BACA DULU NI sebelum baca yang lain

[AMARAN]

Kalau anda seorang yang sukar untuk terima pandangan orang lain, dilarang sama sekali membaca blog ini. Mengapa? Karya-karya dalam blog ini mungkin bagi anda bersifat provokatif, belagak poyo, suka mengada-ngada.. atau mungkin tidak matang.. Well.. saya cuma budak kecik yang baru belajar menggunakan blog. Sebelum ni hidup di atas laut yang jauh dari internet. So, Mumayyiz dalam menulis. Tapi kalau masih berkeras nak baca.. baca je lah! Tapi please baca dengan rasa cinta dan toleransi dalam diri. Sentap atau tersinggung perasaan.. tanggung sendiri. Anda telah diberi amaran tentang risiko yang mungkin anda akan hadapi. Tu laaa ketegaq sangat.


"Sila ambil dan viralkan mana-mana karya di dalam blog ini yang anda rasakan ada jugalah gunanya(walaupun banyak yang tidak berguna) tanpa perlu meminta izin daripada saya. Semuanya daripada Allah juga. Tapi menarik juga sekiranya anda dapat meninggalkan link di manakah tercampaknya karya saya yang marhaen itu - atleast boleh bantu saya popular.. ngeh ngeh ngeh... Yalah, apa salahnya mahu menjejaki kasih karya yang sudah ditulis, di samping menambah kenalan baru bukan..? Senyum sambil membuat tanda aman." : ayat Inche Gabbana..


Kita punya cerita yang tersisa di hati

Bisikan kata yang enggan dilupakan.

Mungkin sekarang masih segar.

Cuma kelak waktu mereputkan minda.

Lantas kisah ini hanya menjadi alunan kenangan yang bisu.


DISKLEMER - Semua pandangan sendiri sahaja.

Tidak matang mungkin.

Cuma ini yang berkisar di minda.

Dan aku tidak ingin melupakan.

Mungkin anda punya cerita lain. Ini cerita aku.

Maaf jika ada yang tidak senang hati.

Berombak dada membacanya.

Tapi ini cerita aku. Berkenan? Silakan baca.

Tidak? Dijemput untuk tekan butang keluar.

November 09, 2013

Saat Hilangnya Seorang Bintang Terang

Betapa mulia dan indahnya akhlak baginda Ya Rasulullah SAW masih ingat akan kita sewaktu sakratul maut.
'Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbata memberikan khutbah,
"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua hal pada kalian, sunnah dan Al Qur'an. Barang siapa mencintai sunnahku, berati mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan bersama-sama masuk syurga bersama aku".

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang teduh menatap sahabatnya satu persatu.
Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Uthman menghela napas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua," desah hati semua sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu, hampir usai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan sigap menangkap Rasulullah yang limbung saat turun dari mimbar.
Saat itu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu, andai mereka mampu.
Matahari kian tinggi, tapi pintu Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.
"Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,

"Maaf, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?".

"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"tutur Fatimah lembut.
Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Malaikat Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Malaikat Jibril yang sedang bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. " Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua pintu syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Malaikat Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Malaikat Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan bimbang, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad yang telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, tiba saatnya Malaikat Izrail melakukan tugas. Perlahan-lahan roh Rasulullah ditarik. seluruh tubuh Rasulullah dibasahi peluh dan urat-urat lehernya menegang.

"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan-lahan Rasulullah mengaduh.
Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat Sang pengantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.


"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali mendekatkan telinganya.
"Uushiikum bis-shalaati, wamaa malakat aimaanukum - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."


Di luar pintu, tangis mulai kedengaran saling bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii!" -
"Umatku, umatku, umatku"
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

‘Aisyah ra berkata: ”Maka jatuhlah tangan Rasulullah, dan kepala beliau menjadi berat di atas dadaku, dan sungguh aku telah tahu bahwa beliau telah wafat.”

Dia berkata: ”Aku tidak tahu apa yg harus aku lakukan, tidak ada yg kuperbuat selain keluar dari kamarku menuju masjid, yg disana ada para sahabat, dan kukatakan:

”Rasulullah telah wafat, Rasulullah telah wafat, Rasulullah telah wafat.”

Maka mengalirlah tangisan di dalam masjid, kerana beratnya khabar tersebut, ‘Saidina Uthman bin Affan seperti anak kecil menggerakkan tangannya ke kiri dan ke kanan.

Manakala Saidina Umar bin Al-Khattab berkata: ”Jika ada seseorang yang mengatakan bahwa Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam telah meninggal, akan kupotong kepalanya dengan pedangku, beliau hanya pergi untuk menemui Allah sebagaimana Musa pergi untuk menemui Allah.”

Saidina Abu Bakar pula segera menemui Rasulullah lalu memeluk Baginda dan berkata: ”Wahai sahabatku, wahai kekasihku, wahai bapakku.”

Kemudian dia mencium Rasulullah dan berkata: ”Anda mulia dalam hidup dan dalam keadaan mati.”

Keluarlah Abu Bakar ra menemui orang-orang dan berkata: ”Barangsiapa menyembah Muhammad, maka Muhammad sekarang telah wafat, dan barangsiapa yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah kekal, hidup, dan tidak akan mati.”

‘Aisyah berkata: “Maka akupun keluar dan menangis, aku mencari tempat untuk menyendiri dan aku menangis sendiri.”

Inna lillahi wainna ilaihi raji’un, telah berpulang ke rahmat Allah manusia yang paling mulia, manusia yang paling kita cintai pada waktu dhuha ketika memanas di hari Senin 12 Rabiul Awal 11 H tepat pada usia 63 tahun lebih 4 hari. Shalawat dan salam selalu tercurah untuk Nabi tercinta Rasulullah.

Allahumma shali'alla sayyidina wa mawlana Muhammad....


Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allaahumma sholli 'alaa Muhammad wa'alaihi wasahbihi wasallim.
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia,
tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak

November 08, 2013

Pelikkah kita apabila berbeza dengan orang lain??

apa kata orang jika anda yang berumur 21 tahun berlari-lari di padang sekolah pada waktu hujan?
apa kata orang jika anda yang sedang duduk seorang diri tiba-tiba menyanyi sekuat hati?
pelik bukan...??
dalam hati ini terlalu banyak cerita yang tersimpan.. ada sebahagiannya tidak mampu untuk dikongsikan dengan orang lain..
itu cerita hati yang paling dalam.. kelak dicerita mengundang malu di hati...
apa taknya.. kerana mulut badan binasa.. lagi pun... ada kalanya.. berdiam diri itu lebih baik..
diri pun akan terhindar daripada mengumpat.. paling tidak pun kita dapat mengelak daripada menyakitki hati orang...

kelihatan pelik di mata orang lain tidak semestinya menampakkan kita bodoh di mata mereka... persepsi manusia sememangnya begitu..mustahil bagi kita untuk memuaskan hati semua orang yang kita kenali.. hanya mereka yang dapat memahami kepelikan yang kita miliki akan sentiasa berpuas hati dengan tindakan kita..dan mereka itu adalah sahabat kita yang sebenarnya. mereka sentiasa menyokong anda.. yups.. kawan yang baik akan sentiasa menyokong kita selagi kita masih berada dilandasan yang betul...

kepelikan yang kita miliki sebenarnya adalah anugerah daripada ALLAH.. itu adalah keunikan yang kita miliki.. biar hina di mata orang. asalkan jangan hina di mata ALLAH... sama jugalah hendaknya seperti wanita dan hijabnya.. sesetengah wanita berbangga dengan rambut mereka yang lurus...tebal.. dan halusssss.. sedangkan wanita yang bertudung litup..labuh sehingga ke paras paha dianggap ketinggalan zaman. not up to date... pelik bukan..?? manusia zaman sekarang.. semakin lupa dengan asal usul kejadian mereka...
~:: jangan pernah anggap kita ini lebih rendah berbanding orang lain... manusia di mata ALLAH semuanya sama.. yang membezakan kita hanyalah IMAN, AMAL dan TAQWA.. ILMU juga jangan dilupakan...
~:: yang penting..jangan bersedih.. ALLAH sentiasa bersama kita.. jangan pernah berputus asa untuk berdoa mengharapkan bantuan ALLAH... ALLAH sentiasa bersama kita.. ALLAH sentiasa menyayangi kita.. ALLAH tidak pernah berhenti mendengar keluhan-keluhan kita.. bahkan DIA tidak pernah jemu walau sedetik pun...

November 04, 2013

Kenapa Menulis??

acap kali aku dilemparkan soalan-soalan cepuk emas seperti ini..
kenapa menulis? kenapa nak buat blog? kenapa nak jadi blogger?
nak bajet2 hot ke?
soalan2 typical yang akhirnya diikuti oleh soalan2 sentap..
hati hanya mampu tersenyum menjawab setiap soalan yang diutarakan.
bagi aku..
menulis di alam maya bukan kerana ingin menunjukkan kelebihan yang aku miliki..
aku sedar bertapa kerdilnya ilmu ku jika dibandingkan dengan ilmu Yang Esa..
walhal... masih ramai lagi blogger2 yang lebih sempurna penulisannya berbanding aku..

aku menulis..
kerana penulisan ini menjadi peneman dikala sepi..
penulisan ini yang akan mencatat 1001 kenangan yang terpahat di minda ini..
otak yang dikurniakan tidak cukup sesuai untuk menampung segala kekusutan yang bertandang di hati..
penulisan ini menjadi wadah perkongsian dengan rakan2 di seluruh dunia... baik yang muslim atau muallaf atau mereka yang sudi membaca..
aku tahu.. ada kalanya post2 yang dipaparkan agak tidak sesuai dengan mereka yang bukan beragama islam..
dalam hidup ini.. apa yang penting adalah niat..
menulis di sini..menjadi satu pemangkin semangat yang kian pudar..
menulis di sini sebenarnya mengajar hati yang kerdil ini untuk berpujangga..
mengajar hati ini agar sentiasa matang berfikir..
kerana di sini.. tercatat segalanya apa yang tersurat di hati..
walaupun sebahagiannya masih tertanam di sudut hati yang paling dalam...

setiap bait2 kata yang tersurat di sini menjadi satu ilmu yang dikongsikan dengan warga dunia semua..
tiada persoalan sama ada kita layak atau tidak..
apa yang penting adalah kesanggupan untuk berkongsi idea, pengalaman dan cerita...
hati manusia zaman kini sememangnya semakin sukar dibendung hitamnya..
kiasan melayu lama bukan lagi caranya..
tetapi bilah2 kata yang tajam dan mampu merobekkan jiwa menjadi mainannya..
tersalah tingkah pasti terpenggal hujung lidah..
pasti bingit telinga mendengar setiap caci maki dan kritikan..
tidak mengapa.. hati manusia.. memang tiada yang sempurna...

kisah yang dipapar di sini.. bukan untuk menyindir sesiapa..
kerana penulisan ini dikarangkan untuk menjadi perkongsian untuk semua ummah..
kerana penulisan ini sentiasa mengingatkan aku dengan Yang Esa..
kerana penulisan ini juga.. aku menjadi kerap bertasbih..
setiap bait2 pujian terzahir setiap kali mengenangkan cerita sehari-hari yang dikarangkan..semoga apa yang berlaku kelmarin menjadi pengajaran pada hari ini untuk membaiki hari esok..
tiada yang mampu menewaskan kesabaran dan ketabahan yang ALLAH kurniakan..
hati cuma perlu dicekalkan menhadapi setiap ujian yang dicermikan..
Wasalam... semoga kita sentiasa bernaung di bawah lindunganNya

November 03, 2013

Cinta itu satu Iman

kalau ada yang betanya tentang cinta mu.. maka katakanlah ia untuk orang yang layak sahaja..
tetapi sebelum itu.. katakanlah cinta itu hanya untuk Yang Esa sahaja.. untuk para Rasul sahaja.. untuk ibu bapa mu sahaja..
kerana..
tak kan wujud cinta-cinta yang sempurna tanpa cinta-cinta itu..
cinta yang lahir dari hati adalah anugerah yang terindah..
cinta itu sifatnya suci..
kekalutan dan nafsu manusia yang merosakkan kesucian cinta itu..
seperti sucinya cinta Adam a.s kepada isterinya Hawa...
namun cinta anak mereka Qabil telah dicemari oleh  hasutan dan bisikan syaitan...!!
kejahatan pertama di dunia ini dimulakan oleh cinta yang mengikut nafsu..
berpada-padalah dalam bercinta...
kerana cinta ikut hati yang kotor akan membimbing langkah ke lembah kejahatan..
dan seterusnya membuka pintu neraka..
bernaunglah di bwah cinta yang suci... itulah laluan yang terindah yang akan membimbing langkah menuju ke syurga... 
cinta jannah...
untuk meraihnya.. perlulah dimantapkan iman..
cinta tanpa iman..ibarat laut yang dipenuhi racun sehingga ikan-ikan di dalamnya.. tidak mampu lagi bernafas lalu terkapai mati... 
~:: Salam Hati Kepada Cinta

October 16, 2013

Setelah sekian lama...

antara punca manusia lemah dalam meniti ujian Yang Esa ialah sikap malas dan suka memanjakan diri sendiri. alhamhamdulillah... setahun di bumi USM telalu banyak kenangan yang terbina... baik kenangan yang menyenangkan hati mahupun yang menyakitkan hati. dan sekarang...
sebenarnya saat-saat yang menggetirkan dalam hidup sebagai mahasiswa muslim. Iman terasa terlalu goyah saat ini. sejak berpindah ke bilik persendirian.. tidak dinafikan.. rindu kepada roomate lama. walau kini dia hanya menjadi jiran. tidak mengapa... sebenarnya perpisahan ini memudahkan aku untuk beribadah... tapi persoalannya... kenapa saat ini aku semakin kerap ''terlupa'' solat berbanding dulu.
saat ini.. terasa diri semakin jauh daripada Sang Ilahi.. bertapa jahilnya diri sendiri... kufur nikmat yang dikurniakan.. dulu beria nak single room.. sekarang...rasa bilik ini terlalu membosankan.. walau sudah banyak kali terlintas di hati bahawa single room ini akan memudahkan aku beribadah tanpa gangguan... tapi.. tidur kian bermaharaja lela... sudah banyak kali terlepas kelas... kerana terlajak tidur..
hmmm... terlalu banyak yang perlu diperbaiki dalam diri sendiri ini.. jika dibiarkan.. takut yang buruk itu akan membusuk...!! sebelum lakaran masa hadapan hancur berkecai...!!
sebenarnya...aku rindu untuk menikmati kembali kemanisan iman yang pernah dinikmati dahulu..walau kemanisan tersebut hanya secubit kecil daripada kemanisan iman yang sebenarnya...
Ya Allah..aku rindu untuk menjadi tetamu masjidMu.. aku rindu untuk menjadi hambaMu yang sentiasa menghamparkan tikar sejadahMu.. aku rindu untuk menjadi hambaMu yang sering bangkit di waktu  subuh untuk menyembahMu... Bimbinglah aku yang Allah..

July 16, 2013

bagaimana nak dapatkan bibir merah bak delima?

Bibir...
sama seperti rambut.. jika kita memiliki rambut yang sihat, lurus dan panjang dan berkilau..
yups.. rambut yang sihat dalam diperoleh melalui penjagaan yang baik..
pakai syampu yang berbagai brand dgn khasiat masing..
bibir yang nmpak gebu..seksi..dan merah merekah bak delima sebenarnya boleh dimiliki oleh semua..
tanpa perlu menempelkan lipstik tebal2.. bibir yang merah ini boleh dimiliki..
merah semula jadi tanpa bahan sintetik seperti lipstik..

bukan sahaja wanita yang mengidamkannya..
bahkan lelaki juga menginginkannya utk menarik perhatian..
atau kepada bro bro perokok tegar yang memiliki bibir hitam..
bagaimana nak memilikinya??
teruskan pembacaan.. jangan malas...

KHASIAT MADU
madu ni bukanlah suatu yang asing bagi kita.. dah ramai yang mengetahui khasiat madu ni.. khususnya wanita.. selain daripada menyembuhkan jerawat pada wajah, madu juga boleh digunakan untuk menjaga kelembapan bibir secara semula jadi..
bagaimana???  hanya perlu sediakan madu.. dan sapukan serta ratakan madu pada bibir anda.. biasanya lagi sesuai jika dilakukan sebelum tidur..
KHASIAT UBAT GIGI
ternyata ubat gigi di rumah ada juga fungsi yang lain... sebelum mengggunakannya.. pastikan ubat gigi anda bebas detergen.. takut nanti akan membawa kesan sampingan yang tidak diingini..
bagaimana?? hanya perlu sapu dan ratakan ubat gigi pada bibir anda... jangan sapu terlalu tebal atau terlalu nipis... lepas tu biarkan selama 2 hingga 3 minit.. kemudian pergi basuh.. boleh lakukan sebelum tidur atau ketika anda sedang menggosok gigi.
catatan : cara ini akan menyebabkan anda mengalami bibir yang kering pada awalnya.. namun hasilnya?? terbukti memberikan bibir yang merah bak delima.. kalau tak percaya.. cuba dulu dan alami sendiri..  
KHASIAT MENTEGA
mentega?? jangan ingatkan mentega hanya boleh digunakan untuk menyedapkan masakan atau hanya unutk membuat kuih raya.. ternyata mentega juga mampu  memerahkan bibir.. :)
bagaimana??? macam biasalah.. sapu dan ratakan mentege pada bibir... boleh dilakukan sebelum tidur juga..
KHASIAT MINYAK ZAITUN
minyak zaitun kaya dengan vitamin E... vitamin E inilah yang akan menjadikan bibir anda merah secara semula jadi.. minyak zaitun juga mampu melembabkan bibir.. :) 
bagaimana?? semuanya cra adalah sama.. sapu dan ratakan minyak zaitun pada bibir.. sesuai dilakukan sebelum tidur..

selamat mencuba...!!
apa yang penting adalah keyakinan dan sentiasa bersyukur..
tips ini hanyalah cadangan dan saranan untuk mendapatkan bibir idaman..
berkesan atau tidak?? semua terletak pada ketentuan ALLAH..
jika ALLAH izinkan anda memiliki bibir yang merah... maka anda akan memilikinya..
AS.SALAM... ^_^v 
 
 
 
 

June 25, 2013

Sang Perkasa!!

SALAM HATI KEPADA CINTA
Laksana langit membelah purnama
Panahan kasihnya memecah suasana
Hembusan bayu rindunya menyambar resah
Kala kalamNya bergema...
Mendung berarak menyingkirkan kelam..

Awan..andai dapat ku gapai..maka saktilah hamba.
Bait-bait kata terungkai..
Setiap butiran katanya pecah berkecai..
Ibarat serpihan kaca jatuh mencium sejagat hamparan tanah

Setiap perkisahan yang dikarangkan mencatat rangkaian dan untaian cerita hati seorang hamba...
Kelana jiwa lara...
Bukan banjaran yang menjadi badai dalam alur perjuangannya..
Walau tidak segagah Sang Garuda..
Tebaran sayapnya masih mampu melenyapkan teriknya bahana..
Walau langkahnya tidak sedalam samudera..
Namun deruannya masih mampu menyeberangi antagonis yang menerpa
Cukup berbekalkan doa..
Kaki yang melangkah adalah kaki yang menerpa..
Lirikan yang memandang ibarat bilah panah jika tergugat nyawa..

SANG PERKASA....
tiada yang mampu merundukkan egonya jika bukan Penciptanya..

June 18, 2013

DALAM HIDUP TIADA SEMPURNA

apa ertinya blog ini dibuat???
tiada guna jika hanya dibiarkan mereput...
jadi memandangkan aku ketandusan idea utk create cerita..
aku rasa better jadi coretan dari hati seorang remajalah

sekarang aku punya azam yang baru..
azam yang agak gilak jugalah bagi aku..
iya..memang sgt gilak..
memanglah aku ini tidak sempurna...
dan tidak mungkin akan sempurna..
sebab asal kejadianku  pun tidaklah terlalu sempurna

tapi yang paling menyebalkan ialah..
apabila orang lain tidak pernah faham
dengan perangai aku sendiri... iyalah..
aku sedar aku ni banyak cacat dan celanya..
aku tidak nafikan.. childish.. over acting..
dan yang paling terbaik... TIDAK MATANG..!!

jadi...untuk menenangkan hati ini..
dan untuk mengelakkan aku menyakiti hati orang lain..
aku ambil jalan mudah..
tinggalkan mereka yang menyakitkan hati..

jadi sekarang..walau teknik ni jarang berkesan..
tapi aku nak cuba.. better trying than nothing..
jadi orang yang serious?? aku rasa aku tidak mampu..
tapi... aku akan usaha buat yang ini.. LIVE MY LIFE ALONE..

kerana..menyayangi tidak selalu mengembirakan...
jadi..aku nak berhenti menyayangi orang...
biar jadi selfish.. aku ada ALLAH dan keluarga..
lagipun..kawan2 di usm ni hanya sementara..
lepas empat tahun...semuanya akan ditinggalkan

hati bersabarlah...

duhai hati.. itu kata Diana Naim dalam lagunya selepas putus tunang dengan Mawi suatu ketika dahulu.. dan kini aku juga ingin berkata sedemikian..
duhai hati bersabarlah tatkala seluruh isi langit membenci mu.. sentiasalah pasrah jika segenap alam mencaci mu.. tetaplah pada jalanmu jika kau rasa kau menuju ke arah cahaya NYA.. tiada yang lebih sempurna selain mengharapkan keredhaan NYA...
seriously... aku kecik hati..memang sangat kecik2 hati... kepada awak.. aku just main2 je lah.. tidak pernah pun aku maksudkan macam tu... ok fine..   ==''
mungkin aku terlalu berlembut dengan korang.. aku rasa aku terlalu bertoleransi dengan korang...
dan kepada kau.. aku tidak pernah anggap kau racism okey... aku bersyukur kerana aku ada kawan macam kau... kerana kau banyak bagi nasihat dgn aku.. walau kadang2 aku rasa kau annoying..  =='' tapi salah ke bila aku cuba bergurau.. apasal kau touching sgt r??! aku x fahamlah... aku okey je klu kau bergurau walau kadang2 aku rasa menguji kesabaran ku.. aku just be cool... sebab aku tak nak putus sahabat...
susah sangat ke nak faham dengan perangai aku..? aku rasa aku sudah cukup faham dengan perangai korang.. seriously... aku sengaja acting like a kid sebab aku nak sembunyikan sakit hati yang kian membiak di hati.. mau saja rasanya aku jadi seperti Amar dalam novel Hipokrit...  jadi sinis dengan semua orang.. buat kerja sendiri2..
di bumi USM ni semuanya menggembirakan.. tetapi bertemu dengan orang-orang macam kalian..semuanya jadi suram.. menyesal rasanya aku kenal dengan korang..
andainya korang tau apa yang bersarang di hati ni.. rasa sayang terhadap kalian sehingga sayang itu melebihi rasa sayang terhadap kekasih hati... tapi apakan daya.. aku hanya mampu taip rasa hati di sini kerana aku tidak mampu untuk marah depan kalian..
ONCE I HURT..IT WILL LAST FOREVER 
 
 

April 10, 2013

bisikan hati (my poem from my facebook)


Menjelajahi setiap mimpi

ombak dan badainya menggamit ilusi


hanya secebis kasih yang diimpi


disebalik berseminya ego diri





Suratan hidup tertulis sudah

apinya yang membara kian merah
fisabilillah jadi penawarnya
rindunya melakar warna ceria
impi yang mengiringi sebentar cuma

Mungkinkah tiba saatnya

apabila hati tersedar sudah
hanya doa yang menemani
angan yang dianyam berkecai pasrah
dedaunan kemaafan terkulai layu
imbasan tentangnya kian kelam.

February 20, 2013

10 PERSONA DI BAWAH BAYU

dah lama nak buat entri ni... tapi asyik tertangguh jer.. jadi ini kalilah... dibuat sudah entri ni..hek hek hek hek..

mudah2an post kali ini dapat membantu mereka yang ingin menjelajah tanah kelahiran ku ini... SABAH NEGERI DIBAWAH BAYU... terlalu banyak tempat-tempat yang menarik di Sabah... senarai dalam entri ini.. hanyalah sebahagian daripadanya... hanya tempat2 yang betul2 berkenan di hatiku aku masukkan... 
10 WONDER OF SABAH..       you must visit when come!!!

1. GUNUNG KINABALU
di sini anda berpeluang mendaki GUNUNG TERTINGGI DI ASIA TENGGARA...jangan risau...aspek keselamatan sentiasa di titik beratkan

2. MALIAU BASIN
the one and only... SABAH 'S LOST WORLD.... banyak tempat lepak kt dalam ni... bersama2 flora dan fauna yang anda jarang lihat... rugi klu ndak datang..

3. PULAU SIPADAN
pulau tercantik yang mendapat pengiktirafan UNESCO. Located kat tempat tinggal aku..SEMPORNA

4. SIMPANG MANGAYAU
SIMPANG MANGAYAU also known as THE TIP OF BORNEO...
nikmati suasana seperti dalam filem seram HOLLYWOOD.. just come to KUDAT

5. LEMBAH DANUM
bertemulah dengan badak sumbu sumatera, orang utan, ungka dan kancil di sini.. kebanyakan haiwan yang hampir pupus dihimpunkan di sini.. Located at LAHAD DATU

6. GUA GOMANTONG
gua batu kapur terbesar di sabah.. Located at KINABTANGAN

7. MONOSOPIAD CULTURAL VILLAGE
terkenal dengan legenda kaum pemburu kepala... datang dan saksikan budaya mereka ini... jgn risau.. tak kan ada yang buru keplada nada.. zaman dah berubah... Located at PENAMPANG

8. PORING HOT SPRING

 bermandi-manda di kolam air panas sambil merawat kulit.. dan berjalan di atas titian kanopi.. Rainforest terunggul di Sabah.. Located at KUNDASANG...

9. PULAU TIGA (SURVIVOR ISLAND)
pulau ini pernah digunkan sebagai lokasi penggambaran drama bersiri popular CBS... 'Survivor'
rawatlah kulit anda di pulau ini

10. KOTA KINABALU CITY

banyak tempat yang menarik untuk diterokai.. Observation Hill.. Pasar Tamu Gaya Street, Waterfront.. dan sebagainya.. Kota Kinabalu.. International City Gateaway... Bandar Perlancongan

untuk maklumat lanjut.. carilah kat google search.. semuanya ada.. sabahtourism... SELAMAT DATANG KE NEGERI DI BAWAH BAYU..

February 16, 2013

aku masih sayang...

aku masih sayang... inilah post tittle kali ini..... PERINGATAN...INI PANDANGAN SEORANG MAHASISWA YANG BARU SAHAJA BELAJAR BERTINGKAH... INI KISAH POLITIK

kita mulakan dengan post yg aku buat dalam facebook ku...
to UMNO-BeEnd yang disayangi..sedarkah anda bahawa anda sudah terlalu lama memperkotak-katikkan rakyat sabah?? sampai bilakah anda mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh rakyat sabah seperti kami ini? Adakah anda sedar..bahawa kami semakin bosan dengan suara2 anda yang hanya tahu menabur janji kosong...? Jika anda betul2 sayangi kami sebagai rakyat malaysia...buatlah perubahan...kalau tidak dapat mengotakan janji2..silakan keluar dari negeri kami..
sebenanrnya...sebelum menjejakkan kaki di bumi pembangkang ini... aku memang sudah lama memikirkan hal ini.. dan selepas menjejakkan kaki di sini...aku tidak menafikannya...aku semakin memikirkannya.,..  memikirkan nasib negeri yang jauh ketinggalan..dan membandingkannya dengan negeri-negeri di tanah semenanjung ini... aku rasa sungguh sedih... kasihan negeri aku... negeri yang bayak potensinya..tapi dieksploitasi..
bukan hendak memberontak... aku bersyukur dengan kepimpinan  sedia ada... sudah berzaman-zaman keamanan diberikan walaupun sekarang sudah mula goyah kelihatannya...
 aku masih sayang ngn BARISAN NASIONAL...
aku tidak tahu status quo pendana menteri sekarang... adakah dia betul2 di bawah telunjuk isterinya..(walau bayu berpuput mengatakan begitu...) aku kasihan dengan dia... kerana berdasarkan pemerhatian terhadap isu semasa... perdana menteri kita seperti tidak mampu berdiri sendiri.. tidak seperti TUN DR MAHATHIR.. diktator walau dikatakan... tapi itu lebih baik jika dibandingkan dengan kerbau yang dicucuk hidung.
aku masih sayang dengan perjuangan pejuang umno yang terdahulu.... tetapi... perjuangan ahli2nya sekarang seperti tenggelam dengan kemewahan dunia.... adakah kerana aku tinggal di kawasan pembangkang aku berfikir seperti ini???
 tidak..!!! aku sudah lama berfikir tentangnya...sebelum aku menjejakkan ke bumi penang ini... adakah pemimpin sekarang tergolong dalam pewaris Qarun?? yang hancur tenggelam bersama hartanya... dan adakah benar pemimpin parti pembangkang tergolong dalam pewaris kaum sadum yang terkubur bersama dosa-dosa mereka...??
 aku tidak suka dengan kekacauan politik yang berlaku sekarang... bagi aku..pemimpin sekarang perlu dipinda..tetapi tidak perlu dipindah..
jika pembangkang ambil alih...negara lebih terdedah kepada kekacauan.. parti pembangkah terdiri daripada dua parti melayu yang inginkan status perdana menteri..dan barisan nasional tidak akan berdiam diri jika putrajaya terlepas dari tangan mereka.. lebih banyak lagi kekacauan yang akan berlaku..
namun, adakah wajar terus dibiarkan  UMNO bermaharaja lela dengan kealpaan mereka sekarang...???  dan perlukah dibiarkan pembangkang terus berusaha menghasut rakyat supaya memberontak..menghapuskan mandat pemerintah yang dimiliki oleh barisan nasional lalu menggantikannya dengan mantan pemerintah?? silap siapakah kekacauan ini berlaku? adakah silap pemimpin terdahulu yang memulakan penyatuan sejak mulanya persekutuan malaysia...?

untuk pemimpin yang tercinta... tolonglah ubah tingkah anda.. rakyat semakin muak dengan propa semata-mata... anda ada autoriti untuk menyingkirkan mereka yang menjadi racun dalam parti anda.. jika anda sendiri yang menjadi racunnya... maka tinggalkanlah parti tersebut.. biarkan mereka yang menjadi penawar menerajuinya...

aku masih sayang BARISAN NASIONAL...
dan aku simpati dengan perdana menteri sekarang yang sering menjadi bahan ketawa para pembangkang dan penyokong mereka...




dear perdana menteri.. kuatkan hatimu... teguhkan pendirianmu... sesungguhnya Allah telah menurunkan kuasa untuk anda bersama-sama tanggungjawab... semakin besar kuasa yang dimiliki...semakin besar juga tanggungjawab yang dipikul....kurangkan hiburan..ALLAH tidak suka... lebihkanlah ibadah... jangan kerana 1 Malaysia, agama dipertaruhkan.. satu malaysia bukan sahaja diterjemahkan melalui lagu-lagu patriotik yang dijadikan halwa telinga.. Satu Malaysia tidak sepatutnya diluahkan melalui perhimpunan bersama belia lalu beramai-ramai menjerit dan melaungkan SATU MALAYSIA... tolong jangan jadikan Malaysia yang merupakan negara islam menjadi hub hiburan nusantara.... keuntungan bukan hanya dapat diperoleh melalui pintu dosa tersebut...ALLAH menyediakan banyak pintu pahala untuk mendapatkan keuntungan...
contohilah Rasulullah... memajukan negara semakin sukar jika dosa menjadi agendanya.. ALLAH akan merumitkannya tidak kira agama apa yang pemimpin tersebut anuti.. MALAYSIA...negara islam bukan sekadar pada nama... jadikanlah realiti 

February 11, 2013

SaLaM hAti kEpaDa CiNta

sejujurnya..hati ini sudah dapat mengagak apa yang dia sedang katakan...hati ini dapat menjangkau apa yang dia fikirkan...

MENYENDIRI LAGI..
Di sini... tertulis sebuah kisah..yaa..kisah yang terlalu sakait untuk digarapkan..
kesepian yang mencengkam tidak terungkap bagaimana sakitnya.. sakit memang sakit..
walau tidak berdarah..
walau tiada darah yang dialirkan..
walau tanpa warna merah yang meronainya..
tapi sakitnya sukar untuk diungkapkan..

kesepian jika dibiarkan menyiksa jiwa..
dan...jika diatasi dengan cara yang salah..
akan melemahkan iman..

sebagai muslim...cukuplah CINTA ALLAH bersemi di jiwa..
sesungguhnya cinta kepada ALLAH itu mencukupi segalanya..
tanpa cinta-NYA..
hilanglah ertinya sebagai manusia..
tanpa cinta-NYA..
kesepian itu tidak pernah pudar..
Sandarkan resahmu di dada solat..
tunjangkan rindumu pada himpunan doa..

>>TIADA YANG AGUNG SELAIN CINTA ALLAH<<
SaLam Hati kepada CiNta..
BiaRLah CiNtA itu uNtUk YaNg ESA..
Bersama cinta-NYA bawa ke SyuRGa..
Lupakan cinta-NYA...bawa ke NeRaKa..!!
 

February 10, 2013

cinta Allah

?
Apabila sendiri..ingatlah bahawa masih ada yang sayang dengan kita...
Apa yang kita miliki sekaranh..tidak semestinya berkekalan untuk selamanya...
Yakinlaa dengan takdir yang sudah tersurat untuk kita... setiap perancangan yang telah diatur untuk kita..,itulah yang terbaik...

Hari ini sesuatu yang penting dan berharga hilang,,dan bukannmilik kita lagi..
Esok pasti ada penggantinya... sesuatu yang lebih memberi manfaat dan kebaikan kepada kita...

Yakin dengan Allah.... Allah pasti tolong kita... Dia tidak pernah kejam dengan hamba Nya

January 23, 2013

Writer'S Block

okey..jujur aku katakan..aku baru kenal apa ke benda tu writers block ini selepas karya Ramlee Awang Mursyid yang terbaru Aku Bercerita..

dan aku rasa aku juga mengalami masalah yang sama...ketika keluar jalan2 pi bandar kualu lumpu...banyak idea penulisan yang terlintas di minda...
--__-- malangnya apabila jari-jemari menekan button2 notebook ni...semua idea tersebut hilang...inilah writers block...kasihan kepada penulis yang mengalami masalah ini...

>>>ceritanya begini...saat jalan di berjaya times square..semua yang dilihat diterjemahkan dalam bentuk rangkaian kata di minda...bait2 kata di susun perlahan...begitu juga ketika memerhatikan menara KLCC... kemegahan bangunan tersebut digambarkan melalui kata2 yang kononnya akan dimasukkan dalam entri kali ini..tetapi sayang seribu kali syang...semuanya hilang..entah kemana...mungkin tertinggal dalam LRT ketika on the way balik rumah...

apakah itu writer's block?
>>>writers block ini merupakan gejala yg biasanya dialami oleh penulis...aiaitu suatu keadaan minda penulis memiliki ketidakupyaan untuk menghasilkan suatu tulisan...atau apa2 bentuk karya baru... kadang2 penulis menganggap gejala ini sebagai perkara remah kerana  gejala ini bersifat sementara sahaja..
>>>biasanya seseorang penulis menghidapi writer's block apabila dia sudah sebati dengan bidang penulisan...dan telah meninggalkan bidang itu dalam beberapa tempoh tertentu..atau sudah lama tidak menghasilkan sebarai karya penulisan...



kenapa writer block bole berlaku??

1. penulis hilang inspirasi...
2. suka bertangguh dalam menulis kerana ada kerja lain yang difikirkan lebih penting...
3. pengalaman penulis yg kurang..
4. masalah kesihatan..terutamnya masalah fizikal sehingga menyebabkan writers block yg teruk...
5. tekanan yg dihadapi kerana kejayaan terdahulu...

--__-- semuanya berdasarkan rujukan drpd uncle google dan pemikiran sendiri

January 21, 2013

dedah buku?? Again RAM in my Life

entri kali ini cuma ingin berkongsi buku yang sudah diterbitkan beberapa athun dahalu..(tetapi aku baru jer terbaca minggu ini).
Rahsia Perindu...aku yakin..ramai yang da pernah terbaca buku ni..sememangnya karya Ramlee Awang Murshid tidak pernah mengecewakan aku... setiapa jalan ceritanya sememangnya sukar untuk aku duga...ketika membaca buku ini..banyak spekulasi dan simpulan sendiri yang dilakukan..prediction demi prediction dilakukan..tetapi semuanya salah.. tapi jujur..aku tidak suka dengan endingnya apabila Tuan Yahya tidak dapat balasan..begitu juga Rashadan...memerka patut mati menurut aku...(--__-- harap RAM akan terbitkan Rahsia Perindu II...tak puas hati dengan ending kali ini)..tetapi yang paling mengujakan apabila mengetahui bahawa awal novel ini hanyalah khayalan Maria semata-mata... such a bulshit (OMG..pi segera taubat!!!) berulang kali aku bca verse yang menunjukkan bahawa Amylia itu ialah Maria..dan peguam bela itu ialah Julia..klu tak faham dari awal memang tak akan faham keseleruhuan cerita ni alamatnya...

>>>tersentuh dengan kegilaan Harris terhadap Maria....cintanya terhadap seorang isteri yang gila..(pesakit psikiatri sebenarnya) tiada bandingan...tetapi aku geram dengan cara dia jaga Aleeya tyme Maria melarikan diri...
>>>satu lagi keraguan yang RAM berjaya wujudkan apabila membuatkan pembaca menyangka bahawa Jefry itu adalah anak Junaidah... Fuh...aku geram ketika membaca setelah mengetahui prediction aku meleset sekali lagi...

>> tentang Leopard yang menjadi antagonis dalam novel ini... prediction aku berubah2..awalnya aku mengira Leopard itu adalah harris..tetapi selepas pembacaan dilanjutkan.. tanggapan itu berubah menjadi Leopard itu adalah Jefry...sekali lagi RAM berjaya menimbulkan rasa sakit hati apabila prediction ini meleset..rupa-rupanya Leopard itu adalah dia yang tidak ku sangkah2...(klu nak tahu siapa..baca sendiri buku ni..)

>> satu lagi kekuatan novel ini ialah... pembaca tidak menyedari bahawa dia sedang membaca satu halusinasi watak pesakit psikiatri novel ini..(watak gila lah tu dalam bahasa kasarnye...) agak terkejut membaca apabila mengetahui bahawa selama ini bayangan di minda Maria turut terbayang di minda ku sendiri...--__-- geram dengan RAM ni...tak pasal2 aku ikut gila baca buku ni....(kepada mereka2 yang nak menyelami bagaimana perasaan orang yang dikategorikan pesakit psikiatri ini...anda wajib baca buku ni!!!)

>>> sejujurnya aku mengatakan..jeles dgn cara penulisan RAM...dia memiliki kecerdasan untuk memanipulasikan minda pembacanya... dan ucapan terima kasih juga kepada RAM...melalui karya2 beliau ini..aku banyak mempelajari soal-soal kejiwaan manusia ini..bukan setakat novel Rahsia Perindu ini...tetapi melalui karya2 beliau yang lain..yang paling menarik Chronicles Of Laxmana Sunan... the best novels i ever read...

>>teruskan karya mu Ramlee Awang Mursyid...!! anda legenda dalam bidang penulisan tanah air ini...kaulah idolah ku untuk menulis...(cheechee chee..berangan nak jadi perintis RAM lah tu...huhuhuhu)

January 19, 2013

cuit2 ceritaku di tempat orang

 

biarkan cerita itu berbunga di kala salji menhujani  bumi..
memberi budi kepada sang lebah dan rama-rama..
memberi aroma kepada sang kumbang di sekitarnya..
biarkan sayap burung itu terus mengembang tatkala hujan membasahi bumi...
biarkan dia terus terbang mencari erti kehidupannya...
burung itu pasti pulang ke sarangnya tatkala senja berlabu..

>>HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG..HUJAN BANTU DI NEGERI SENDIRI<<
lebih baik di negeri sendiri

dan entri  kali ini merupakan refleksi daripada pengalaman pertama menjejakkan kaki di kota kebanggan negara kita ini.. BUKAN NAK MENGKRITIK..kerana aku tahu...semua pasti dah tahu bagaimana keadaannya sosialisasi di kota ini.. kerana perjalanan ketika kerja sehari dalam dewan banquet salah sebuah hotel di Petaling Jaya...

>>untuk kesekian kalinya aku bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan untuk aku...keyakinan berganda bahawa sesungguhnya setiap yang Allah kurniakan untuk kita itulah yang terbaik..seperti kisah seorang pemuda dengan kaktus dan ulat yang akhirnya mendapat rama-rama cantik dan bunga yang cantik..(-_-..kesalahan tatabahasa)
>>ENTRI INI HANYA UNTUK MELUAHKAN RASA KESAL DI HATI<<

tidak dapat dinafikan bahawa pembangunan di tanah ini lebih maju berbanding tempat aku..tapi aku terkesima melihat keadaan anak-anak remaja di sini... aku merujuk kepada rakan-rakan sekerja ku... usai kerja lewat pukul 11.00 malam..jadi tumpang blik menyebabkan aku terpaksa ikut mereka ke karoke. di suatutempat di wangsa maju... itu perkara biasalaa..aku pun selalu lepak dgn kawan2 di sekolah dulu..tapi lebih mngejutkan apabila melihat aksi mereka...si anak dara yang free hair dengan bangganya menhisap roko..dan sisha..(kiamat sudah dekat..inilah puncanya anak yang bakal dia lahirkan menjadi kanak-kanak berkeperluan khas).dan seorang minah comel yang mengenakan selendang jorjet...Alhamdulillah dia bertudung..tapi malangnya.. berpimpinan tangan bersama kekasih hati yang bukan muhrimnya...berkali-kali aku melemparkan jelingan tajam kepadanya..tapi seperti tidak berkesan..akak aku juga dalam berbicara sempat menabur sindiran.keadaan tetap sama.. hanya Allah yang mampu mengadili mereka..sebagai manusia yang abru sahaja berkenalan dengan mereka..aku hanya mampu berdoa dalam hati...iman aku juga masih terlalu rapuh untuk menasihati orang.. masih banyak lagi lompang yang terdapat dalam segenap hati ini...

>>mungkin kerana aku belum lagi menjelajah banyak tempat..kerana itu akurasa sebegini..mungkin kerana aku tidak biasa dengan perkara seperti ini..sebab itu aku tidak selesa..

>>yang penting..aku bersyukur dengan apa yang aku miliki<<
-_-barang siapa yang menyangkah dia sudah sudah cukup bersyukur dengan Allah..dia sudah cukup bertawadduk..istighfarlah..sesungguhnya dia adalah orang yang takbur..-_-

January 18, 2013

dia seorang sahabat

untuk kesekian kalinya hati dibungkamkan....kasih berbisik memecah kerinduan..rindu pada seorang insan yang baru sahaja dikenali...cheee chheee...ada ciri2 mat jiwang tak?! huhuuuhuhu...actually..i try my self to be an author..just like Ramlee Awang Murshid..by favourite author...

dan hari ini..kaki selamat di jejakkan buat pertama kalinya di Kuala Lumpur...ololoololo...orang sabah sampai KL... alhamdulillah..pengalaman baru yang ditimba menambahkan ilmu di dada..
sebenarnya dalam entri kali ini..bukan keindahan KL yang ingin dikongsikan..tak usah dok promote tempat orang okey..tempat sendiri pun aku belom promote agi.. nnti next tyme.. sekarang nak share TENTANG DIA ni.. Dia kali ini merujuk kepada seorang sahabat, teman, kawan dan rakan...(kome pilihlah mana2 istilah kome suka)

jujur aku katakan aku rindu berkawan dengan dia..even dia selalu membangkang kata-kata ku..selalu menentang setiap keputusan ku...dan selalu menidakkan  fakta yang aku utarakan..tapi itu yang aku sering rindui..hahaha..dan juga daya tahan mentalnya menghadapi kegilaan ku ini...

>>attention please..post ini sebenarnya ditulis untuk memastikan ada entri baru yang dikarangkan,..tak nak blog ini sunyi sepi<<

dan apabila berbicara soal persahabatan ini...bak kata diorang...member @ geng...
aku dapat firasat bahawa sem 2 nanti kami tidak akan seakrab sem ini..tambahan pulak aku kos pendidikan khas...dan dia kos lain...dan tidak confirm lagi dia sentiasa belajar bersama2... well..

like i ever thought before...people every day change...
>>never mind i'll find someone like you..
     i wish nothing but the best for you too..
      dont forget me..i beg...
      (copy and paste from Adele song)

January 14, 2013

jom kita belajar cakap sabah..!!



memang aku ini...anak orang kampung tiada apa-apa..

>>.cheechee...ada mirip suara jimmy palikat tak...? saj ank merapu sebelum tido... karang ni aku nak daftar kata sedikit istilah sabahan yang tiada kat semenanjung...setakat yang aku tau je lah...nnti klu ada penambahan aku update... klu x pun buat entri baru... jom share... kepada reader dri sabah..kita share okey....type kat comment...

ndak    = tidak
limpas  = lalu
siring    = tepi
sasar    = ke tepi
jerak = taubat..tak buat lagi..got ur own lesson okey..!
batcat = geram
lober = hilang dara
bikin = buat
bitin = stim..(ini lucah sedikit...18SX)
miring = condong
sowt = gila
bidak = hodoh, jellek
sakai = sporting , selekeh
teropot = kantoi
bubut = cabut lari
low bet = battery low
kuyak = malu


>>>> cukup je lah sekarang..banyak sudah ni... kalau terlampau banyak..ndak juga kamu larat baca semua..nanti kalau ada apa-apa...aku tambah lagi...salam ukhuwah..




THANX 4 READING!!

Perkembangan Emosi bayi

okey..memandangkan aku payah nak belajar menggunakan buku...(dan tiada kawan nak study group...aku jdikan korang sbg rakan study group ku...bole kan??! thanx coz sudy baca...
comeynye baby sapo ni..!! ginilah muka aku tyme kecik2 dulu...hekhekhekehek..(peerahh!!)
dalam peringkat bayi...ada empat je emosi dominan..tyme kita kecik2 dulu tak bayak perasaan kita ada...bila besar ni yang dah pandai mengada-ngada...
1. kita dulu kecik2 kuat MENANGIS... sikit2 ditinggalkan ibu...nak nangis...lampin basah...nangis...lapar..nangis lagi..entah bila kita tak nangis tyme baby dulu...(tyme tido le..-__-..)
   >>klu x caye...cube tengok semula ahmad albab by tun p.ramlee...sgt menerangkan keadaan kita tyme bayi ni...

2. emosi yang kedua ni..aku baru jak perasan bila belajar psikologi di USM ni... TAKUT DAN BIMBANG???... iye ke? tyme kecik2 dulu kita dah pandai takut ke...? ouh..mgkin sebab tu lah kita nangis bila nampak hantu... kan tyme kecik2 dulu..kata org hijab dgn alam halus tu belum tertutup sepenuhnya... mungkin la kot...!
scared babies>>tapi bukan tu pulak yg aku belajar kat USM ni---> takut kepada orang asing..(bukan alien okey!!) dan makhluk tertentu...(contoh??)
         --->>bila difikir bu'...bila difikir2 pak..! takut kepada makhluk tertentu ini apa ya??! (chee chee...jadi ore indon pulak aku...huhuhu)
bole jadi takut kepada hantu tadi...(aku rasa ini mitos jer..) tapi takut kepada makhluk ni lebih kepada haiwan dan serangga lah... contoh macam aku kecik2 dulu..aku paling takut dengan ketam...hehe.. kome pulak..? tyme kecik2 kome takut hape?...share..share okey...share kat chatbox..!!
---->dalam buku yang ahmad pelajari juga... bayi perlukan scaffolding utk atasi rasa takut ni apabila kanak2 nanti...
         --->>dan bimbang pulak ni...baby pun pandy bimbangkan..!! haha...aku rasa fakta ni pelik.. " bimbang ialah perasaan dalaman pada satu keadaan bahaya yang subjektif.." 
 -->aku setuju bimbang tu perasaan dalaman..mmg la..kita manusia ni teda perasaan luaran..LOL...klu ada pun agaknya dya ada keturunan alien....kryptonian...mcm superman..wow! hebat! wow..wow! hebat..!! hebat..!! (--__--..di larang merapu ketika belajar) 
--> dalam keadaan bahaya yang subjektif...apa ni?? bayi diculik ke? atau nak jatuh dari buaian? atau tetiba orang gila datang nak bunuh bayi tu...--__-- atau ini lebih merujuk kepada bayi yang terlibat dengan pembuangan bayi...
attention please...post kat atas tadi merapu...ni yang real okey!!
   --->>perasaan bimbang ini merujuk kepada bahaya yang subjektif menurut bayi..iaitu merujuk kepada situasi apabila mereka ditinggalkan oleh penjaga atau pengasuh..klu baby yang tiada pengasuh mcm mna? naa kau yang tinggalkan!!! (masih lagi kepala hotak ni sempat memikirkan soalan mengarut macam ni...-_-) 
     >>kita ambik contoh tyme ibu pergi masak..dan baby tinggal sendiri..tetiba mak sedara datang...baby nangis..(sebab muka mak sedara tu macam ketam..LOL...klu x pun macam hantu yang baby nampak semalam...) baby rasa mak sedara mengancam..(bukan seksi okey!! baby teda syawat lagi..!! rujuk teori Frued..) mengancam keselamatannya...hmm bagi aku mungkin baby sangkah mak sedra dia tu terrorist..macam israel di palestine tu...klu tak pun...baby tu sangka mak sedara dia tu monster sebab mak sedara dia tu terlebih lemak kat badan sehingga baby nampak mak sedara tu tersangatlah besarnya...ditambah lagi suara mak sedara tu macam guruh di langit...dan baby tak sampai hati nak tumpahkan air di tempayan...(motif??..--__--..mendengar guruh di langit..air di tempayan dicurahkan) hahaha...mohon kelia da apa yg aku dok terangkan tang cini...

3. emosi baby yang ketiga pulak ialah KETAWA DAN LAWAK!! ni yang aku suka...coz baby klu ketawa comel sesangat...!! emosi ini tercetus kerana konsep perapatan...attachment kata om puteh... klu seseorang kanak2 tu rapat dgn kita...dia akan tersenyum tengok kita...hehehe..untungkan..kerana kita, baby buat sedekah...sedekah paling awal... ***senyum itu satu sedakah***.. jadi ibu2 dan bapak2 di luar sana...klu tengok baby anda..senyumlaaa..baby akan ikut senyum gak tu... kognitif baby juga ikut berkembang tau klu mereka ketawa ni..!!
_--->dan klu bayi ni gembira...dia akn buat perkara2 yang comel2 saja...contoh..keluarkan tempias...gigit hujung kakinya..dan tunjukkan gusi yang tak bergigi..klu tak pun guling2 kat katil..sebab tu katil bay berpagar...klu tak..dah lama kepala baby terhempap kat lantai... hehehe

--->>interaksi yg berkesan dgn parents akan buat bayi ketawa... jadi main2lah "peek-a-boo" ngan baby...bagi mereka...mainan tu lawak...tp klu kita tak...hehehe..sebab bayi tak tahu lagi apa itu RAJA LAWAK..apatah lagi MAHARAJA LAWAK...dia tak kenal lagi JOZAN tu siapa....
     ---->>ketawa ni dikaitkan dengan konsep kegelian...--__-- aku tak kelia pasal ni..nnti tyme exam aku goreng je lahh..hahahaha...bawak toyol masuk dewan exam ¬>pengawas tangkap ¬> halau dari dewan exam ¬> fail ='< ¬> nangis tak tentu hala... ¬¬>> I QUIT FROM USM!!!

4. emosi yg terakhir ni adalah punca baby nangis MARAH!!


hang jgn nak buat baby aku marah...!! aku lempang kang!!! padan muka hang!!
kesian baby..kecik2 lagi dah pandai stress... dikenal pasti faktor drastik bayi marah ialah 
> apabila kehendak tidak dipenuhi
> parents pegi tinggalkan baby
..-_-..parent byk keje lah nak buat

bayi akan cepat keletihan apabila marah..jadi benda ni tak elok untuk kesihatan dan pembesaran bayi...bayi akan sakit klu selalu marah... apatah lagi bila nangis nak susu..botol susu pulak hilang..susu ibu dah kering kontang macam sahara... JADI BABY...JANGAN NANGIS KLU NAK SIHAT..!!

CONCLUSION..jadi kita dri kecik dah pernah buat sedekah...maka bersyukurlah..jangan sedekah itu dibiarkan terhapus begitu saje... dan sejak kecik lagi kita daa alami stress...takutlah..bimbanglaa..marahlaaa.. jadi caranya..sentiasalah..parents senyum ngn bayi anda...biar bayi anda buat sedekah byk2 sejak kecik lagi..LOL...
okey... Chillax..!! see you later..

LOVE YOUR BABY EVERYDAY...OH BABY!!
tengkiu...saye comeykan!! gudluck 4 your exam...!

........
.......
........
.......
........
.......
........
.......
........
.......
........
.......
........
.......
........
.......
wei...aku tau aku tak comey mcm die..tapi aku baby juga..! sayangilah aku
moral of the story : sayangilah baby anda tanpa diskriminasi..baby tu anugerah ALLAH


January 11, 2013

USM FIRST TYME STORY

yaahooo....!! Alhamdulillah...impian jadi kenyataan..dari dulu lagi aku mau masuk USM>>ni semua tyme aku dtg sinilaa..on the way kate om puteh...lalalala
 LoL..berdup dap hati..aku ni gayat...naaa kennnak kau naik kapal terbang lagik...
 dua orang jellek yg menemankan aku di KKIA...yg cewek tu Rasmyea namanya...our guidance..nggee ngee nggee..Guidance la sangat..!!


 trick utk tenangkan diri

tiket kapal terbang yang pertama!!!

 jeng..jeng..jeng...!! di atas kapal terbang!! gayat ehh...

 Makanan AirAsia ni geng..mahal..nasik lemak.. tapi sedap..huhuhuhu..makan makanan di awan biru...Awan biru ke??