 2006 yang lepas.. Kononnya ketika itu kerajaan telah isytihar darurat di Johor. Perkara ini hanyalah khabar angin semata-mata. Pada Disember 2006, tidak ada sebarang
pengisytiharan darurat yang dilakukan..apa yang berlaku hanyalah pihak-pihak terlibat bertindak seolah-olah darurat berlaku dengan cara mengerahkan semua yang berwajib turun padang untuk membantu mangsa banjir di empat negeri yang terjejas. Satu kesilapan sebenarnya jika kita mengecam kerajaan tidak isytihar darurat di Kelantan hanya kerana Kelantan bukan dikuasai UMNO-BN sedangkan di Johor yang bawah UMNO-BN dulu darurat juga tidak diisytiharkan. Persoalannya mengapa isu Johor dulu kononnya darurat semakin viral sekarang? Alasan utama..sebab rakyat Malaysia lupa apa yang telah berlaku pada Disember 2006 yang lepas dan mereka dipasak-pasakkan dengan khabar angin kononnya Johor dahulu diisytiharkan darurat kerana BN menguasai Johor. Siapa yang mempolitikkan isu banjir ini sebenarnya? Rakyat Malaysia sendiri..! Agak fed-up dibuatnya.. Rakyat Malaysia memang suka sangat dengan perkataan 'darurat' ini. Isu Lahad Datu dulu.. sibuk paksa Kerajaan umumkan darurat kerana kononnya keadaan sudah parah.. Terma-terma yang sama digunakan untuk memaksa kerajaan persekutuan isytihar darurat.. Sedangkan ramai antara kita yang masih belum sedar implikasi pengisytiharan darurat. Come on lah Malaysian.. Pengisytiharan darurat tidak semudah yang disangka.. Bukan hanya skop semasa yang perlu dititikberatkan. Kalau nak kata isu insurans yang DSN umumkan menjadi penghalang kepada pengisytiharan darurat tidak wajar.. Saya setuju kerana nyawa lebih penting berbanding insurans. Tapi kesan pengisytiharan darurat itu sendiri akan memberi impak kepada ekonomi negara sendiri.. Dan mesti ada yang mendakwa.. nak jaga ekonomi negara ke atau nak jaga periuk nasi Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak? Hahahaha.. Kita gelakkan je orang macam ni... Bantuan RM500 Juta yang diumumkan DSN baru-baru ini belum tentu cukup untuk membantu semua mangsa banjir tetapi sudah cukup untuk memberi impak kepada ekonomi negara. Tidak mengapa.. Kebajikan rakyat didahulukan walaupun selepas mereka terpaksa berhempas-pulas menyelamatkan diri ketika banjir sehingga ada yang terkorban. Mati itu Pasti.. Hidup In Shaa ALLAH.. Apa yang pasti zaman DSN merupakan zaman panas bagi politik Malaysia.. Mentadbir negara itu bukan satu perkara yang mudah.. DSN menjadi PM bermaksud beliau bukanlah manusia biasa.. beliau luar biasa.. Setiap kuasa yang datang bersama tanggungjawab. Semakin besar kuasa tersebut, semakin berat jugalah tanggungjawab yang wajib dipikul.. Memegang kuasa bukan hanya ketamakan semata-mata.. Kalau rasa diri itu manusia biasa..baik berhenti memegang kuasa.. Tiada guna menggelar diri manusia biasa jika kuasa yang dipegang adalah kuasa manusia luar biasa.. Yang penting laksanakan tanggungjawab dengan telus dan jujur.. Ingatlah..banyak mata yang memerhati dan banyak hati yang dengki ingin menjatuhkan. Tidak sanggup berhadapan? Maka berundurlah.. Ingat..! Jangan terlalu memanjakan..kerana yang manja itu lebih suka memberontak berbanding mereka yang dididik untuk berusaha..
~:: Mohon maaf atas segala silap dan salah.. Jika ada yang tersinggung dan kecil hati mohon diampunkan.. Sama-sama kita beringat bahawa kita ini manusia akhir zaman.. Fasa Keempat dalam lembaran zaman Rasulullah S.A.W. memang zaman fitnah berleluasa.. Sesungguhnya fitnah itu mainan Dajjal Laknaktullah untuk menjatuhkan Islam.. Sebagai Muslim/Muslimah..kita sepatutnya bersatu dan bersedia menjadi bala tentera Imam Mahdi dan Nabi Isa A.S. Buka mata luas-luas.. Pengikut Dajjal sudah lama bersedia menyambut kedatangan Dajjal kelas..Sedangkan kita Islam masih ramai lagi leka membuat persediaan menyambut kedatangan Imam Mahdi dan Nabi Isa A.S. 
Wallahu'alam..

Awan Andai Dapatku Gapai
Disember 28 2014 | Ahad 12.05 pm

November 26, 2014

Manipulasi Tokoh Islam dalam Pirates Of The Caribbean

Admiral General Hayreddin Barbarossa Pasha
Inspirasi nama Barbossa dalam filem Pirates of The Caribbean (POTC) mempunyai kaitan dengan seorang ganeral (juga lanun) Islam terulung zaman silam. Tahukah anda sebenarnya "Barbossa" adalah sebuah nama yang amat signifikan dalam dunia peradaban Islam dahulu kala - Hayreddin Barbarossa. Barbarossa bererti janggut merah. Hanya terdapat tiga orang tokoh besar dunia yang berjanggut merah, iaitu Maharaja Frederick daripada Rom (1123-1190) dan dua orang adik-beradik, Aruj dan Khairuddin atau disebut dengan Hayreddin, kedua-duanya dari Turki.

Islam pernah mengangkat ketamadunan ke peringkat yang tertinggi di bumi Andalusia, kebudayaan, falsafah (sains) dan teknologi (terutama infrastruktur dan arkitekstur) lahir di wilayah semenanjung Iberia (Sepanyol) tersebut. Thariq bin Ziyad yang telah membawa misi Islam ke bumi tersebut juga telah diabadikan namanya menjadi nama gunung di semenanjung tersebut, iaitu Jabal Thariq yang disebut oleh orang barat sebagai Gibraltar (kini berada di bawah kuasa Inggeris). Sebuah gunung berhampiran dengan selat yang menghubungkan lautan Atlantik dengan Laut Tengah. Ketika era kegemilangan Islam, bangsa barat (Eropah) tercengang dengan kemajuan Andalusia, Cordoba, Granada dan Sevilla setelah dipimpin Dinasti Bani Umayyah pada tahun 756M. Umat ​​Islam, Kristian dan Yahudi hidup aman penuh rukun selama dua abad lebih di saat itu.

Sebermulanya era Perang Salib, Eropah telah melancarkan misi Reconquista iaitu misi penaklukan kembali wilayah-wilayah Eropah. Satu persatu bandar-bandar yang mempunyai peradaban tinggi mulai jatuh, Lisboa, Merida, Cordoba, Valencia, Murcia, Sevilla dan kemuncaknya dengan kejatuhan Granada pada tahun 1492M. Bangsa Moor di wilayah Andalusia, terpaksa melarikan diri ke Afrika utara kerana misi Reconquista diteruskan dengan misi pembantaian umat Islam iaitu dengan pembersihan kaum muslim, sebahagian dipaksa murtad dan sebahagian lagi bersembunyi di pergunungan.
Raja Ferdinand II Aragon 
Misi ini memuncak ketika raja Ferdinand II dari Aragon berkahwin dengan ratu Isabella dari Castille, dan selanjutnya dikenali sebagai Ferdinand V of Castille. Ferdinand merupakan seorang penganut Kristian Katolik yang fanatik. Umat ​​Islam dan Yahudi dibantai dengan kejam pada era pemerintahannya. Masjid Cordoba yang bertiangkan 1000 buah kini menjadi gereja, begitu pula Istana Alhambra hanya tinggal kenangan. Reconquista diteruskan ke arah Afrika utara dan ke arah timur yang mana tujuan utamanya adalah tanah suci Jerusalem di wilayah Palestin. Berita kejatuhan Andalusia ini sampai kepada Turki yang ketika itu dipimpin oleh Sulaiman I The Magnificient yang telah berjaya menakluk Byzantium.


Misi ini memuncak ketika raja Ferdinand II dari Aragon berkahwin dengan ratu Isabella dari Castille, dan selanjutnya dikenali sebagai Ferdinand V of Castille. Ferdinand merupakan seorang penganut Kristian Katolik yang fanatik. Umat ​​Islam dan Yahudi dibantai dengan kejam pada era pemerintahannya. Masjid Cordoba yang bertiangkan 1000 buah kini menjadi gereja, begitu pula Istana Alhambra hanya tinggal kenangan. Reconquista diteruskan ke arah Afrika utara dan ke arah timur yang mana tujuan utamanya adalah tanah suci Jerusalem di wilayah Palestin. Berita kejatuhan Andalusia ini sampai kepada Turki yang ketika itu dipimpin oleh Sulaiman I The Magnificient yang telah berjaya menakluk Byzantium.

Pada zaman inilah, terdapat dua orang adik beradik, yang menjadi pelaut biasa berlayar di wilayah perairan Yunani dan Turki yang bernama Aruj dan Hayreddin. Suatu hari kapal mereka telah diserang kapal tentera St. John of Jerusalem atau biasa disebut sebagai Knight of Rhodes, kejadian ini telah membuatkan adik bongsunya terbunuh. Sejak daripadasaat itu, Aruj dan Hayreddin melakukan aktiviti pelanunan dan rompakan kepada semua kapal-kapal tentera Kristian. Aktiviti ini sangat menggemparkan dan sangat ditakuti tentera Kristian, dikenali sebagai lanun Barbarossa Brothers kerana kedua-duanya berjanggut merah. Makna negatif Barbarossa dipropagandakan hingga sekarang oleh barat, contohnya perompak pada komik Asterix dan watak Captain Barbossa dalam filem Pirates of the Caribbean.
Watak Captain Barbossa dalam Pirates of the Caribbean
Misi dendam Barbarossa Brothers akhirnya berubah menjadi misi perjuangan Islam setelah mendengar jatuhnya Andalusia. Puluhan ribu bangsa Moor (bahkan yang menghuni di pergunungan) berjaya mereka selamatkan ke negeri-negeri Afrika Utara seperti Maghribi, Tunisia dan Algeria, selain itu Algeria dijadikan pangkalan pertahanan lautnya. Penguasa Algeria tidak seramah sultan di Tunisia, Sultan Salim di Toumy malah pernah mengusir Barbarossa ketika sedang bertempur dengan pasukan Kristian Sepanyol. Aruj mengambil keputusan kekal di Algeria dan akhirnya memimpin bandar pelabuhan tersebut atas nama kesultanan Turki. Pada tahun 1518, Sepanyol berjaya menghasut Amir bandar Tlemcen (Tilmisan) untuk menentang Aruj, beliau menyerahkan Algeria kepada adiknya Hayreddin dan beliau berangkat ke Tlemcen yang ternyata di sana beliau dan tenteranya terpaksa berperang dengan saudara sendiri yang sesama Islam, pasukannya tewas dan namun Aruj sempat meloloskan diri, namun banyak pasukannya tertangkap. Namun, oleh kerana hubungannya dengan anak buahnya yang lebih daripada sekadar kepentingan peribadi, Aruj kembali bertempur dan gugur.



Kapal Galilon milik Barbarossa Brothers 
Gugurnya Aruj menjadikan pimpinan armada laut Algeria Barbarossa berpindah ke Hayreddin. Sepanyol menyangkaera Barbarossa telah berakhir di Laut Tengah. Lalu, Sepanyol menghantar 20 000 tenteranya ke Algeria, pertempuran hebat telah berlaku, namun Hayreddin berjaya mengalahkan tentera laut tersebut. Beliau sedar terlalu banyak ancaman dari negeri di sekelilingnya selain ancaman utama Sepanyol, hingga akhirnya Hayreddin meminta melalui Algeria supaya Amir Tunisia dan Tlemcen dialihkan kekuasaannya atas nama daulah Uthmaniah Turki, mereka pun bersetuju, hingga pada tahun 1519 Turki mengangkat Hayreddin sebagai beylerbey atau wakil Turki di Algeria dan memimpin pasukan Janissari, pasukan khas tentera elit Turki. Selama Hayreddin mempimpinnya, penyelamatan bangsa Moor di Andalusia semakin banyak dilakukan, 7 kali pelayaran dengan 36 kapal direkodkan.

Kristian Eropah mula merasa tergugat dengan kegemilangan Sulaiman I dari Turki, yang telah menguasai daratan dengan pasukan Janissarinya dan menguasai Laut Tengah dengan keberadaan Hayreddin Barbarossa, sang adik dari Aruj. Pada tahun 1529, di Pulau Penon disaat azan berkumandang, tentera Sepanyol telah menembak meriam ke menara masjid, maka terjadilah peperangan hebat dan setelah 20 hari peperangan, pulau tersebut dikuasai Hayreddin. Di daratan pula, Sulaiman I cuba untuk merealisasikan impiannya untuk menakluk Vienna, Austria, sebanyak dua kali serangan dilancarkan namun kedua-duanya gagal. Pasukan Turki yang kembali pulang sempat meninggalkan beberapa karung kopi serta menukar peraturan Pope Rom yang sebelumnya mengharamkan minuman yang diminum kaum muslim itu. Kemudian mereka menyebutnya sebagai cappuccino.


Hayreddin Barbarossa ketika mengadap Sultan Sulaiman I sambil membawa hadiah 
Pada tahun yang sama Andrea Doria di Genoa berjaya membaik pulih Republik Genoa dan telah bersekutu dengan Charles V Sepanyol dan meneruskan misi reconquista dengan berperang dengan Sulaiman I dan Barbarossa yang menguasai perairan Laut Tengah. Kaum Eropah menyebut Barbarossa sebagai lanun laut, walaupun tidak ada bendera hitam dan tengkorak yang menjadi simbol, bahkan bendera yang diusung adalah berwarna hijau terdapatkaligrafi doa “Nashrun minalLaah wa fathun qariib wa basysyiril mu'miniin”, ya Muhammad, empat nama khulafa ur rasyidin, pedang zulfikar dan bintang segi enam Yahudi. Ketika ini, bintang segi tiga itu masih belum digunakan oleh kaum Yahudi malah ianya adalah simbol perjuangan. Hanya kini, kaum yahudi dan Israel telah menggunakan simbol itu bagi pakatan zionis mereka dan telah menyebabkan umat Islam fobia dengan simbol ini.

Charles V telah berusaha dengan bergabung dengan Knights of Rhodes di Pulau Malta, namun masih lagi gagal membendung penguasaan Barbarossa ke atas Laut Tengah. Turki yang kagum dengan prestasi Barbarossa,telah mengangkat beliau menjadi Panglima Laut (Kapudan Pasha) daulah Uthmaniah dan mengetuai angkatan Laut Turki Uthmaniah.



Pada tahun 1535, gabungan bersekutu Charles V dan Andrea Doria yang telahpun mengubah nama kepada Knight of Malta telah menyerang dan merebut Tunisia dengan 25 000 lebih pasukannya dalam 500 kapal. Pertempuran tersebut amat dahsyat dan Tunisia telah jatuh ke tangan Sepanyol. Barbarossa walaupun kalah pada tahun-tahun berikutnyatelah berjaya menguasai kepulauan Beleares dan merampas kapal-kapal Portugis dan Sepanyol di selat Gibraltar.


Pada tahun 1538, pakatan sekutu Itali Sepanyol telah berperang di Preveza, tempatnya adalah di teluk Actium, tempat pertempuran Octavian melawan Antonius dan Cleopatra dahulu kala. Preveza merupakan pelabuhan penting di Laut Tengah ketika ini. Andrea memimpin 40 kapalnya dan Barbarossa dengan 20 kapal, namun dengan kepintaranBarbarossa dalam mengatur strategi dan pengetahuannya yang mendalam ke atas bentuk muka bumi dan geografi tempat pertempuran, pada waktu pagi sebelum pertempuran bermula, armada Barbarossa telahpun bersiap siaga di mulut teluk Preveza dari tiga arah dan telah mengebom armada Andrea sehingga armada Andrea berundur dari pertempuran. Barbarossa tidak ingin berperang di laut lepas kerana kapal-kapal armada laut Sepanyol mempunyai manuver yang lebih canggih.


Serangan ke atas Algeria oleh sekutu Charles V dan Andrea Doria berlanjutan sehingga tiga tahun kemudian dengan200 kapal di luar perairan Algeria kerana kebimbangan diserang Barbarossa dari belakang. Rakyat Algeria di bawah pimpinan Hasan Agha telah bertempur bermati-matian mempertahankan negerinya. Semangat jihad mereka membara untuk mempertahankan kedaulatan wilayah Islam daripada jatuh ke tangan kuffar dibantu pula dengan keberadaan ulama’-ulama’ di sana yang menjadi pemangkin semangat kepada mereka. Charles V yang memperlekehkan dan mengambil mudah pertahanan dan strategi peperangan Algeria yang ampuh, telah menyebabkan armadanya huru-hara selain daripada telah dihentam dengan ribut laut yang dahsyat ketika peperangan tersebut. Andrea Doria dan Charles V berjaya selamat, dan kembali ke negerinya dengan kekalahan yang amat pahit.
Hayreddin Barbarossa mengalahkan Pakatan Bersekutu Charles V pimpinan Andrea Doria di Pertempuran Preveza (1538) 
Ketika Perancis berperang dengan Sepanyol, Perancis telah bersekutu dengan Turki Uthmaniah, Barbarossa pun berangkat ke Marseilles untuk merebut Nice dengan memimpin 30 000 orang tentera Turki Uthmaniah. Sekepulangandari Nice, Barbarossa kemudiannya berangkat ke Genoa untuk membebaskan pembantu kepercayaannya, Turgut Reis.Beliau telah membawa 210 buah kapal ke sana dan mengancam akan menyerang Genoa melainkan Turgut Reis yang telahpun dijadikan hamba serta dipenjara dibebaskan serta merta. Ugutan ini telah membimbangkan Panglima Genoa, Andrea Doria yang mula membebaskan tawanan itu dengan pertukaran hanya 3500 ducat emas. Setelah itu, banyak lagi misi-misi penaklukan dan perluasan wilayah Islam telah diperintahkan oleh Sultan Sulaiman 1 The Magnificient kepada Panglima Jeneral Angkatan Laut Turki Uthmaniah ini, Hayreddin Barbarossa Pasha.


Panglima Hayreddin Barbarossa Pasha mula bersara di Constantinople pada tahun 1545, meninggalkan anaknya Hasan Pasha sebagai waris penggantinya di Algeria. Beliau kemudiannya telah menyerahkan memoir catatan beliau kepada Muradi Sinan Reis. Ianya terdiri daripada lima jilid yang bertulisankan tangan - “Gazavati Hayreddin Pasa" (Penaklukan Hayreddin Pasha). Hari ini, ianya dipamerkan dengan megah di Istana Topkapi dan Perpustakaan Universiti Istanbul. Hayreddin Barbarossa Pasha meninggal dunia pada 1546 di istana tepi laut di kejiranan Büyükdere, Constantinople, di tepi barat laut wilayah Bosphorus.

Beliau dimakamkan di makam yang tinggi berhampiran dengan pelabuhan feri daerah Besiktas di sebelah barat Istanbul yang dibina pada 1541 oleh arkitek terkenal Mimar Sinan, tapak yang mana armadanya digunakan untuk berhimpun. Memorial telah dibina pada tahun 1944, di sebelah makam beliau.

Kita melihat betapa umat Islam dahulu kala diangkat ke martabat yang tertinggi di muka bumi oleh Allah dek kerana mempunyai pemimpin yang baik serta berkaliber, amanah dengan perjuangan menegakkan syiar Islam ke serata dunia seperti Panglima Hayreddin Barbarossa Pasha. Kita melihat betapa walaupun Barbarossa Brothers yang hanya dikenali sebagai pelayar lautan berbangsa Turki yang biasa pada mulanya, seterusnya digelar lanun di samudera pula, sanggup berkorban segalanya demi kemaslahatan umat Islam walaupun yang berlainan bangsa dengan mereka iaitu bangsa Moor.

Wallahu'alam

October 05, 2014

#Inspirasi20sen (Puisi kenaikan minyak)

Kita bising minyak naik RM0.20
bukan kerana kita benci Malaysia.
Kita bising minyak naik bukan
kerana kita tak mampu bayar.
Tapi...
Kita bising sebab janji tak serupa bikin.
Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen.
Memang kita berduit.
Memang kita berharta.
Namun,
jauh di pelusuk sana,
ada yang menghitung syiling.
Ada yang bekerja teruk
terkontang kanting.
Mereka tak ada slip gaji.
Jauh sekali socso mahupun kwsp.
Kerjanya keluar pagi balik dinihari.
Dan kalian pula berbicara indah
persis pujangga metropolis?
Hanya 20 sen?
Itu pun nak bising?
Kerja lah lebih kuat lagi?
Beribadatlah lebih lagi?
Untuk dimurahkan rezeki?
Ya...
Sembang kalian sembang mereka yang berharta.
Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa.
Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada.
Motor buruk hanya tunggu masa.
Kerja lebih kuat dari si sarjana muda.
Kerja lebih ikhlas dari si phd mahupun master.
Hanya untuk mulut mereka sekeluarga.
Ya..
Mereka tak berharta.
Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda.
Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas mereka?
Kalau itu sistem kehidupan.
Aku rela jadi bodoh dari kalian.
Kerana aku tak nak hilang perikemanusiaan.

October 04, 2014

Moster Inside us

Assalamualaikum dan hye hye hye
~:: Gila bersarang lelabah blog aku.. dah berkurun abad lamanya tidak update apa2...
dan kali ini.. terdetik untuk memuat naik gambar yang aku buat sendiri.. pakai photoshop..
I called it "Project Monster Inside us''...
~:: Hipokrasi.. itulah uncapan yang paling dekat.... memang kita lazimnya manusia kalau boleh seboleh-bolehnya hanya ingin paparkan kebaikan untuk tatapan semua orang. kejahatan atau darkside adalah satu perkara yang kalau boleh cuba diselindungkan... dan tak mahu didedahkan kepada sesiapa.. hatta orang yang paling rapat dengan kita pun pasti ada satu perkara yang dia tak kan dedahkan dengan kita... begitu juga dengan kita..
~:: Lady Gaga dalam lagunya 'Poker face'.. inilah manusia... dek kerana itulah.,.. kita perlu lebih berhati-hati memilih kawan agar tidak terperangkap oleh manusia yang disarungi syaitan..
~:: jazakallahu

July 31, 2014

Kaitan Melayu dan Yahudi.. Bersaudarakah?

SIAPA MELAYU DAN ASAL USUL MELAYU

Dari apa yg saya baca, Melayu/Mala/Malai bermaksud gunung,jadi melayu bermaksud bangsa gunung,lagipun bukan ke bangsa Melayu/malai/mala dari keturunan Nabi Ibrahim a.s., jadi x mustahil bangsa Melayu ni berasal dari salah satu kaum Bani Israel yang hilang.nak tahu mengenai sejarah2 dan rahsia2 bangsa Melayu/Mala/Malai/Bangsa Gunung yg berasal/dilahirkan dari ibunda Keturah/Qeturah, isteri nabi Ibrahim yg berasal dari kerajaan melayu kemboja purba serta hubung kait bangsa Melayu dengan salah satu kaum bani Israel yg hilang dah telah mendapat hidayah Allah SWT dan akan menentang kaum2 Bani Israel yg sesat aka bangsa yahudi kat negara haram israel sekrang di Tanah Yang Dijanjikan.

BANGSA YANG HILANG (The Lost Tribe)

Apakah kepentingan mencari bangsa yang hilang bagi Yahudi?Bagi Yahudi Ortodoks tiada apa kepentingan yang amat perlu pun.Jika ada,hanyalah untuk menjejak sejarah mereka sahaja.Tetapi bagi Yahudi Zionis,teramat perlu.KERANA MEREKA AMAT PERCAYA DENGAN RAMALAN DI DALAM KITAB-KITAB AGAMA LEBIH-LEBIH LAGI DI DALAM ALQURAN.Mengikut daftar bangsa yang hilang di dalam Kitab Yahudi Kuno,terdapat 12 puak Yahudi di masa lalu:

1. Reuben
2. Simeon
3. Levi
4. Judah
5. Issachar
6. Zebulun
7. Dan
8. Naphtali
9. Gad
10. Asher
11. Joseph
12. Benjamin

Di dalam 12 puak yang hilang ini,hanya keturunan Nabi Yusuf a.s. sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi.Keturunan Nabi Yusof a.s menurunkan dua puak yang lain iaitu Manasseh dan Ephraim.Mengikut satu kitab Yahudi, satu 'lost tribe' Bani Israel (yang mendapat petunjuk ILAHI, iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi Zionis di Palestin.Di dalam kitab Yahudi kuno yang lain pula,ada mencatatkan golongan Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf a.s.) bakal menyembelih Yahudi jahat (Zionis/Yahudi Kabbalah) di Palestin. Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur. Antaranya, Afghanistan , Pakistan Utara (Patan/Pashtun), sedikit India, sedikit Myanmar, sedikit China, sedikit Jepun, sedikit Filipina, sedikit Western Samoa, sedikit Tonga, sedikit Ecuador , sedikit Madagascar dan sedikit Hawaii.

Namun begitu kesemua mereka tahu tentang asal-usul mereka (bercanggahan dengan prinsip 'lost tribe'). Termasuk di Afghanistan dan Pakistan Utara juga (namun yang beragama Islam cuma di Afghanistan dan Pakistan Utara - sebab itu mereka diserang oleh Yahudi Amerika dan Russia).Dalam pada itu, seorang professor di Amerika bernama Ralph Olssen telah membuat hipotesis baru. Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh 'the lost tribe'. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif. Kemudian Prof Ralph Olssen mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno) dan membuat kajian DNA sekali. Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Untuk menguatkan lagi cerita, tidak ada seorang Melayu pun yang tahu mengenai salasilah keturunan Bani Israel mereka.MALA ADALAH THE LOST TRIBE YANG SEBENAR,LEBIH TERSEMBUNYI DARI THE TRIBE OF DAN.Jadi kalau berpandu kepada kitab Yahudi tua bahwa 'lost tribe' dari kalangan Manasseh (anak Nabi Yusuf a.s.) yang bakal berada di barisan hadapan tentera Imam Mahdi dan bakal menyembelih orang-orang Yahudi di Palestin dan bakal juga memadamkan Israel daripada peta dunia adalah terdiri daripada orang-orang Melayu. Ini tidak bercanggahan dengan mana-mana hadis mengenai Imam Mahdi.

Mengikut manuskrip kuno yang diseleweng menjadi Book of Mormon itu lagi,sebahagian daripada Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan Bani Israel , iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu terus dari Manasseh , iaitu anak kepada Nabi Yusuf a.s. . Nabi Yusuf ada 2 orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim). Mengikut DNA yang dilakukan kepada 86 lelaki Melayu oleh seorang professor perempuan di UKM baru-baru ini, terdapat 27% variant Mediterranean dalam darah DNA Melayu. Dalam kamus sains, DNA Mediterranean adalah dari bangsa Euro-Semitik termasuk dari Bani Israel!

Hipotesis ini terdapat separuh kebenaran di dalam kesamaran.Orang Melayu bukanlah 100% berasal dari keturunan Manasseh (Yahudi Kuno) tetapi teori Ralph Olssen mengenai pengembaraan bangsa yang hilang 'the lost tribe' ke Bumi Mala adalah sesuatu yang menarik dan amat bertepatan dengan apa yang dibincangkan sebelum ini.Kenapa Ralph Olssen menyebut Tanah Melayu ini 'Bumi Mala'?Apakah yang diceritakan di dalam manukrip kuno tentang satu bangsa misteri yang berjalan dan berlayar ke hujung dunia?

Dari mana salsilah "Melayu" . Yahudi memburu saki baki keturunan Nabi Yusuf? . Kenapa? .MAHADI berasal dari darah keturunan Nabi Ibrahim = Ishak+Ismail+ "Q" ?? . Apakah itu "3Mim" ?Tiada NABI diutus ke Nusantara? Islam bertapak kukuh dikelilingi Hinduism dan Budhism... kenapa?

MELAYU - JAWI

Siapakah Melayu? Darimanakah asalnya Melayu itu? Ketika ramai pengkaji memperdebatkan kaum-kaum yang hilang seperti The Lost Tribe of Israel, Atlantis, Lemuria, Sodom and Gomorrah malah masih mencari-cari siapakah Gog and Magog, rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun. Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia, 'di penghujung dunia'. Bangsa yang hilang masih tidur dan ditidurkan. 'Di hujung dunia', setelah penat mengembara, bangsa misteri berehat dan berehat... tidur dengan lenanya... senyap sunyi tanpa siapa mengganggu walaupun Hitler telah pergi ke Tibet menjejak bangsa misteri, tetapi dia juga ketinggalan jejak mereka...dimanakah bangsa misteri ini meneruskan perjalanan mereka?Masih adakah masa lagi untuk menjejaki mereka?

'Dihujung Dunia' bangsa ini masih nyenyak tidur!


Keturah, Ibu Melayu

Dalam Kitab Perjanjian Lama ada dibabadkan perihal Keturah yakni wanita yang dinikahi oleh Ibrahim selepas kematian Sarah. Menerusi perkahwinan tersebut, Keturah melahirkan enam orang putera iaitu Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah.

Menurut riwayat Ibnu Athir dalam kitabnya, Al-Kamil fil Tarikh, umat Nusantara termasuk Melayu bersalasilah secara terus dengan Ibrahim melalui zuriatnya dengan Keturah ini.

Mengikut catatan Ibnu Yusof dalam kitab Permata Yang Hilang (yang saya curi-curi baca sewaktu berusia 12 tahun), ada kemungkinan juga bahawa nama Melayu itu berasal dari perkataan Malai-Ur sempena nama kerajaan Chaldea tempat asal Ibrahim. Ada juga pendapat menyatakan bahawa Melayu berasal dari perkataan Malai dan Yunan.

Orang Melayu dikenali sebagai Orang Malai oleh beberapa bangsa lain tapi orang Arab cenderung memanggil orang Melayu sebagai Bani Jawi. Orang Malai (orang bukit atau gunung) ini mungkin telah mendiami Kemboja sebelum kedatangan Ibrahim ke situ, dan hampir pasti Keturah adalah orang Malai.

Apa maknanya semua ini?

Maksudnya, Melayu, Arab dan Yahudi itu bersaudara – dari asal yang sama.

Tapi... siapakah Keturah??

Menurut satu versi dari sebuah manuskrip kuno, Keturah adalah isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s.Setelah kewafatan Sarah, Nabi Ishak a.s. telah merayu Nabi Ibrahim a.s. untuk berkahwin dengan ibu angkat beliau dari kerajaan Champa Kuno (bukan Champa Baru di era Angkor). Akhirnya Nabi Ibrahim a.s. bersetuju dan berkahwin dengan Keturah dan telah dikurniakan ALLAH 6 orang anak. Nama anak-anak Keturah adalah Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah .

Anak-anak mereka inilah menjadi pengasas kepada bangsa Melayu.Melayu diambil dari perkataan 'Mala' (nama bangsa asas Keturah).Lihat, nama ini sama dengan nama yang tertulis dalam manuskrip yang dikaji oleh Ralph Olssen.

Bukan itu sahaja, keturunan Keturah inilah yang ramai tinggal di Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Borneo, Sulawesi dan Mindanao. Kesemua tempat ini merupakan tempat yang mempunyai tulisan purba yang diadaptasi dari tulisan Semitik Purba (termasuk di dalamnya tulisan Aramaik Kuno dan Ibrani). Tulisan Rencong adalah tulisan rasmi Melayu.Jawa dan Bugis juga mempunyai tulisan yang hampir serupa. Agama rasmi Melayu adalah agama Jawi. Agama Jawi adalah agama Nabi Ibrahim a.s.Jawi dikatakan ada perkaitan dengan Levi, iaitu anak kepada Nabi Yaakob a.s .Levi merupakan ketua Ulama dan ketua Rahib bagi agama Nabi Ibrahim a.s. di kalangan Bani Israel.Sejak penggalian di sebuah daerah di Jordan menemukan kota purba yang bernama Jawi/Jawa (Jevi), minat sarjana Barat untuk mengkaji bangsa Mala semakin kuat.INGAT, YAHUDI/BANI ISRAIL BUKANLAH MELAYU TETAPI KEDUA BANGSA PURBA INI ADA INTERAKSI ANTARABANGSA PADA MASA SILAM.

Keturah bukanlah Melayu. Walaupun beliau melahirkan bangsa Melayu, Keturah adalah daripada bangsa Mala. MELAYU ADALAH BANGSA MALA + (YANG MEMPUNYAI DARAH KETURUNAN NABI IBRAHIM A.S) .Sekiranya kita lihat orang-orang asli seperti Mahmeri dan Jakun, bahasa mereka adalah diambil dari bahasa Mala. Semua bangsa seperti Mahmeri, Jakun, Iban, Kadazan, Melanau, Bajau, dan seumpamanya adalah merupakan bangsa asal Mala.DNA bagi bangsa ini adalah 01m-19a.Ini menerangkan Keturah mungkin berasal dari satu kerajaan purba yang sedia ada di Timur ketika zaman Nabi Ibrahim a.s.(ada versi yang mengaitkan 'Mala' dengan 'Mon' tetapi ini bukan kaum Mon pada hari ini kerana pertama kaum Mon pada hari ini bukanlah Melayu pada ertikata sebenarnya dan yang kedua jika terdapat 'benang-benang merah' sekalipun antara Mon dan Melayu ia adalah proses asimilasi Mala/Melayu yang kompleks dengan etnik-etnik Indochina, perlu diingat Melayu juga boleh kehilangan identiti mereka akibat penjajahan, perang atau pemaksaan budaya seperti yang berlaku pada orang Melayu di Cape Town, Filipina, Thailand dan sebagainya jadi orang Mon pada hari ini bukanlah Melayu pada ertikata sebenarnya kerana akibat percampuran etnik yang kompleks walaupun cendekiawan mereka masih mencari-cari kerajaan purba mereka yang dinamakan 'Suvarnabhumi'-menunjukkan mereka mungkin masih mahu menjejak moyang Mala mereka)

Jika kita lihat DNA Melayu Kedah dan Iban, kedua-dua mereka mempunyai persamaan. Tetapi kenapa Melayu Kedah (mewakili kepada semua Melayu di semenanjung dan Indonesia yang pernah mempunyai peradaban dan kerajaan) lebih bijak dan segak,ini adalah kerana mereka daripada keturunan Nabi Ibrahim a.s. dan Keturah. Begitu juga Melayu Selangor,Perak,Johor dll serta Mahmeri. Kedua-dua puak ini mempunyai DNA yang serupa. Namun Melayu Selangor jauh lebih bijak dan segak daripada Mahmeri. Punca perbezaan adalah daripada genetik Nabi Ibrahim a.s.Jadi jika kita menjejak Melayu dari susur galur Mala Kuno (iaitu jurai Keturah dari kerajaan misteri dari Timur Jauh ini), jejak akan menjadi lebih kompleks,merangkumi persoalan Ophir,Tanah Punt (The Land of Gods-nenek moyang Firaun Purba),kerajaan-kerajaan misteri sezaman atau lebih tua dari era Nabi Ibrahim a.s dan Akkadia-Babylon hinggalah era sebelum Banjir Besar,Lemuria dan Atlantis. INI ADALAH KISAH YANG LAIN.MISTERI YANG LAIN.

Jawab soalan ini.Bagaimana Ptolemy boleh mengetahui peta lengkap Semenanjung Tanah Melayu pada abad kedua Sebelum Masehi berserta gelaran Golden Chersonese (Semenanjung Emas) padahal mengikut sejarah moden orang-orang Barat hanya sampai di dunia sebelah sini selepas ekspedisi penjelajah Sepanyol dan Portugis seperti Magelland? Ada misteri di situ.Sama seperti Piri Reis yang membuat peta paling misteri di dunia berdasarkan manuskrip peta-peta kuno, Ptolemy juga mendapat sumber yang sama,dari manuskrip peta-peta kuno lama sebelum era Yunani.Sebahagiannya dari era Firaun kuno (ingat, perpustakaan Iskandariah yang terkenal,yang menyimpan sejumlah besar manuskrip purba)

Namun Mala bukanlah bangsa asal. Mala mempunyai 'benang-benang merah' dengan bangsa Scythia. Scythia merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, hingga ke ke kaum Ainu di Jepun dan suku misteri di pulau-pulau Jepun sebelum kedatangan kaum Yamato (kaum dominan Jepun pada hari ini) Lembah Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi , Filipina, Pasifik , Madagascar dan Amerika Latin.

Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah (ingat Teori kapak Tua dan bangsa Kambuja?) berhampiran dengan Laut Hitam. Kaitan antara Melayu dengan Scythia telah dirumus oleh seorang arkaelogis Eropah di sekitar tahun 1830an lagi.Maka ada kemungkinan Scythia merupakan bangsa asal daripada Nabi Adam a.s. Ini kerana Nabi Adam a.s. mempunyai 22 pasang anak,atau bermaksud 22 bangsa asas (kemungkinan dari kajian setakat ini).

Kambuja, Aryan, Mala, Manessah, suku Sakya dan Buddha

Bangsa Mala itu memang bukan dari Yahudi.Perlu diingat Yahudi itu dari lelaki bernama Yehudah(Anak Nabi Yaakob a.s yang berkomplot dengan abangnya Shimon(Simeon) untuk membunuh Nabi Yusof a.s).Sedangkan kan hipothesis dari Dr.Ralp Olsen mengatakan Bangsa Mala ini dari Bani Menasseh anak kpd Nabi Yusof a.s ini jelas bila kajian DNA telah dilakukan pada puan 'Bnaei Menasseh' di daerah Assam, Burma telah mengesahkan mereka ada DNA bangsa Israel.Daerah Assam adalah laluan Mala-Deutro@bani Menasseh yang lari dari peperangan Assyrian yang membumihanguskan Kota Nineveh kerajaan Judah.Kajian mengatakan bahasa Melayu juga wujud di daerah Assam.Oleh krn itu,bangsa Mala yg sifatnya tidak menyenangi 'Yahudi' ini memang ada kaitan dengan sirah Nabi Yusof a.s yang dibuang dlam perigi oleha saudaranya Shimon dan Yehudah.

Disini adalah ditegaskan sekiranya bangsa Mala ada bloodline dengan bani Menasseh(Keturunan Nabi Yusof a.s@Joseph) maka layak lah digelar berketurunan Bani Israel bukan Yahudi.Kerana Bani Israel itu bertebaran luas di bumi ini yang mana ianya lahir dari 12 anak keturunan nabi Yaakob a.s,sedangkan Yahudi hanya salah satu suku kaum dalam ras bani Israel.Samalah dlm kes pendita Yahudi kata Nabi Ibrahim a.d itu Yahudi,lalu Allah tegaskan baginda bukan Yahudi mana tidaknya Yahudi hanya salah satu suku kaum dari Bani Israel yang wujud lama selepas Nabi Ibrahim a.s.Seperkara lagi bangsa Israel bertebaran hingga ke bumi Afrika dan puak Lemba Afrika memang ada genetik Israel dari Bani Benjamin@Bunyamin adek kpd Nabi Yusof a.s malahan di Cina pun ada keturunan Isarel yang dah bercampur dgn bangsa Cina iaitu Puak Cina Kaifeng.

Jadi Lost Tribe Israel memang lari ke sebelah Asia melalui 'Laluan Sutera' untuk turun ke Yunnan,Mekong dan Indochina hinnga terserap dlm bangsa Mala(Hari ini pegang syariat Nabi Muhammad yakni Islam).Ada yang terpisah ke China lalu membentuk komuniti Kaifeng.

Jadi bani Israel merangkumi keturunan NabiIbrahim turun kpd Ishak lalu Yaakob dan turun kepada seluruh 12 anak nabi Yaakob a.s., jadi pengkhianatan Yahudi (Perisitwa Samiri dan Sapi) adlah pilihan puak Yahudi itu sendiri tiada kaitan dengan ras Israel lain yang masih memegang syariat mentauhidkan Allah Taala.

Kajian projek genome oleh Rabbai Jacobovici telah dilakukan untuk mengesahkan hipothesis Dr.Ralp Olsen berkenaan Israel DNA variant dalam Bangsa Mala. Projek genome itu dijangka lengkap dalam masa 5 hingga 10 tahun akan datang khusus utk lost tribe disebelah South East Asia region...

Wallahualam...

May 22, 2014

Firman ALLAH S. W. T. tentang Kematian

Firman ALLAH Tentang Kematian
Coretan : Musafir Cinta Ilahi
بسم الله الرحمن الرحيم



“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”
(Ali Imran : 185).

“Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
(Luqman : 34).

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.”
(Al-Anbiya : 35).

“Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barangsiapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barang siapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat. Dan kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.”
(Ali Imran : 145)

“Dialah yang menciptakan kamu dari tanah, sesudah itu ditentukan ajal (kematianmu), dan ada lagi suatu ajal yang ditentukan (untuk berbangkit) yang ada pada sisi-Nya (yang Dia sendirilah mengetahuinya).”
(Al An-am : 2).

“Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh, dan jika mereka memperoleh kebaikan, mereka mengatakan, ‘Ini adalah dari sisi Allah,’ dan kalau mereka ditimpa sesuatu bencana mereka mengatakan, ‘Ini (datangnya) dari sisi kamu (Muhammad).’ Katakanlah, ‘semuanya (datang) dari sisi Allah’. Maka mengapa orang-orang itu (orang munafik) hampir-hampir tidak memahami pembicaraan sedikit pun?”
(An-Nisa’ : 78).

“Sesungguhnya Allah menumbuhkan butir tumbuh-tumbuhan dan biji buah-buahan. Dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup. (Yang memiliki sifat-sifat) demikian ialah Allah, maka mengapa kamu masih berpaling?”
(Al-An’am : 95).

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang-belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia mahluk yang (berbentuk) lain. Maka Mahasuci Allah, Pencipta Yang Paling Baik. Kemudian, sesudah itu, sesungguhnya kamu sekalian benar-benar akan mati. Kemudian, sesungguhnya kamu sekalian akan dibangkitkan (dari kuburmu) di Hari Kiamat.”
(Al-Mukminun : 12-16).

“Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan), hingga apabila angin itu telah membawa awan mendung, Kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu, maka kami keluarkan dengan sebab hujan itu pelbagai macam buah-buahan. Seperti itulah kami membangkitkan orang-orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran.”
(Al-A’raf : 57).

“Dan sebagian dari tanda-tanda (kekuasaan)-Nya bahwa kamu melihat bumi itu kering tandus, maka apabila Kami turunkan air di atasnya, niscaya ia bergerak dan subur. Sesungguhnya Tuhan yang menghidupkannya tentu dapat menghidupkan yang mati, sesungguhnya dia mahakuasa atas segala sesuatu.”
(Fushshilat : 39).

“Katakanlah, ‘Allahlah yang menghidupkan kamu kemudian mematikan kamu, setelah itu mengumpulkan kamu pada Hari Kiamat yang tidak ada keraguan padanya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”
(Al-Jatsiyah : 26).

“Dan tidak (pula) sama orang-orang yang hidup dan orang-orang yang mati. Sesungguhnya Allah memberikan pendengaran kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan kamu sekali-kali tiada sanggup menjadikan orang yang di dalam kubur dapat mendengar.”
(Fathir :22).

“Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya, maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berpikir.”
(Az-Zumar : 42).

“Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi, maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu (putusannya masing-masing).”
(Az-Zumar : 68).

“(Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan) pada hari ketika tiupan pertama menggoncangkan alam, tiupan pertama itu diiringi oleh tiupan kedua. Hati manusia pada waktu itu sangat takut.”
(An-Nazi’at : 6-8).

“Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu, sesungguhnya kegoncangan Hari Kiamat itu adalah suatu kejadian yang sangat besar (dahsyat). (Ingatlah) pada hari (ketika) kamu melihat kegoncangan itu, lalailah semua wanita yang menyusui anaknya dari anak yang disusuinya dan gugurlah kandungan segala wanita yang hamil, dan kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk, padahal sebenarnya mereka tidak mabuk, akan tetapi azab Allah itu sangat keras.”
(Al-Haj : 1-2).


MATI itu pasti! Bertaubatlah kepada ALLAH atas dosa-dosa yang telah dilakukan. Jangan sampai nafas di kerongkong baru kita tersedar dan masa itu sudah tiada peluang untuk bertaubat kepadaNYA..Ya ALLAH matikanlah aku, keluargaku,saudara maraku dan sahabat seperjuanganku dalam husnul khatimah dan limpahkanlah rahmatMu bersama kami.

April 12, 2014

hidup ini

hidup ini sebenarnya masih terlalu mentah untuk menilai setiap kejadian yang melingkari diri ini..
soal kematangan bukanlah satu persoalan yang baru... 
dan bukanlah satu untaian kata yang terlalu mudah untuk disimpulkan...
setiap justifikasi yang diberikan sebenarnya tidak mampu tepat...!
bahkan tidak pernah tepat untuk menilai..!
memang ada kalanya hati terpaksa dibungkamkan 
lalu mengambil keputusan untuk melepaskan
demi menjaga hati sendiri yang kian merah..
parah menanggung kesakitan demi memastikan hati orang lain tidak tercalar..
kerana balar itu kelak akan menghancurkan setiap jalan yang ada di hadapan..
kuasa manusia sebenarnya mampu di atasi jika kita memilih 
untuk menyepi dan membiarkan aliran kisahnya mengalir tenang..
dan membiarkan hati mengikut setiap alur alirannya..
kerana sememangnya alur itu akan menuju ke arah hamparan laut
yang maha luas dan tenang..
namun, dalam ketenangan itu ada berjuta rahsia yang tertanam...

February 27, 2014

Sibuk itu Anugerah

Assalamualaikum dan hye hye hye..

Rasanya sudah terlalu lama tidak menulis di blog ini. Sebenarnya penulisan kali ini untuk mengelakkan blog ini bersawang lalu mereput. Awan sayang blog ini... Mengapa? Sebab inilah blog Awan yang kali pertama bertahan sehingga mencecah tahunan umurnya... Bukannya apa... Semenjak bergelar mahasiswa tahun dua di bumi Universiti Sains Malaysia ini... kehidupan sentiasa terkejar-kejar ke sana sini. Urusan mengalahkan Yang Berhormat...!! Yang penting jangan dilupakan tugas hakiki sebagai mahasiswa iaitu belajar! Semua urusan persatuan ini tidak akan menyumbang kepada peningkatan pointer pun...! Tapi kesibukan ini bakal menjadi nilai tambah dalam kehidupan. Pengalaman.. tidak semua orang memiliki pengalaman yang sama.

Tanggungjawab yang digalas sebagai mahasiswa sememangnya satu ujian yang membentuk kemahiran insaniah dan mematangkan diri yang tidak cukup matang ini.
Sibuk dengan semua meeting dan tugas yang dipikul sebagai salah satu exco dalam persatuan tidak mampu dihitung dengan jari. Tidak dinafikan adakalanya hati terdetik untuk berhenti dan meninggalkan semua kesibukan. Cemburu melihat kawan-kawan lain yang goyang kaki dan berpeluang melakukan aktiviti kegemaran mereka. Entah bila diri ini berpeluang untuk memberi ganjaran kepada hati dan minda sendiri yang terasa semakin nyanyuk melaksanakan tanggungjawab yang digalaskan.
~:: Tapi.. apabila memikirkan ilmu dan pengalaman yang diperoleh daripada kesibukan-kesibukan ini, hati menjadi tawar melepaskan bebanan tugas yang diberikan. Kerana sebenarnya bebanan ini merupakan satu nikmat yang ALLAH berikan yang tidak dinikmati oelh semua mahasiswa (adakah termasuk sering terlewat bangun lalu terlepas kelas pagi??) Tambah-tambah lagi sekarang dah menjadi mahasiswa tahun dua a.k.a senior kepada junior-junior tahun satu.. walau masih bergelar junior kepada senior-senior tahun tiga dan tahun empat. Bersyukur apabila berpeluang berkongsi ilmu yang baru dituai setahun jagung ini dengan junior. Sekurang-kurangnya hati puas melaksanakan tanggungjawab.

Konflik? itu hanyalah satu corak sumbang yang hadir dalam perjalanan hidup ini. Tanpa konflik tidak akan meriah pembelajaran mengenal diri sendiri ini. Tanpa konflik kita tidak akan tahu perkara mana yang patut dielakkan. Sekurang-kurangnya dengan berkonflik... dapatlah kita melepaskan diri daripada kesibukan. Konflik itu dijadikan alasan untuk berhenti? Adakah seperti melarikan diri daripada perperangan? Bukan!! Konflik sebenarnya akan membantu kita untuk mendekatkan diri dengan Sang Pencipta.. Dengan konflik hati akan jadi galau dan sedar akan kecetekan kuasa dan daya yang dimiliki. Hanya ALLAH yang mampu menangani sebesar manapun konflik di dunia ini. Apa tidaknya... hamba yang diciptakan untuk melaksanakan ibadah-Nya menjadi ingkar. Manusia yang diciptakan agar menjaga kesucian agama-Nya.. malahan tangan-tangan manusia itu juga yang menghancurkan. Bumi yang dahulunya diciptakan dengan cukup indah (SubhanALLAH) tetapi kini dihancurkan dan dihodohkan oleh mereka. Ibarat harapkan pagar..pagar makan padi... Jadi... konflik itu sebenarnya memiliki kebaikan yang perlu diperhalusi. Jangan menganggap konflik itu satu halangan yang bakal menghancurkan setiap usaha yang dilakukan. Anggaplah konflik itu sebagai satu amaran agar kita tidak menjauhkan diri daripada ALLAH.. Status hamba.. kenalah tahu diri..sedar sejauhmana darjat kita yang sepatutnya sebagai peminjam bumi di dunia ini. Insaf dengan status hamba yang sebagai peminjam nyawa dan oksigen untuk meneruskan hidup di dunia pinjaman ini.
 Wallahu Alam...
~:: Alhamdulillah Terima Kasih Ya Allah.
#CekguAwan #eseiPendek #Thanx_sudi_baca