BACA DULU NI sebelum baca yang lain

[AMARAN]

Kalau anda seorang yang sukar untuk terima pandangan orang lain, dilarang sama sekali membaca blog ini. Mengapa? Karya-karya dalam blog ini mungkin bagi anda bersifat provokatif, belagak poyo, suka mengada-ngada.. atau mungkin tidak matang.. Well.. saya cuma budak kecik yang baru belajar menggunakan blog. Sebelum ni hidup di atas laut yang jauh dari internet. So, Mumayyiz dalam menulis. Tapi kalau masih berkeras nak baca.. baca je lah! Tapi please baca dengan rasa cinta dan toleransi dalam diri. Sentap atau tersinggung perasaan.. tanggung sendiri. Anda telah diberi amaran tentang risiko yang mungkin anda akan hadapi. Tu laaa ketegaq sangat.


"Sila ambil dan viralkan mana-mana karya di dalam blog ini yang anda rasakan ada jugalah gunanya(walaupun banyak yang tidak berguna) tanpa perlu meminta izin daripada saya. Semuanya daripada Allah juga. Tapi menarik juga sekiranya anda dapat meninggalkan link di manakah tercampaknya karya saya yang marhaen itu - atleast boleh bantu saya popular.. ngeh ngeh ngeh... Yalah, apa salahnya mahu menjejaki kasih karya yang sudah ditulis, di samping menambah kenalan baru bukan..? Senyum sambil membuat tanda aman." : ayat Inche Gabbana..


Kita punya cerita yang tersisa di hati

Bisikan kata yang enggan dilupakan.

Mungkin sekarang masih segar.

Cuma kelak waktu mereputkan minda.

Lantas kisah ini hanya menjadi alunan kenangan yang bisu.


DISKLEMER - Semua pandangan sendiri sahaja.

Tidak matang mungkin.

Cuma ini yang berkisar di minda.

Dan aku tidak ingin melupakan.

Mungkin anda punya cerita lain. Ini cerita aku.

Maaf jika ada yang tidak senang hati.

Berombak dada membacanya.

Tapi ini cerita aku. Berkenan? Silakan baca.

Tidak? Dijemput untuk tekan butang keluar.

February 20, 2013

10 PERSONA DI BAWAH BAYU

dah lama nak buat entri ni... tapi asyik tertangguh jer.. jadi ini kalilah... dibuat sudah entri ni..hek hek hek hek..

mudah2an post kali ini dapat membantu mereka yang ingin menjelajah tanah kelahiran ku ini... SABAH NEGERI DIBAWAH BAYU... terlalu banyak tempat-tempat yang menarik di Sabah... senarai dalam entri ini.. hanyalah sebahagian daripadanya... hanya tempat2 yang betul2 berkenan di hatiku aku masukkan... 
10 WONDER OF SABAH..       you must visit when come!!!

1. GUNUNG KINABALU
di sini anda berpeluang mendaki GUNUNG TERTINGGI DI ASIA TENGGARA...jangan risau...aspek keselamatan sentiasa di titik beratkan

2. MALIAU BASIN
the one and only... SABAH 'S LOST WORLD.... banyak tempat lepak kt dalam ni... bersama2 flora dan fauna yang anda jarang lihat... rugi klu ndak datang..

3. PULAU SIPADAN
pulau tercantik yang mendapat pengiktirafan UNESCO. Located kat tempat tinggal aku..SEMPORNA

4. SIMPANG MANGAYAU
SIMPANG MANGAYAU also known as THE TIP OF BORNEO...
nikmati suasana seperti dalam filem seram HOLLYWOOD.. just come to KUDAT

5. LEMBAH DANUM
bertemulah dengan badak sumbu sumatera, orang utan, ungka dan kancil di sini.. kebanyakan haiwan yang hampir pupus dihimpunkan di sini.. Located at LAHAD DATU

6. GUA GOMANTONG
gua batu kapur terbesar di sabah.. Located at KINABTANGAN

7. MONOSOPIAD CULTURAL VILLAGE
terkenal dengan legenda kaum pemburu kepala... datang dan saksikan budaya mereka ini... jgn risau.. tak kan ada yang buru keplada nada.. zaman dah berubah... Located at PENAMPANG

8. PORING HOT SPRING

 bermandi-manda di kolam air panas sambil merawat kulit.. dan berjalan di atas titian kanopi.. Rainforest terunggul di Sabah.. Located at KUNDASANG...

9. PULAU TIGA (SURVIVOR ISLAND)
pulau ini pernah digunkan sebagai lokasi penggambaran drama bersiri popular CBS... 'Survivor'
rawatlah kulit anda di pulau ini

10. KOTA KINABALU CITY

banyak tempat yang menarik untuk diterokai.. Observation Hill.. Pasar Tamu Gaya Street, Waterfront.. dan sebagainya.. Kota Kinabalu.. International City Gateaway... Bandar Perlancongan

untuk maklumat lanjut.. carilah kat google search.. semuanya ada.. sabahtourism... SELAMAT DATANG KE NEGERI DI BAWAH BAYU..

February 16, 2013

aku masih sayang...

aku masih sayang... inilah post tittle kali ini..... PERINGATAN...INI PANDANGAN SEORANG MAHASISWA YANG BARU SAHAJA BELAJAR BERTINGKAH... INI KISAH POLITIK

kita mulakan dengan post yg aku buat dalam facebook ku...
to UMNO-BeEnd yang disayangi..sedarkah anda bahawa anda sudah terlalu lama memperkotak-katikkan rakyat sabah?? sampai bilakah anda mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh rakyat sabah seperti kami ini? Adakah anda sedar..bahawa kami semakin bosan dengan suara2 anda yang hanya tahu menabur janji kosong...? Jika anda betul2 sayangi kami sebagai rakyat malaysia...buatlah perubahan...kalau tidak dapat mengotakan janji2..silakan keluar dari negeri kami..
sebenanrnya...sebelum menjejakkan kaki di bumi pembangkang ini... aku memang sudah lama memikirkan hal ini.. dan selepas menjejakkan kaki di sini...aku tidak menafikannya...aku semakin memikirkannya.,..  memikirkan nasib negeri yang jauh ketinggalan..dan membandingkannya dengan negeri-negeri di tanah semenanjung ini... aku rasa sungguh sedih... kasihan negeri aku... negeri yang bayak potensinya..tapi dieksploitasi..
bukan hendak memberontak... aku bersyukur dengan kepimpinan  sedia ada... sudah berzaman-zaman keamanan diberikan walaupun sekarang sudah mula goyah kelihatannya...
 aku masih sayang ngn BARISAN NASIONAL...
aku tidak tahu status quo pendana menteri sekarang... adakah dia betul2 di bawah telunjuk isterinya..(walau bayu berpuput mengatakan begitu...) aku kasihan dengan dia... kerana berdasarkan pemerhatian terhadap isu semasa... perdana menteri kita seperti tidak mampu berdiri sendiri.. tidak seperti TUN DR MAHATHIR.. diktator walau dikatakan... tapi itu lebih baik jika dibandingkan dengan kerbau yang dicucuk hidung.
aku masih sayang dengan perjuangan pejuang umno yang terdahulu.... tetapi... perjuangan ahli2nya sekarang seperti tenggelam dengan kemewahan dunia.... adakah kerana aku tinggal di kawasan pembangkang aku berfikir seperti ini???
 tidak..!!! aku sudah lama berfikir tentangnya...sebelum aku menjejakkan ke bumi penang ini... adakah pemimpin sekarang tergolong dalam pewaris Qarun?? yang hancur tenggelam bersama hartanya... dan adakah benar pemimpin parti pembangkang tergolong dalam pewaris kaum sadum yang terkubur bersama dosa-dosa mereka...??
 aku tidak suka dengan kekacauan politik yang berlaku sekarang... bagi aku..pemimpin sekarang perlu dipinda..tetapi tidak perlu dipindah..
jika pembangkang ambil alih...negara lebih terdedah kepada kekacauan.. parti pembangkah terdiri daripada dua parti melayu yang inginkan status perdana menteri..dan barisan nasional tidak akan berdiam diri jika putrajaya terlepas dari tangan mereka.. lebih banyak lagi kekacauan yang akan berlaku..
namun, adakah wajar terus dibiarkan  UMNO bermaharaja lela dengan kealpaan mereka sekarang...???  dan perlukah dibiarkan pembangkang terus berusaha menghasut rakyat supaya memberontak..menghapuskan mandat pemerintah yang dimiliki oleh barisan nasional lalu menggantikannya dengan mantan pemerintah?? silap siapakah kekacauan ini berlaku? adakah silap pemimpin terdahulu yang memulakan penyatuan sejak mulanya persekutuan malaysia...?

untuk pemimpin yang tercinta... tolonglah ubah tingkah anda.. rakyat semakin muak dengan propa semata-mata... anda ada autoriti untuk menyingkirkan mereka yang menjadi racun dalam parti anda.. jika anda sendiri yang menjadi racunnya... maka tinggalkanlah parti tersebut.. biarkan mereka yang menjadi penawar menerajuinya...

aku masih sayang BARISAN NASIONAL...
dan aku simpati dengan perdana menteri sekarang yang sering menjadi bahan ketawa para pembangkang dan penyokong mereka...




dear perdana menteri.. kuatkan hatimu... teguhkan pendirianmu... sesungguhnya Allah telah menurunkan kuasa untuk anda bersama-sama tanggungjawab... semakin besar kuasa yang dimiliki...semakin besar juga tanggungjawab yang dipikul....kurangkan hiburan..ALLAH tidak suka... lebihkanlah ibadah... jangan kerana 1 Malaysia, agama dipertaruhkan.. satu malaysia bukan sahaja diterjemahkan melalui lagu-lagu patriotik yang dijadikan halwa telinga.. Satu Malaysia tidak sepatutnya diluahkan melalui perhimpunan bersama belia lalu beramai-ramai menjerit dan melaungkan SATU MALAYSIA... tolong jangan jadikan Malaysia yang merupakan negara islam menjadi hub hiburan nusantara.... keuntungan bukan hanya dapat diperoleh melalui pintu dosa tersebut...ALLAH menyediakan banyak pintu pahala untuk mendapatkan keuntungan...
contohilah Rasulullah... memajukan negara semakin sukar jika dosa menjadi agendanya.. ALLAH akan merumitkannya tidak kira agama apa yang pemimpin tersebut anuti.. MALAYSIA...negara islam bukan sekadar pada nama... jadikanlah realiti 

February 11, 2013

SaLaM hAti kEpaDa CiNta

sejujurnya..hati ini sudah dapat mengagak apa yang dia sedang katakan...hati ini dapat menjangkau apa yang dia fikirkan...

MENYENDIRI LAGI..
Di sini... tertulis sebuah kisah..yaa..kisah yang terlalu sakait untuk digarapkan..
kesepian yang mencengkam tidak terungkap bagaimana sakitnya.. sakit memang sakit..
walau tidak berdarah..
walau tiada darah yang dialirkan..
walau tanpa warna merah yang meronainya..
tapi sakitnya sukar untuk diungkapkan..

kesepian jika dibiarkan menyiksa jiwa..
dan...jika diatasi dengan cara yang salah..
akan melemahkan iman..

sebagai muslim...cukuplah CINTA ALLAH bersemi di jiwa..
sesungguhnya cinta kepada ALLAH itu mencukupi segalanya..
tanpa cinta-NYA..
hilanglah ertinya sebagai manusia..
tanpa cinta-NYA..
kesepian itu tidak pernah pudar..
Sandarkan resahmu di dada solat..
tunjangkan rindumu pada himpunan doa..

>>TIADA YANG AGUNG SELAIN CINTA ALLAH<<
SaLam Hati kepada CiNta..
BiaRLah CiNtA itu uNtUk YaNg ESA..
Bersama cinta-NYA bawa ke SyuRGa..
Lupakan cinta-NYA...bawa ke NeRaKa..!!
 

February 10, 2013

cinta Allah

?
Apabila sendiri..ingatlah bahawa masih ada yang sayang dengan kita...
Apa yang kita miliki sekaranh..tidak semestinya berkekalan untuk selamanya...
Yakinlaa dengan takdir yang sudah tersurat untuk kita... setiap perancangan yang telah diatur untuk kita..,itulah yang terbaik...

Hari ini sesuatu yang penting dan berharga hilang,,dan bukannmilik kita lagi..
Esok pasti ada penggantinya... sesuatu yang lebih memberi manfaat dan kebaikan kepada kita...

Yakin dengan Allah.... Allah pasti tolong kita... Dia tidak pernah kejam dengan hamba Nya