BACA DULU NI sebelum baca yang lain

[AMARAN]

Kalau anda seorang yang sukar untuk terima pandangan orang lain, dilarang sama sekali membaca blog ini. Mengapa? Karya-karya dalam blog ini mungkin bagi anda bersifat provokatif, belagak poyo, suka mengada-ngada.. atau mungkin tidak matang.. Well.. saya cuma budak kecik yang baru belajar menggunakan blog. Sebelum ni hidup di atas laut yang jauh dari internet. So, Mumayyiz dalam menulis. Tapi kalau masih berkeras nak baca.. baca je lah! Tapi please baca dengan rasa cinta dan toleransi dalam diri. Sentap atau tersinggung perasaan.. tanggung sendiri. Anda telah diberi amaran tentang risiko yang mungkin anda akan hadapi. Tu laaa ketegaq sangat.


"Sila ambil dan viralkan mana-mana karya di dalam blog ini yang anda rasakan ada jugalah gunanya(walaupun banyak yang tidak berguna) tanpa perlu meminta izin daripada saya. Semuanya daripada Allah juga. Tapi menarik juga sekiranya anda dapat meninggalkan link di manakah tercampaknya karya saya yang marhaen itu - atleast boleh bantu saya popular.. ngeh ngeh ngeh... Yalah, apa salahnya mahu menjejaki kasih karya yang sudah ditulis, di samping menambah kenalan baru bukan..? Senyum sambil membuat tanda aman." : ayat Inche Gabbana..


Kita punya cerita yang tersisa di hati

Bisikan kata yang enggan dilupakan.

Mungkin sekarang masih segar.

Cuma kelak waktu mereputkan minda.

Lantas kisah ini hanya menjadi alunan kenangan yang bisu.


DISKLEMER - Semua pandangan sendiri sahaja.

Tidak matang mungkin.

Cuma ini yang berkisar di minda.

Dan aku tidak ingin melupakan.

Mungkin anda punya cerita lain. Ini cerita aku.

Maaf jika ada yang tidak senang hati.

Berombak dada membacanya.

Tapi ini cerita aku. Berkenan? Silakan baca.

Tidak? Dijemput untuk tekan butang keluar.

June 25, 2013

Sang Perkasa!!

SALAM HATI KEPADA CINTA
Laksana langit membelah purnama
Panahan kasihnya memecah suasana
Hembusan bayu rindunya menyambar resah
Kala kalamNya bergema...
Mendung berarak menyingkirkan kelam..

Awan..andai dapat ku gapai..maka saktilah hamba.
Bait-bait kata terungkai..
Setiap butiran katanya pecah berkecai..
Ibarat serpihan kaca jatuh mencium sejagat hamparan tanah

Setiap perkisahan yang dikarangkan mencatat rangkaian dan untaian cerita hati seorang hamba...
Kelana jiwa lara...
Bukan banjaran yang menjadi badai dalam alur perjuangannya..
Walau tidak segagah Sang Garuda..
Tebaran sayapnya masih mampu melenyapkan teriknya bahana..
Walau langkahnya tidak sedalam samudera..
Namun deruannya masih mampu menyeberangi antagonis yang menerpa
Cukup berbekalkan doa..
Kaki yang melangkah adalah kaki yang menerpa..
Lirikan yang memandang ibarat bilah panah jika tergugat nyawa..

SANG PERKASA....
tiada yang mampu merundukkan egonya jika bukan Penciptanya..

June 18, 2013

DALAM HIDUP TIADA SEMPURNA

apa ertinya blog ini dibuat???
tiada guna jika hanya dibiarkan mereput...
jadi memandangkan aku ketandusan idea utk create cerita..
aku rasa better jadi coretan dari hati seorang remajalah

sekarang aku punya azam yang baru..
azam yang agak gilak jugalah bagi aku..
iya..memang sgt gilak..
memanglah aku ini tidak sempurna...
dan tidak mungkin akan sempurna..
sebab asal kejadianku  pun tidaklah terlalu sempurna

tapi yang paling menyebalkan ialah..
apabila orang lain tidak pernah faham
dengan perangai aku sendiri... iyalah..
aku sedar aku ni banyak cacat dan celanya..
aku tidak nafikan.. childish.. over acting..
dan yang paling terbaik... TIDAK MATANG..!!

jadi...untuk menenangkan hati ini..
dan untuk mengelakkan aku menyakiti hati orang lain..
aku ambil jalan mudah..
tinggalkan mereka yang menyakitkan hati..

jadi sekarang..walau teknik ni jarang berkesan..
tapi aku nak cuba.. better trying than nothing..
jadi orang yang serious?? aku rasa aku tidak mampu..
tapi... aku akan usaha buat yang ini.. LIVE MY LIFE ALONE..

kerana..menyayangi tidak selalu mengembirakan...
jadi..aku nak berhenti menyayangi orang...
biar jadi selfish.. aku ada ALLAH dan keluarga..
lagipun..kawan2 di usm ni hanya sementara..
lepas empat tahun...semuanya akan ditinggalkan

hati bersabarlah...

duhai hati.. itu kata Diana Naim dalam lagunya selepas putus tunang dengan Mawi suatu ketika dahulu.. dan kini aku juga ingin berkata sedemikian..
duhai hati bersabarlah tatkala seluruh isi langit membenci mu.. sentiasalah pasrah jika segenap alam mencaci mu.. tetaplah pada jalanmu jika kau rasa kau menuju ke arah cahaya NYA.. tiada yang lebih sempurna selain mengharapkan keredhaan NYA...
seriously... aku kecik hati..memang sangat kecik2 hati... kepada awak.. aku just main2 je lah.. tidak pernah pun aku maksudkan macam tu... ok fine..   ==''
mungkin aku terlalu berlembut dengan korang.. aku rasa aku terlalu bertoleransi dengan korang...
dan kepada kau.. aku tidak pernah anggap kau racism okey... aku bersyukur kerana aku ada kawan macam kau... kerana kau banyak bagi nasihat dgn aku.. walau kadang2 aku rasa kau annoying..  =='' tapi salah ke bila aku cuba bergurau.. apasal kau touching sgt r??! aku x fahamlah... aku okey je klu kau bergurau walau kadang2 aku rasa menguji kesabaran ku.. aku just be cool... sebab aku tak nak putus sahabat...
susah sangat ke nak faham dengan perangai aku..? aku rasa aku sudah cukup faham dengan perangai korang.. seriously... aku sengaja acting like a kid sebab aku nak sembunyikan sakit hati yang kian membiak di hati.. mau saja rasanya aku jadi seperti Amar dalam novel Hipokrit...  jadi sinis dengan semua orang.. buat kerja sendiri2..
di bumi USM ni semuanya menggembirakan.. tetapi bertemu dengan orang-orang macam kalian..semuanya jadi suram.. menyesal rasanya aku kenal dengan korang..
andainya korang tau apa yang bersarang di hati ni.. rasa sayang terhadap kalian sehingga sayang itu melebihi rasa sayang terhadap kekasih hati... tapi apakan daya.. aku hanya mampu taip rasa hati di sini kerana aku tidak mampu untuk marah depan kalian..
ONCE I HURT..IT WILL LAST FOREVER